Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Perempuan dan Muslimah Yang Cantik...




Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya kepada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat.


Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita adalah:




Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya kepada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa sahaja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya di kelilingi 'kumbang'.


Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.




Andai Ada Cinta..



Andai ada cinta
janganlah ada benci
Andai ada benci
segeralah memaafi.

Andai ada cinta
janganlah mengkhianati
Andai ada khianat
segeralah insafi.

Andai ada cinta
janganlah mendustai
Andai ada dusta
segeralah berhenti.

Andai tidak disyukuri
bimbang cinta tiada lagi.



Rugi Sangat Orang Yang.....



Kata Imam Al-Ghazali:

"Rugi sangat orang yang jahil..
melainkan orang yang berilmu..
 
Rugi sangat orang yang berilmu...
melainkan orang yang beramal..
 
Rugi sangat orang yang beramal..
melainkan orang yang ikhlas.."

 
 
Berkata Abu Abdillah bin Atha' rahimahullahu taala;
"Ilmu itu terhenti di atas amal. Dan amal itu terhenti di atas khlas. Dan ikhlas kerana Allah SWT itu akan membuahkan kefahaman apa-apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Maka, memahami apa-apa yang dikehendaki oleh Allah SWT itulah yang dinamakan ilmu yang bermanfaat."

"Sesiapa yang keluar mencari ilmu dan ia berniat akan mengamalkan dengan ilmunya nescaya ilmunya memberi manfaat akan dia, walau pun hanya sedikit ilmu yang dicapainya."
-Kata-kata Abu Hassan al-Waa'izh yang dicatatkan Imam An-Nawawi rohimatulah ta'ala dalam Kitab Bustanul 'Arifin.



Cinta Itu Indah...




Cinta itu indah
Andai bertemankan iman..
Cinta itu musnah
Andai bertemankan nafsu..

Cinta itu indah
Andai syariat dipatuhi..
Cinta itu musnah
Andai batasan dilanggari..

Cinta itu indah
Andai ibu bapa merestui...
Cinta itu musnah
Andai restu dipinggiri..

Cinta itu indah
Andai dipelihara hingga ke syurga
Cinta itu musnah
Andai tersungkur di dalam neraka.



 
-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-



Syair Imam Hassan Al-Basri



Wahai pemuda pemudi
sedarlah diri
Tuhan Arasy sedang melihatmu.

Tahukah kamu
apakah balasan kepada orang yang selalu buat dosa dan maksiat?
Neraka Sa'ir mengaum
memanggil dengan suara yang penuh dasyat
menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat
buatlah maksiat semahu-mahu..
nanti badanmu api menjilat.

Dengarlah nasihatku..
maksiat jangan didekat
ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat
jiwamu telah tergadai
jika engkau tidak segera BERTAUBAT.



Hanya KepadaMu Aku Bermohon..

Ya Allah ,

Di hari yang penuh keberkatan ini kami menadah tangan kepada Mu memanjat doa. Kami telah bangun pada subuh hari mentaati Mu.


Ya Allah,

Yang maha berkuasa, Pencipta segala urusan malam dan siang dan segala yang terjadi pada keduanya adalah di atas kehendak Mu jua.



Ya Allah,

Jadikanlah permulaan hari ini suatu keberkatan, penuh kebaikan dan pertengahannya suatu kemenangan dan penghabisannya suatu kejayaan yang hakiki.


Ya Allah,

Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha Mu. Kecantikan itu adalah dari Mu jua. Keharmonian, ketenangan dan kekuatan . Semuanya atas kekuasaan Mu jua..


Ya Allah,

Jika rezeki ku masih di langit, maka Kau turunkan lah. Jika di dalam bumi, keluarkan lah. Jika sukar Kau permudahkan lah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkan lah.

Ya Allah,

Limpahkan lah kepada kami segala yg. telah engkau limpahkan pada hamba Mu yang soleh.


Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon pada Mu akan perkara-perkara yang menyebabkan turunnya Rahmat Mu dan Hidayah Mu. Segala Dorongan yang membawa keampunan Mu. Keselamatan dari noda dan dosa-dosa ku. Keuntungan dari segala kebaikan dan pengorbanan ku. Keuntungan akan pembalasan syurga Mu. Dan keselamatan dari api neraka Mu.


Ya Allah,

Terima lah segala amalan-amalan kami. Kabulkan lah doa-doa dan usaha-usaha kami. Ya Allah, pada Mu kami bersujud dan berserah.


Sebelum Kita Mengeluh...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
 



Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


 

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

Pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.


1.Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan.

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa.

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102.

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-Anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.



Adab Memberi dan Menerima (sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)..

Firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)



 Adab Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)

1. Niat kerana Allah SWT.

Tujuan untuk membantu dan menjalinkan ikatan persaudaraan...bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Namun boleh juga sebagai cara untuk berdakwah bagi menarik minat seseorang ke arah Islam.

2. Pemberian itu membawa manfaat kepada si penerima.

Pemberian itu mudah-mudahan dapat meringankan bebanan yang mungkin ditanggung si penerima dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya..

3. Pemberian diberikan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Pemberian itu bukan dalam keadaan terpaksa dan memberi mengikut kemampuan masing-masing. Pemberian itu juga hendaklah dari sumber yang Halal.

4. Tidak mengharapkan balasan.

Pemberian itu hendaklah ikhlas kerana Allah..Jangan mengungkit-ungkit segala pemberian yang telah dibuat. 



Adab Menerima (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)

1. Tunjukkan rasa gembira ketika menerima bantuan dan hadiah.

Penerima hendaklah menunjukkan perasaan gembira apabila menerima pemberian tersebut sebagai tanda  suka dan menghargainya sama ada nilai pemberian itu kecil atau besar..

2. Berdoa untuknya..

Berdoalah untuk si pemberi itu mudahan dia dimurahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang lagi dan diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

3. Tanamkan azam untuk membalas kebaikan..

Tanamkan azam dalam diri agar diberi peluang untuk membalas kebaikan itu suatu hari nanti...berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki dan dapat berbakti kepada masyarakat dan umat sejagat..
 
 
Kelebihan Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)

1. Mendapat ganjaran baik daripada Allah SWT.
  
2. Mereka yang suka memberi akan dimurahkan rezekinya.

Orang yang suka memberi hidupnya sentiasa berada dalam keberkatan Allah. Pemberian itu akan digantikan dengan yang lebih baik..

Harta yang darinya dikeluarkan untuk diberikan sebagai hadiah atau sedekah akan menjadi subur dan berkembang (berkat). Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka.
  
"Allah S.W.T kurangkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya”. (Surah Al-Baqarah : ayat 276)

3. Dapat meringankan beban mana-mana individu dan anggota masyarakat yang berhajat dan memerlukan bantuan.

 Sedekah berupaya menyembuhkan penyakit ” Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”.

4. Mengeratkan silaturahim

Sikap suka memberi (sama ada atas nama sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan) dapat mengeratkan ikatan ukhuwah islamiyah dan melahirkan kasih sayang.
 
Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)
 
"Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

 Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim." (Hadis riwayat al-Tirmizi)
 
5. Menghapuskan dosa

 Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ” Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”. (Sahih At-targhib)

6. Disukai oleh manusia.

 Orang yang suka memberi hadiah atau sedekah akan disukai oleh manusia kerana;

 -telah membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.

 -dapat menggembirakan hati orang lain.
  
-hubungan baik akan terjalin.
  
-sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam semua aspek kehidupan.
Rasulullah SAW bersabda, "Sedekah merupakan bukti (keimanan)." (Muslim)

  


 Hukum Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)

1. Hukum adalah sunat.
  
Pemberian adalah mengikut kemampuan pemberi. Ini berdasarkan dalil-dalil tersebut :

 
Hadith Nabi SAW yang bermaksud: “ Bersedekahlah walaupun dengan sebutir kurma, kerana hal itu dapat menutup dari kelaparan dan dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. (HR Ibn Al-Mubarak)
  
Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepadaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)
 
 2. Hendaklah disertai niat mendekatkan diri kepada Allah Swt. Yakni, memberi  semata-mata untuk mendapatkan redha Allah SWT.
  
3. Tidak boleh mengambil kembali pemberian.
  
Dari Ibnu ‘Abbas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kami tidak memiliki contoh yang buruk; (Iaitu) orang yang mengambil kembali pemberiannya seperti anjing menjilat muntahnya sendiri.” (Hadis Termidzi)
Riwayat lain dari Ibnu Umar r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak halal bagi seseorang memberi suatu pemberian lalu ia mengambilnya kembali, kecuali orang tua (ibu bapa), dia boleh mengambil kembali apa yang telah diberikan kepada anaknya." (Hadis Termidzi)
 4. Boleh bersedekah kepada orang kafir yang tidak sedang berperang dengan kaum Muslimin dan tidak memusuhi Nabi SAW.

 5.Sebaiknya memberi secara diam-diam, kecuali jika ingin memberi semangat kepada orang lain.
  
6. Mengemis dan menolak pengemis (tidak memberi sesuatu kepada pengemis) adalah makruh.

 

Angah..bertahanlah sayang....bantu lah anak ini..



Tersentuh hati melihat keadaan adik ni yang digelar Angah..berusia 5 tahun..betapa dia menanggung penderitaan dan kesakitan akibat leukimia dan kanser pada duburnya..

Marilah kita membantu anak kecil ini...semoga Allah menyelamatkan anak ini dari penyakit dan penderitaan yang dialami..semoga Angah membesar menjadi anak yang sihat dan ceria..

Bagi yang tidak mampu menghulur dari segi kewangan, sama-sama lah mendoakan kesejahteraan Angah..




INGIN SAYA NYATAKAN DISINI NO AKAUN ITU ADALAH NO AKAUN IBU SAUDARA ANGAH IAITU ADIK BERADIK KEPADA AYAH ANGAH, JIKA ADA APA-APA PERTANYAAN BOLEHLAH INBOX AYAH ANGAH ATAU IBUNYA SENDIRI.

Nizam - Facebook Ayah Angah
Siti Ashirah Zakaria - Facebook Ibu Angah
Amar Adib - Facebook Mak Saudara Angah ( TUAN PUNYA AKAUN BANK)

Sumber: AAUDB

Rahsia Bulan Kelahiran


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap , yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

line
Januari

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Februari

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
*Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

Mac

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

April

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Jun

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Julai

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Ogos

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

September

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

Oktober

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

November

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Disember

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Berbaik sangka lah...

Pernahkah anda berkata begini?
 
Bila jumpa pelacur tepi jalan, : “Eee perempuan kotor ni.”
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, : “Ish! Orang jahat. Jangan dekat dengan dia.”
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, : “Orang gila ! Jangan kacau aku....pergi jauh-jauh.”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, : “Euww hodohnya. Siapalah nak kahwin dengan kau tu.”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

--------------------------------------------------------

Apabila ada orang mahu melakukan kebaikan, dikatakan ingin menunjuk-nunjuk..
 
"Muna tu belanja kita hari ni mesti ada sebab...kalau tak, tak kan la baik hati sangat nak belanja..."
 
"Jutawan tu nak biaya wat masjid dan sekolah agama? Halal ke duit dia tu?"
 
"Artis tu pakai tudung ikut trend je tu.."
 
---------------------------------------------------------
 
Ramai di kalangan kita terlalu mudah bersangka buruk terhadap orang lain...kita sendiri sedia maklum yang sifat buruk sangka termasuk dalam sifat yang tercela kerana ia dapat menimbulkan fitnah yang sangat besar.
 
Dalam Al Quran, Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12)
 
Jadi jelaslah berprasangka buruk itu berdosa, maka berusahalah menghindarinya dengan cara banyak mengingat kebaikan seseorang. Ketika prasangka itu datang, banyakkan berzikir kepada Allah dan tepis sifat tersebut dengan mengingat dosa yang akan kita terima jika tetap dalam berprasangka buruk.
 
Ketahuilah bahawa setiap kata-kata buruk itu adalah saham yang kita kumpul untuk menuju ke Neraka Allah Taala. Ubahlah dan muhasabah diri, banyak yang buruk kita lihat dari orang, tapi kita lupa melihat keburukan sendiri. Ajaklah saudara kita ke arah kebaikan dan cegahlah mereka dari kemungkaran. Pesanan buat diri ini juga..
 
 

Pantai Tanpa Laut Di Sepanyol

Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut sejauh saujana mata memandang. Namun di Sepanyol terdapat pantai yang sangat unik kerana ia adalah pantai tanpa laut.

Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach iaitu sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Pantai ini terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut.

Di antara kawasan pantai dan lautnya telah dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda akan dapat merasai hempasan ombak memukul pantai seperti kebiasaan dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut menuju ke Pantai Gulpiyuri .






Lihat tontonan rakaman video The Gulpiyuri Beach di sini.



Ikhlas - Kisah Abid dan Pokok



Diterangkan di dalam kitab Ehyaaul-ulum bahawa ada seorang Abid dikalangan bani Israel yang sentiasa sibuk dengan ibadat. Pada suatu hari datanglah satu rombongan menyampaikan perihal sebuah kaum yang menyembah pohon kayu.
Mendengar berita itu, Abid lantas marah semarah-marahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut.

Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan syaitan yang telah menyamarkan dirinya sebagai seorang tua. Syaitan pun bertanya,

S: Engkau hendak ke mana?
A: Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah orang
S: Kenapa engkau hendak menebang pokok itu. Engkau tinggalkan ibadat engkau hanya kerana satu perbuatan yang sia-sia A Ini juga merupakan satu ibadat
S: Tidak sekali-kali aku akan membenarkan engkau menebang pokok itu

Akhirnya, satu perkelahian yang hebat pun berlaku di antara Abid dan syaitan. Abid telah berjaya mengalahkan syaitan lalu ia duduk di atas dada syaitan itu. Menyedari akan kekalahannya itu, syaitan pun cuba menggoda Abid,  

S; Dengarlah kata-kataku. Perkara menebang pokok itu bukanlah Allah wajibkan ke atasmu. Pokok itu pun tidak mengganggu amal ibadat kamu dan kamu pun bukannya menyembah pokok itu. Tuhan telah mengutuskan para AnbiyaNya. Jika ia mengkehendaki, pasti Dia akan memerintahkan Nabi-nabi menebang pokok itu

A: Aku tak peduli. Aku mesti menebang pokok itu. Buatlah apa pun yang engkau suka.

Lalu mereka pun berkelahi lagi. Sekali lagi Abid berjaya mengalahkan syaitan. Lalu syaitan pun berkata, 

S: Dengarlah kata-kataku yang terakhir ini. Ia mungkin menguntungkan engkau. Engkau ini seorang miskin yang menjadi beban kepada masyarakat. Kau biarkanlah pokok itu dan ambil tiga dinar (wang emas) setiap hari dari bawah bantalmu. Dengan wang itu, kau akan memenuhi keperluan seharianmu, menunaikan hak keluargamu dan membantu fakir miskin. Kau boleh gunakan wang itu untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan dirimu. Jika kau tebang pokok ini, kau hanya mendapat satu pahala sahaja. Sedangkan penyembah2 pokok ini pasti akan mencari pokok lain untuk disembah.

Malangnya kali ini, Abid telah terpengaruh dengan pujukan syaitan dan menerima tawaran tiga dinar itu. Dua pagi berturut-turut, Abid memperolehi 3 dinar dari bawah bantalnya, manakala pada hari ketiga, wang itu tidak pula diperolehinya.Merasakan dirinya tertipu, Abid lantas mencapai kapaknya lalu keluar untuk menebang pokok kayu itu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Abid bersua dengan syaitan. 

S: Engkau hendak ke mana?
A: Aku hendak menebang pokok itu
S: Kini kau tidak berdaya untuk menebang pokok itu lagi.

Lalu mereka pun berkelahi. Kali ini syaitan pula yang menang dan duduk di atas dada Abid. Abid tercengang lalu bertanya,

A: Kenapa sekarang engkau dapat mengalahkan aku sedangkan dulu, aku telah mengalahkan engkau?
S: Dahulu, engkau menang kerana engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Kini, engkau kalah kerana engkau berjuang semata-mata kerana wang.

Begitulah sahabat sekalian, sesungguhnya perbuatan yang dikerjakan kerana Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sesungguhnya, keikhlasan itu sahaja yang dipandang oleh Allah Ta’ala. Semua amalan dinilai berdasarkan keikhlasan pengamalnya.


Sumber: Imam Muda Hilal
Koleksi: Ayna Halim

Hayam Maharam





Kucing Marau tahaga Hayam Babini di barumahan Angah Ijab.


 "Bergh ley Yam, napa pulang baal awakmu?" Takun Kucing Marau.


 "Aku kana timbai awan Angah Bini ka dalam talaga tadi," padah Hayam Babini. Muhanya marung.


 "Huh?" Kucing Marau takipik.


 "Jarnya, aku katuju maharam hintalu tambuk haja. Muyak jarnya. Mari maras nasibku," Hayam Babini marista.


 "Hapus muha!" Huluti Kucing Marau.


Strategi Mengelakkan Ketagihan Internet

Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?


Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.


Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?


Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang 'melayan sahabat' mereka ini.




Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction.com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:


1. Ketagihan seks siber - cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain


2. Ketagihan hubungan siber - keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya


3. Ketagihan maklumat - mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data


4. Ketagihan komputer - terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain


5. Ketagihan permainan komputer - mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti


Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:


1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya


2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa


3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet


4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa


5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat


6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu


7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.


Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dan langkah berikut boleh lah diberi perhatian:


1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka


2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu


3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa


4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan


5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan


Kesimpulan


Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.



Sumber: Ikim
Koleksi: Ayna Halim