Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Masker telur untuk hilangkan kotoran pada muka...


Pernah tak buat masker putih telur? Tujuan nak bagi tegang kulit muka dan buang segala kotoran di muka. Dulu, aku cuma guna cara biasa, setakat ambil putih telur dan lumurkan je ke muka. Itu tujuannya nak tegangkan muka...

Tapi dalam beberapa tahun ni aku suka guna telur putih dengan kapas muka untuk buat masker...aku rasa lebih puas hati sebab dapat buang segala kotoran kat muka. Segala bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih habis terlekat pada kapas tu...seronok pula bila dapat tengok hasilnya...

Macamana nak buat? 

Senang je...tapi bagi sesetengah orang mungkin agak leceh...saya suka buat waktu malam masa nak tidur...time tu anak tak kacau...selepas sejam dua, baru tanggalkan...jadi sempat lah tidur kejab.

Ok, bagi anda yang nak cuba buat, apa yang anda perlukan adalah:

Kapas Muka


Gunting


Putih telur yang diasingkan dari kuning telur


Cermin

Setelah kesemua bahan ini disediakan, anda perlu pukul putih telur tersebut sehingga berbuih macam gambar bawah ni...

Putih telur yang telah dipukul hingga berbuih



Sekarang, tiba masa untuk bereksperimen.....

1) Mula-mula, cuci muka dengan air suam..

2) Selepas itu lap muka dengan kain bersih..

3) Ambil kapas muka, dan pisahkan sekeping kapas muka tersebut kepada 2 bahagian...jika kapas agak tebal, boleh pisah kepada 3 bahagian

4) Untuk memudahkan kerja, boleh potong beberapa keping tisu kepada 2 bahagian kecil (untuk bahagian muka yang tidak memerlukan penggunaan tisu yang banyak seperti hidung, antara hidung dan mulut )

5) Dengan menggunakan sudu, sapukan putih telur di keseluruhan kapas.

6) Tarik-tarik sedikit kapas tadi (diregangkan). 

7) Tampalkan kapas tadi ke bahagian muka - hidung, dahi, pipi dan dagu. Jadikan seperti topeng.

8) Setelah selesai semuanya, tunggu kapas di muka kering (pastikan benar-benar kering). Ketika ini boleh lah nak buat apa-apa kerja lain...atau tidur...jika nak cepat kering, hadapkan muka ke arah kipas angin atau gunakan hair dryer.

9) Setelah benar-benar kering, tanggalkan masker tersebut dari muka perlahan-lahan. Anda akan dapat lihat kotoran pada muka terlekat pada masker tersebut. 

10) Cuci muka bersih-bersih.


Ini lah hasil dari eksperimen tersebut...kat topeng tu boleh nampak kotoran terlekat seperti black head dan white head..aku segan nak tunjuk..hehehe..

Masker yang telah benar-benar kering dan keras. 

Puas hati menggunakan cara ini sebab segala kotoran di muka dapat dikeluarkan.

Bagi yang kulit muka jenis berminyak bolehlah buat dua kali seminggu. 

Bagaimana, anda nak cuba? Saya sarankan anda cuba cara ini dan pasti puas hati...Kesannya, muka pun terasa lembut dan licin...

Selamat mencuba.


1 ulasan: