Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Suahkah Ikam Batakun?




I
Suahkah ikam batakun?
Bagaimana kita dibesarkan
di sebuah tempat asing
yang kemudian menjadi sebati
sebagai tanah kelahiran 
bergelar Malaysia

Suahkah ikam batakun?
pada generasi terdahulu
betapa mereka dengan suatu kecekalan
meninggalkan bumi pusaka ini
merentas lautan ganas
dilambung ombak derita
dimamah badai sengsara
mencari tanah datar baharu
untuk membiak baka bangsamu
menyambung tradisi

Suahkah ikam batakun?
betapa mereka 
dengan gagah berani
membina kekayaan, menyemai keyakinan
melahirkan generasi demi generasi
sedangkan kita
yang didewasakan atas keringat derita mereka
mengecap kemewahan, menghirup kebahagiaan
dan tanpa ucapan terima kasih
lantas satu demi satu
kita koyakkan adat tradisi

Anak-anak kita tidak lagi tidur berpukung
diulit keasyikan irama timang Banjar
anak-anak yang kita lahiran
dibesarkan bersama kecanggihan komputer
mereka berbicara bahasa internet era multimedia
dan dalam masa yang sama
beransur-ansur melupakan sejarah agung bangsanya
lantas
dengan malau-malu anak kita berkata
kami anak-anak Melayu
era sains dan teknologi
kami tidak lagi makan wadi
yang Banjar hanya ibu bapa kami
kerana Banjar itu
selayaknya hanya ada di sawah padi

Suahkah ikam batakun?
betapa kita sendiri yang merobohkan tatasusila ini
kita lupa siapa Alai 
kita lupa siapa Kalua
kerana kita telah sebati menjadi bangsa Malaysia

Hari ini
di tanah Banjar di bumi bertuah ini
kita masih tercari-cari identiti
sedangkan di sinilah segalanya bermula
pengembaraan agung nenek moyang kita
meninggalkan saudara-saudara kita yang setia
mengurus dan membelai tanah tumpah darah
menunjang adat pusaka lama

Mulai detik ini
kita bina kembali
jamabatan penghubung dua saudara yang terpisah sekian lama
Banjar Malaysia, Banjar Indonesia
yang jauh kita rapatkan
yang dekat kita mesrakan
kerana kita adalah kulaan

Mari kita nyatakan
mari kita buktikan
pada generasi muda kita
Banjar bukan sekadar berlading, berkerambit menimpas dan menyuduk
tapi Banjar adalah petani yang hebat
sekali tanah dicangkul, segantang emas dituai
Banjar adalah pemimpin ummah
nyaring suaranya memukau seluruh Nusantara
Banjar adalah pewaris ulama
merdu suaranya menggegar tanah suci Makkah


II
Aku kada suah batakun
dari halui hingga ganalku
ayah, umak kada suah mamadahakan
kaindahan bumi Banjar ini

Aku kada suah batakun
kenapa dan mengapa
generasi bangsaku
setekad itu meninggalkan bumi bertuah ini
ninik gin kada suah mamadahakan 
betapa sengsara hidupnya
untuk sampai ke Malaya

Ninik, umak, ayah
aku kini megah menjadi anak Banjar
di situ aku mulai mengenal diri
aluan sumur Barabai
bumimu manggamit nostalgiaku
sesunggguhnya di bumi ini 
aku benar-benar kerinduan
mencuur keluarga
entah siapa, entah di mana
aku kada tahu
kerana aku kada suah batakun
dan ninik, umak, ayah
kada suah mencaritakan
siapa keluargaku di sini.

Oleh: Haji Ahmad Jawawi Najar
(Dari Ipoh, Perak)
Deklamasi Sajak ketika Perjumpaan Banjar Indonesia/Malaysia


1 ulasan:

  1. Puisi yang sangat indah dan sangat menyentuh perasaan kita , salam gasan bubuhan kulawarga aluan dari kami bubuhan kulawarga tawia. semoga selalu dalam lindungan Allah Swt.

    BalasPadam