Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Belajar Berterima Kasih dan Bersyukur



Bersyukurlah, kerana anda belum lagi mendapat dan memiliki segala yang anda impikan. Kerana jika anda sudah ada semuanya, tiada lagi apa yang anda hendak usahakan. Impikan! Bayangkanlah keadaan anda?

Bersyukurlah untuk saat-saat ketika susah-payah anda. Ketika itulah, sesungguhnya memberi peluang kepada anda untuk 'grow' membina kekuatan diri mu.

Bersyukurlah di atas kekurangan anda. Kerana ianya akan memberi ruang dan peluang utk pembaikan. Memperbaiki.
Muhasabah diri. Inisiatif untuk berusaha. Sekali gus membina keyakinan diri. Ini amat penting!

Berterima kasih di atas kesalahan-kesalahan yang pernah anda lakukan dulu. Kerana ianya memberi pengajaran. Pelajaran yang amat bernilai. Ianya telah mendekatkan diri mu dengan Tuhan!

Carilah jalan untuk mensyukuri di atas segala 'troubles' kesukaran-kesukaran anda kerana akhirnya ianya akan bertukar menjadi rahmat dan 'blessings' anda.

Bersyukurlah di atas pancaindera lengkap kurniaan Tuhan. Walaupun anda hanya menggunakan kurang dari 10% bakat dan kebolehan kurniaan Ilahi .


Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid


1 ulasan:

  1. yaa kita harus belajar bersyukur setiap detik, dalam susah dan senang :)

    salam.

    BalasPadam