Firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)
Adab Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)
1. Niat kerana Allah SWT.
Tujuan untuk membantu dan menjalinkan ikatan persaudaraan...bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Namun boleh juga sebagai cara untuk berdakwah bagi menarik minat seseorang ke arah Islam.
2. Pemberian itu membawa manfaat kepada si penerima.
Pemberian itu mudah-mudahan dapat meringankan bebanan yang mungkin ditanggung si penerima dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya..
3. Pemberian diberikan dengan cara yang sebaik-baiknya.
Pemberian itu bukan dalam keadaan terpaksa dan memberi mengikut kemampuan masing-masing. Pemberian itu juga hendaklah dari sumber yang Halal.
4. Tidak mengharapkan balasan.
Pemberian itu hendaklah ikhlas kerana Allah..Jangan mengungkit-ungkit segala pemberian yang telah dibuat.
Adab Menerima (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)
1. Tunjukkan rasa gembira ketika menerima bantuan dan hadiah.
Penerima hendaklah menunjukkan perasaan gembira apabila menerima pemberian tersebut sebagai tanda suka dan menghargainya sama ada nilai pemberian itu kecil atau besar..
2. Berdoa untuknya..
Berdoalah untuk si pemberi itu mudahan dia dimurahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang lagi dan diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat.
3. Tanamkan azam untuk membalas kebaikan..
Tanamkan azam dalam diri agar diberi peluang untuk membalas kebaikan itu suatu hari nanti...berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki dan dapat berbakti kepada masyarakat dan umat sejagat..
Kelebihan Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)
1. Mendapat ganjaran baik daripada Allah SWT.
2. Mereka yang suka memberi akan dimurahkan rezekinya.
Orang yang suka memberi hidupnya sentiasa berada dalam keberkatan Allah. Pemberian itu akan digantikan dengan yang lebih baik..
Harta yang darinya dikeluarkan untuk diberikan sebagai hadiah atau sedekah akan menjadi subur dan berkembang (berkat). Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka.
"Allah S.W.T kurangkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya”. (Surah Al-Baqarah : ayat 276)
3. Dapat meringankan beban mana-mana individu dan anggota masyarakat yang berhajat dan memerlukan bantuan.
Sedekah berupaya menyembuhkan penyakit ” Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”.
4. Mengeratkan silaturahim
Sikap suka memberi (sama ada atas nama sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan) dapat mengeratkan ikatan ukhuwah islamiyah dan melahirkan kasih sayang.
Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)
"Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)
Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim." (Hadis riwayat al-Tirmizi)
5. Menghapuskan dosa
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ” Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”. (Sahih At-targhib)
6. Disukai oleh manusia.
Orang yang suka memberi hadiah atau sedekah akan disukai oleh manusia kerana;
-telah membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.
-dapat menggembirakan hati orang lain.
-hubungan baik akan terjalin.
-sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam semua aspek kehidupan.
Rasulullah SAW bersabda, "Sedekah merupakan bukti (keimanan)." (Muslim)
Hukum Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)
1. Hukum adalah sunat.
Pemberian adalah mengikut kemampuan pemberi. Ini berdasarkan dalil-dalil tersebut :
Hadith Nabi SAW yang bermaksud: “ Bersedekahlah walaupun dengan sebutir kurma, kerana hal itu dapat menutup dari kelaparan dan dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. (HR Ibn Al-Mubarak)
Dari ‘Asma binti Abu Bakar
as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya
nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan
Zuber (suamiku) kepadaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang
belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala
kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah
akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.”
(Muslim)
2. Hendaklah disertai niat mendekatkan diri kepada Allah Swt. Yakni, memberi semata-mata untuk mendapatkan redha Allah SWT.
3. Tidak boleh mengambil kembali pemberian.
Dari Ibnu ‘Abbas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kami tidak memiliki contoh
yang buruk; (Iaitu) orang yang mengambil kembali pemberiannya seperti anjing
menjilat muntahnya sendiri.” (Hadis Termidzi)
Riwayat lain dari Ibnu Umar r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak halal bagi seseorang memberi suatu pemberian lalu ia mengambilnya kembali, kecuali orang tua (ibu bapa), dia boleh mengambil kembali apa yang telah diberikan kepada anaknya." (Hadis Termidzi)
Riwayat lain dari Ibnu Umar r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak halal bagi seseorang memberi suatu pemberian lalu ia mengambilnya kembali, kecuali orang tua (ibu bapa), dia boleh mengambil kembali apa yang telah diberikan kepada anaknya." (Hadis Termidzi)
4. Boleh bersedekah kepada orang kafir yang tidak sedang berperang dengan kaum Muslimin dan tidak memusuhi Nabi SAW.
5.Sebaiknya memberi secara diam-diam, kecuali jika ingin memberi semangat kepada orang lain.
6. Mengemis dan menolak pengemis (tidak memberi sesuatu kepada pengemis) adalah makruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan