Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Bila Diuji...



Bila diuji dengan kesihatan..
jika hati sihat akan menjadi syukur
jika hati sakit akan menjadi lupa.

Bila diuji dengan kesakitan..
jika hati sihat akan menjadi sabar
jika hati sakit akan menjadi gelisah.

Bila diuji dengan kemudaan..
jika hati sihat akan menjadi seseorang yang sentiasa beringat-ingat
jika hati sakit akan menjadi seorang yang lalai.

Bila diuji dengan ketuaan..
jika hati sihat akan menjadi tenang
jika hati sakit akan menjadi merana.

Bila diuji dengan kekayaan..
jika hati sihat akan menjadi pemurah
jika hati sakit akan menjadi sombong.

Bila diuji dengan kemiskinan..
jika hati sihat akan menjadi redha
jika hati sakit akan menjadi keluh kesah.

Bila diuji dengan kelapangan..
jika hati sihat akan usaha mengisi masa dengan penuh manfaat
jika hati sakit akan menjadi seorang yang malas.

Bila diuji dengan kesempitan..
jika hati sihat tidak suka meminta-minta
jika hati sakit akan cuba memberi pelbagai alasan.

Bila diuji dalam kehidupan..
jika hati sihat akan sentiasa mengingati-Nya
jika hati sakit akan selalu mengeluh dan merintih.

Bila diuji dengan kematian..
jika hati sihat akan menerima segala qada' dan qadar-Nya
jika hati sakit akan membentak dan mempersoalkan.


-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-
Diolah oleh: Ayna Halim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan