Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Hukum Kerja Di Bank & Insurans Konvensional


Kita ingin menekankan yang setiap Muslim yang taat mesti bekerja keras dan menumpukan tenaga untuk meningkatkan sistem ekonomi Muslim. Yakinlah, matlamat ini boleh dicapai dan tidak mustahil.

Ulama terkemuka Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, menyatakan yang berikut:

"Sistem ekonomi Islam berdasarkan permusuhan terhadap riba. Islam mengisytiharkan riba sebagai satu dosa besar yang membawa bencana dan keruntuhan sosial. Riba mengakibatkan mala-petaka dalam kehidupan ini  dan hukuman keras di akhirat, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Qur'an: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (Al-Baqarah: 276)

Cukuplah dengan membaca apa yang telah Allah firmankan dalam al-Qur'an: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum diambil) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.." (Al-Baqarah: 278-279)

Rasululllah (SAW) bersabda , "Jika zina dan riba berleluasa di satu kawasan, penduduk kawasan itu meminta azab Allah." Hukum  Islam dalam melawan kejahatan adalah dengan melakukan yang terbaik untuk menentangnya, mengubahnya dan tidak bekerjasama dengan yang lain dalam melaksanakannya. Maka, jika semua Muslims terlibat dalam membunuh satu nyawa yang tidak berdosa, Allah SWT akan menghukum mereka semua. Rasululllah (SAW)  melaknat mereka yang menghasilkan arak, menjualnya , meminumnya, mempromosinya , mereka yang duduk dengan peminumnya, pembawanya dan mereka yang arak itu dibawa kepada. Dalam hadith lain, Rasululllah (SAW)  melaknat rasuah, mereka yang memberinya, penerimanya dan mereka yang mendorong kepadanya atau mempromosinya. Begitu juga , Rasululllah (SAW)  melaknat riba, mereka yang mengambilnya, penulis kontraknya dan mereka yang menjadi  saksi kontrak itu.

Hadith  Rasululllah (SAW) ini  mengancam kehidupan sebahagian  Muslims yang taat yang bekerja dengan bank dan institusi kewangan lain. 

Bahkan, halnya lebih daripada menjadi  saksi kontrak. Riba menyerap ke dalam segenap lapisan sistem ekonomi dan institusi kewangan kita. Malapetaka ini menjadi umum, seperti Rasululllah (SAW) pernah bersabda, "Akan datang satu masa yang setiap orang makan riba dan mereka yang enggan akan  disentuh oleh debunya."

Malapetaka ini tidak akan berubah dengan keengganan seseorang untuk bekerja di bank. Perkara yang mengubah ialah kemahuan masyarakat untuk mengelakkan kesan buruk system riba. Riba berpunca daripada eksploitasi sistem kapitalis. Perubahan akan datang apabila manusia mengubah nasib mereka dengan tangan mereka dan bertindak sewajarnya. Islam tidak melarang membuang penyakit ini secara berperingkat. Ini ialah Sunnah Rasululllah (SAW) dan Islam dalam membuang tabiat minum arak. Apa yang penting ialah  manusia mesti di yakinkan akan kesan buruk riba. Melalui cara ini, apabila mereka mempunyai kemahuan untuk berubah, mereka akan berubah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

Maka, setiap Muslim sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh dan menumpukan tenaga untuk membina system ekonomi kita mengikut arahan Islam. Matlamat ini boleh dicapai dan tidak mustahil. Terdapat banyak Negara dan berjuta-juta manusia yang tidak mengikuti system riba. Negara tersebut ialah Negara komunis. Jika kita juga melarang bekerja dengan bank dan institusi kewangan, maka non-Muslims akan mengawal ekonomi kita termasuk juga ekonomi antarabangsa. Biasanya, mereka yang mengawal ialah Yahudi dan ini tidak memberikan kita apa-apa kebaikan.

Secara umumnya, kebanyakan kerja di  bank tidak dilarang, kecuali sebahagian kecil kerja yang terlibat dengan riba. Saya lihat tiada masalah dalam  bekerja dengan bank.

Disamping itu, kita semua sepatutnya bekerja untuk menukar system itu dan melakukan yg terbaik dalam mengendalikan diri kita untuk disesuaikan dengan kerja kita dan keridaan  Allah kepada kita. Bekerja ialah kewajipan untuk menyediakan rezeki kepada seseorang dan keluarganya. Maka, hukum darurat digunapakai disini. Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."." (Al-An`am: 145)

Pandangan Islam Terhadap Bekerja Dengan Bank Konvensional


Soalan:


Adakah haram bekerja dengan bank atau berurusan dengan bank?


Jawapan oleh Dr. Monzer Kahf  Pakar Ekonomi & Kewangan Islam:


"Kita semua tahu yang faedah bank ialah sejenis Riba yang diharamkan oleh Shariah. Shariah juga mengharamkan memberinya, menerimanya atau mengambilnya, menulis kontraknya dan menjadi saksi atasnya. Maka, sebarang kerja yang memerlukan seorang Muslim untuk membuat kontrak Riba, atau menjadi perantara dakam melakukannya seperti berunding dengan pelanggan, mendorong kontrak ditandatangani  atau menandatangani  bagi pihak bank dan kerja-kerja lain yang berkaitan secara langsung dengan membuat kontrak berasaskan Riba yang berkaitan dengan simpanan atau pembiayaan dalam bank yang berasaskan Riba adalah diharamkan.


Terdapat banyak kerja dalam bank yang  tidak berkaitan secara langsung dengan Riba seperti pengawal keselamatan, juruwang, bendahari,  penyelidik, penyelia bangunan dan mesin, dan sebagainya., Saya ingin memetik pendapat dua ulama muslim terkemuka dalam hal berkenaan seperti berikut:


Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir dari  Sudan dan  Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami dari  Tunis berpendapat yang pekerjaan seperti itu tidak termasuk dalam larangan itu. Bagaimanapun, mereka berpendapat yang kerja yang menyokong operasi berasaskan riba adalah haram."


Bekerja dengan Bank Bukan Islam


Soalan:


Adakah dibenarkan untuk bekerja dengan bank bukan Islam dalam jabatan sokongan  teknologi? Saya  menetap di Amerika Syarikat, dan saya sedang bekerja dengan bank berasaskan riba.  Saya ingin berhenti kerja. Semuanya disini berkaitan dengan Riba. Jazakum Allahu khayran.


Jawapan oleh, Sheikh `Abdus-Sattar Fathallah As-Sa`eed, professor Tafsir Qur'an dan Ulum Qur'an di Universiti Al-Azhar:


"Kita ingin menjelaskan dua perkara penting. Pertamanya, sistem ekonomi  biasanya berkaitan dengan Riba. Jika anda terpaksa bekerja dalam bidang ini, maka tiada salahnya, dan anda dimaafkan kerana berbuat demikian. Bagaimanapun, anda mesti bertaubat kepada Allah, dan memohon Allah mengampuni anda semasa anda sedang berusaha keras mencari kerja lain yang halal untuk mencari rezeki.


Keduanya , jika anda terlibat secara langsung berurusan dengan Riba, dan ia adalah kerja dan cara mencari rezeki anda, maka anda tidak dibenarkan membuat pekerjaan jenis ini.


Kesimpulannya, bekerja dengan bank berasaskan riba bukanlah pilihan kerja  biasa  bagi seseorang Muslim. Anda dibenarkan bekerja dalam bidang itu hanya jika anda dapati betul-betul sukar untuk mencari kerja yang halal untuk mencari rezeki. Ingatlah yang anda mesti meninggalkan kerja ini pada ketika anda menemui kerja yang lebih sesuai. Jika anda berpandukan niat ikhlas untuk mecari kerja yang halal untuk mencari rezeki, Allah SWT akan mempermudahkannya bagi anda, in sha' Allah."


Kerja IT Dengan Bank


Soalan:


Sila bantu kami mencari jalan yang benar dalam hidup kami. Saya seorang jurutera software bekerja dengan syarikat software. Syarikat saya dibiayai oleh sebuah bank Islam. Tumpuan syarikat software kami pada tahun depan ialah bidang perbankkan dan kebanyakkan pelanggan ialah bank. Masalah yang saya akan hadapi ialah projek yang saya sepatutnya bekerja selepas ini untuk  perbankkan  software dan kebanyakkan bank yang saya akan bekerja ialah bank bukan Islam. Saya memohon panduan sama ada bekerja untuk bank adalah haram (dilarang ) walau pun saya tidak secara langsung bekerja dengan bank itu. Jazakum Allah khayran.


Jawapan:


Menjawab persoalan anda, kami ingin menyatakan yang dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangai kontrak bagi pihak bank.


Ini ialah fatwa yang diberikan oleh Dr. Monzer Kahf, seorang pakar  ekonomi terkemuka dan kaunselor, yang menyatakan:


Dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional, jabatan kredit, jabatan  IT atau  software atau jabatan-jabatan lain, selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangani kontrak bagi pihak bank.


Ini ialah pendapat pakar Shari`ah yang terkemuka pada zaman kita, al-marhum Sheikh Mustafa Al-Zarqa (meninggal 1999), Sheikh Al-Qaradawi, Sheikh As-Salami dari  Tunisia dan Sheikh Adh-Dhareer dari Sudan. Alasannya ialah pekerjaan itu di bank konvensional  tidak termasuk dalam murka Allah yang disabdakan Rasululllah (SAW) atas pemberi riba, pengambilnya, penulisnya dan dua saksinya (riwayat Muslim). Disamping itu, larangan bekerja dengan bank meletakkan kesusahan keterlaluan dan kepayahan atas Muslim di kedua-dua negara majority Muslim dan masyarakat  Muslim di Negara lain.


Dr. Monzer menambah :


Bekerja dengan bank konvensional tidak haram kecuali pekerja dalam bidang perlaksanaan kontrak pinjaman dengan pelanggan. Jika anda bekerja dalam IT, anda tidak  membuat kontrak itu dan kerja anda dibenarkan. Untuk mendakwa yang berlawanan memerlukan dalil daripada Shari`ah kerana Rasululllah (SAW) mengisytiharkan murka Allah atas pengambil riba, pemberinya, penulisnya dan saksinya. Anda tidak perlu memperluaskan la`nah (murka) kepada jurutaip, juruwang, pekerja IT atau software dan  pengawal bank. Disamping itu, tidak semua aktiviti bank konvensional berada dalam bidang riba; mereka juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain yang dibenarkan.




Sumber: Ustaz Zaharuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan