Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Ikan Wadik - Warisan Orang Banjar

Ikan Wadik goreng

Anak Banjar zaman sekarang ni ada yang tahu dan tak tahu apa itu ikan wadik (iwak wadik). Yang mereka kenal ikan pekasam..Lihat sini. Sebenarnya..ikan wadik dengan ikan pekasam tak sama..dalam pembuatan ikan wadik, penggunaan garam kasar lebih banyak digunakan menyebabkan ikan wadik tahan lebih lama (antara 6 bulan  -1 tahun). Garam membuatkan struktur daging ikan lebih pejal dan tidak mudah hancur bila digoreng...air ikan wadi pula sedap dibuat cicahan dengan buah mempelam..(terganang zaman bahari, zaman kekanakan..arwah nenek bini selalu maulah iwak wadik..banyunya diulah cacahan wayah mamancuk hampalam).

Ikan yang menjadi pilihan masyarakat Banjar juga berkait rapat dengan pekerjaan mereka sebagai pesawah. Oleh itu, ikan yang dijadikan wadik adalah ikan sawah seperti sepat, haruan, keli dan puyu. Walau bagaimanapun ikan sepat tetap menjadi pilihan untuk dibuat wadik...tapi sekarang ni agak susah nak cari ikan-ikan ni...jadi ikan talapia pun boleh digunakan juga...

Ikan Wadik ni apabila digoreng baunya 'nyaman' sangat..memang boleh membangkitkan selera...sedap dimakan masa panas-panas dengan nasi putih atau pulut..

Video ini wawancara di Sungai Manik, Perak..


Iwak Wadik (Ikan Wadik)

Bahan:

15 ikung ikan sapat (15 ekor ikan sepat)
1/2 bungkus uyah (1/2 bungkus garam kasar)
6 kaping asam kaping ( 6 keping gelugur)
1 cawan baras basanga hagan diulah samo (ditumbuk atawa digiling kasar)
(1 cawan beras digoreng untuk dibuat samo ditumbuk atau digiling kasar)
1 bigi cabai karing (1 biji cili kering)
1 ulas bawang halui ( 1 ulas bawang merah)
1 sudu gula amun suka (1 sudu gula - jika suka/mahu)

Cara maulah:

1. Iwak dibarasihi. Andaki uyah. Jangan kalumpanan andaki jua dalam parot iwak.
   (Ikan dibersihkan. Lumur dengan garam - jangan lupa letak juga dalam perut ikan).

2. Taburkan uyah dalam wadah , susun ikan berselang-seli wan uyah.
(Taburkan garam dalam besin, susun ikan berselang-seli dengan garam).

3. Biar dipaja 3 malam.
(Perap selama 3 malam).

4. Tapis banyu wadik, imbah tu jarang banyu wadik tu.
(Tapis air wadik, kemudian panaskan air wadik tu).

5. Kambohkan samo, cabai, bawang, gula wan iwak. Masukkan banyu wadik tadi.
(Campurkan samo, cili, bawang, gula dan ikan. Masukkan air wadik tadi).

6. Paja sekurang-kurangnya saminggu, hanyar nyaman dimakan.
(Perap sekurang-kurangnya seminggu, baru sedap dimakan).

Resepi sumber: Wadikblogdrive

Nak tengok cara pembuatan ikan wadik dari A-Z, tengok video ni..



4 ulasan:

  1. Nice video. Perfect pronunciation. Heheh��

    BalasPadam
  2. Umak dulu maaulah bubuh garam dengan asam kaping je xdak pon bubuhbbawang dengan cabai karing

    BalasPadam
  3. Amun mamakku baukah pakai uyah halus lawan baras besangak hajak, nyaman bangat asa keganangan

    BalasPadam
  4. 'Dry fry the rice' is toasting the rice in a heated wok or frying pan

    BalasPadam