Adam dan mama Adam |
SALAM...
Buat sesiapa sahaja yang terbaca entri ini, saya ingin menyeru dan merayu kepada anda agar kita dapat bersama-sama menyumbang sesuatu untuk seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa bagi meneruskan kehidupannya di dunia ini.
Kecekalan seorang ibu.. |
Naluri seorang ibu membuat hati saya cukup terharu dan sebak menatap wajah kecil adik Ahmad Adam Syukri yang mengalami barain damaged (severe hie) atau kerosakan pada saraf otak.
Betapa adik Adam begitu kuat dan cekal melalui hari-harinya walau pun dalam kepayahan dan penderitaan. Mujurlah adik Adam memiliki seorang ibu yang amat sabar dan tabah dalam menerima ujian Allah ini.
Adam tidak boleh memakai baju kerana kulit sensitif. |
Sedikit maklumat tentang adik Adam yang pernah ditulis dalam page lama Adam...
"Adam dilahirkan pada 4 Mac 2012 secara vacum. Sewaktu dilahirkan Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Melalui scan MRI pada 9 Mac 2012 telah menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup. Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami kecederaan. Begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak."
Ya Allah...kasihannya adik Adam..Pertama kali membaca kisahnya seingat saya beberapa bulan yang lalu melalui FB...segera saya like page adik Adam untuk mengetahui butiran lanjut tentangnya. Menatap foto-foto Ahmad Adam membuatkan hati tersentuh dan menangis mengenangkan bayi sekecil Adam terpaksa menanggung penderitaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Hanya doa dari kejauhan dapat saya pohon ke hadrat Allah mudahan adik Adam dapat dipulihkan dan dapat hidup sihat sebagaimana kanak-kanak yang lain.
Minggu sudah dan pagi tadi (10 Okt 2012) saya terlihat kisah adik Adam dipaparkan di MHI TV3. Semoga dengan tersiarnya berita ini akan lebih ramai rakyat Malaysia menyumbangkan bantuan kepada keluarga ini.
Gambar terbaru Adam 9 Oktober 2012 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan