Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Akibat Dadah, Bayi 4 Bulan Diabaikan



Lihatlah gambar-gambar di bawah dan bacalah laporan dari sumber yang saya perolehi di sini.

Keadaan bayi 4 bulan yang amat menyedihkan

Sedih menatap keadaan bayi yang tidak berdosa ini. Akibat terlalu kecewa dan tertekan apabila suaminya ditangkap, si ibu bertindak mengambil dadah sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak kecil yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. 
Lebih menyedihkan, melihat tubuh bayi ini dengan kesan melecet yang teruk.  Didapati anak ini telah sakit selama dua minggu sebelum seorang penduduk menghubungi pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.   

Tidak dapat membayangkan penderitaan anak ini tanpa mendapat rawatan sepatutnya. Malahan, berat badan anak ini juga menurun kerana tidak diberi susu ibu atau susu formula, hanya air kosong sahaja. Ya Allah, kasihan sungguh...sedih memikirkannya..Saya juga ada anak dan tidak dapat membayangkan bagaimana jika anak saya langsung tidak diberi makan dan minuman berkhasiat.

Kesan melecet yang tidak dirawat

Andainya tiada sesiapa yang peduli, tidak mustahil anak ini mungkin menderita lebih teruk. Saya kira, perumpaan "Jangan jaga tepi kain orang lain" tidak boleh lagi diguna pakai pada zaman ini. Jika kita masyarakat keliling tidak ambil tahu, siapa yang hendak ambil tahu dan membela nasib mereka yang tidak bernasib baik seperti ini?
Semoga kita semua sedar akan fungsi masyarakat hari ini dan lebih peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling..
Saya berdoa, semoga anak ini akan mendapat rawatan terbaik dan kelak dipelihara dengan baik dan membesar menjadi anak yang beriman...amin...


Muhammad Najmi, Kanak-Kanak 4 Tahun Menderita Brain Tumor





Anda yang prihatin!

Mari kita sama-sama menghulurkan bantuan dan berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan buat adik Muhammad Najmi yang berusia 4 tahun. Adik ini menghidap penyakit Brain Tumor (ependymoma) stage 2.

Adik Najmi mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang dan telah menjalani radioterapi sebanyak 18 kali. Hampir setiap minggu adik Najmi terpaksa berulang-alik dari Kuala Kedah ke Hospital Besar Pulau Pinang. Setiap kali seleas menjalani rawatan, adik Najmi akan demam dan sakit. 

Kesan lain diterima, adik Najmi juga mengalami masalah keguguran rambut.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi 

Puan Salmiah Bt Salleh (ibu) 019-5413632 
En Azlin Bin Zakaria (ayah) 012-4263127 

Bantuan kewangan boleh disalurkan ke:

RHB BANK: 1-02041-0007914-7 En Azlin Bin Zakaria 

Alamat: 102, Penempatan Nelayan, Seberang Kota. 06600 Kuala Kedah, Kedah.

Semoga adik Najmi akan sembuh dari penyakitnya dan membesar dengan baik. Amin...



Kek Coklat Moist Kukus Yang Simple



Salam...

Semalam terasa rajin la pula nak buat kek...buka la balik buku resepi lama...buat la kek coklat moist...ingat nak buat sekali dengan toppingnya, tak cukup la pula serbuk koko...tak pe...lain kali saya buat yang ada topping..



Dah potong kecik-kecik baru teringat nak ambik gambar


 Kek Coklat Moist
Bhn A 
(campur dan masak atas api perlahan hingga sebati. Tutup api, rehatkan)
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula

Bhn B
3/4 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
(guna st kfc) - ayak bhn2 ni
@ boleh guna tepung kek je...

Bhn C
4 bj telur - blend..kejab je..

Topping

2 sb serbuk koko
sedikit minyak
susu cair (agak2 la)
coklat rice
*dimasak atas api perlahan sampai pekat (x tlalu pekat/cair)

Cara buat:
-campur bhn B & C ke bhn A secara selang-seli...gaul sebati.
-sapu minyak kt loyang (panaskn loyang)
-tuang adunan dlm loyang dn kukus selama 45 minit.
-kek masak, sapu toping..
-siap, leh makan...


DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.





Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah, baca;

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kita hanya berikhtiar, yang menyembuhkannya adalah Allah SWT. 

*Sumber: Facebook


Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik



Entri saya kali ini saya perolehi di sini. Saya tertarik dengan entri kali ini disebabkan ia berkaitan dengan pemimpin yang perlu kita pilih dan lantik terutama dalam suasana hampir pilihan raya umum ini.
Saya sebenarnya agak risau juga jika pemimpin yang dipilih kelak adalah pemimpin yang tidak selayaknya memimpin. Saya tidak mahu pemimpin yang saya pilih hanya tahu berjanji sebelum pilihan raya tetapi selepas segalanya selesai dan dia dipilih, segala janji dilupakan. Rakyat mengharap dan terus mengharap namun segala janji tinggal janji.
Saya pernah bertemu dengan seorang Menteri Besar ini dalam satu majlis minum petang di kediaman rasmi beliau bersama peserta PLKN tempat saya bertugas beberapa tahun dahulu. Peserta-peserta amat teruja dengan pertemuan ini. YB ini telah berjanji kepada peserta PLKN bahawa dia akan bagi setiap orang VCD majlis ini sebagai kenangan (majlis ini telah dirakam oleh RTM). Namun, selepas peserta ini tamat latihan, VCD yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Peserta-peserta yang telah tamat latihan dan pulang ke kampung halaman ini kerap mesej dan telefon saya dan rakan jurulatih  lain bertanyakan hal ini. Apa yang dapat kami katakan, jangan terlalu mengharap. Memang kecewa..
Itu baru janji kecil, bagaimana janji-janji lain yang disogokkan kepada rakyat? Jika tidak mampu laksanakan, usah berjanji yang bukan-bukan hanya kerana mahu meraih undi. Kesilapan dan rasa kurang tanggungjawab pemimpin kepada rakyat akan merosakkan reputasi pemimpin di mata rakyat. Kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga semakin hilang.
Justeru, rakyat perlu bijak dalam memilih pemimpin mereka. Jangan sesuka hati sahaja memangkah calon tanpa menyelidik latar belakang dan kreadibiliti mereka dalam memimpin masyarakat. 
Ciri-ciri pemimpin yang baik yang digariskan dan dijelaskan oleh seorang khatib dalam sebuah khutbah Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam pada 21 Disember 2012 lalu merujuk kepada al-quran, hadis dan pendapat ulama’ muktabar. Ia bukan sahaja merujuk kepada pemimpin politik kepartian tetapi semua jenis pemimpin. Beliau memetik hadis Nabi yang menghendaki supaya dilantik seorang ketua jika bermusafir seramai tiga orang atau lebih.
Menurut khatib dalam pendahuluan khutbahnya sebelum menjelaskan lapan ciri pemimpin yang baik, memilih dan melantik pemimpin adalah wajib. Jika pemimpin tidak dipilih selepas tiga hari jawatan itu dikosongkan atau jawatan itu sepatutnya diwujudkan seperti ketua dalam masa bermusafir, semua orang yang terlibat berdosa. Sebaliknya jika lantikan telah dibuat pahala diperolehi semua orang.
Oleh kerana perkara ini berkaitan dosa dan pahala, khatib mengingatkan agar pemimpin dipilih dengan betul dan berhati-hati supaya pemimpin itu dapat melaksanakan tugas kepemimpinannya dengan jujur, adil, amanah dan berintegriti.
Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1.  Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah
2. Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul
3.  Memiliki sifat taqwa dan berintegriti
4.  Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi
5.  Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya
6.  Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti
7.  Berakhlak dan berbudi. pekerti mulia
8.  Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong
Khatib menutup khutbahnya dengan ingatan bahawa pemimpin tidak boleh dipilih dgn tangkap muat. Beliau juga mengingatkan agar tidak melantik pemimpin yang tidak takut kepada Tuhan. Pesannya agar pemimpin tidak dilantik untuk dijadikan ejekan sama ada oleh orang yang dipimpin atau orang lain.


PRU-13: Tarikh Mengundi 5 Mei 2013




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada 5 Mei 2013 manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.

Tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan dalam satu akhbar hari ini.

Seramai 13,268,002 orang layak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini.



Anak hyperaktif...bagaimana nak tangani?

Imej Google


Baik ibu bapa mau pun guru, semua akan stress bila anak tak duduk diam...sepanjang masa. Kalau kita cikgu, susahnya nak mengajar bila murid-murid macam ni. Tak tercapailah objektif pengajaran hari tu! Mak ayah pulak...malunya anak melompat-lompat atas sofa dan berlari-lari bila dibawa berjalan ke rumah kawan!

Sering kali juga kita dengar ibu bapa berkata:

"Jangan disekat perkembangan anak. Biar aje, dia tengok explore, tengah belajar."

"Budak cerdik memang gitu, tak boleh duk diam."

Memang betul. Tapi kalau sepanjang masa tak boleh duduk diam, memang susahlah nak belajar, especially belajar membaca. Di peringkat tadika sekali pun, kanak-kanak perlu belajar diam for at least 3 - 5 minutes. Apabila masuk sekolah rendah pula, mereka harus belajar diam untuk jangka masa yang lebih lama.

Apa nak buat ye?

Kita boleh latih mereka untuk belajar duduk diam.

LATIHAN UNTUK DUDUK DIAM:

1. Minta anak baring dan duduk diam(not moving at all) sambil anda bilang sampai 10( bilang s l o w l y ).

2. Apabila anak bergerak, beritahu dia dapat duduk diam sampai bilangan berapa. Kemudian galakkan dia untuk cuba lagi untuk dapatkan bilangan yang lebih tinggi.

3. Lebih menyeronokkan sekiranya ibu atau bapa bergilir melakukan aktiviti ini dengan anak. Beri peluang anak melihat orang lain duduk diam.

4. Anda juga boleh tukar aktiviti daripada baring kepada duduk atau buat funny pose.

Aktiviti-aktiviti ini akan membantu perkembangan kawalan-kendiri(self-control) anak anda.

Teaching a child to be still will take TIME, CONSISTENCY and SERIOUSNESS.




Ini mama punya...

Imej Google


Pada hari Khamis (malam) bertarikh 4 April 2013 sekitar jam 8.15 malam...

Kedengaran suara Najla saling bertelingkah dengan nenek di ruang tamu sampai ke telinga mama di dapur.

Najla: Ini mama punya la..
Nenek: Itu Achik punya, simpan balik, nanti Achik balik, kamu kena marah..(beritahu nenek sambil menonton berita di tv).
Najla: Mama punya la...
Nenek: Semuanya kamu nak kata mama punya...itu Achik punya la sayang..
Najla: Mama yang punya...(tidak mahu mengalah)..
Nenek: Lantak kamu lah...(terus mata nenek tengok tv membiarkan Najla bermain-main dengan piala dan barangan cenderamata yang ada di almari hiasan).

Selang beberapa minit.

Nenek: Ya Allah!! Apa kamu buat ni Najla...marah Achik nanti (bergegas nenek mendapatkan Najla yang sedang membuka satu barangan cenderamata dari kota hiasannya)..
Najla: Ini mama punya la...
Nenek: (Membelek cenderamata tersebut). Ha ah...betul la...patut dari tadi kamu kata mama kamu punya...memang mama kamu punya...

Nenek tersenyum sebab tak sangka si kecil berumur 3 tahun 1 bulan ni tahu saja barang-barang mama dia walau tak diberitahu. Anak bijak...

Muhammad Haidar Zahidi, bayi comel 3 bulan hidap kanser mata


Muhammad Haidar Zahidi


Wajah comel dan mulus ini saya tatap lama...Menitis air mata ini melihat penderitaan anak kecil ini yang baru mengenal dunia telah diduga dengan penyakit kronik. Tersentuh hati dan perasaan berbaur di hati...apalah yang terdaya dan mampu dilakukan si kecil ini...dia tidak mampu menyatakan kesakitan dialami...mungkin rengekan dan tangisan sahaja yang mampu menggambarkan kesakitan..

Video Haidar lihat sini.

Bayi comel ini bernama Muhammad Haidar bin Zahidi dilahirkan normal pada 3 Januari 2013 tapi malangnya doktor mengesahkan anak ini menghidap kanser mata. Mata kanannya tidak boleh digunakan lagi dan terpaksa dibuang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3. Pada 1 Mei 2013, anak ini akan menjalani kimioterapi di HKL. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...sama-samalah kita membantu bagi meringankan beban keluarga ini...doa dan bantuan dihulurkan mudahan akan memberi harapan cerah buat si kecil ini.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun:

En Zahidi Azhar : CIMB 0722-0015302-529
Pn Norhayati Samsudin : Maybank 1571 3969 5983  

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En Zahidi di 012-5574577.

Alamat: 279-5-7, Lorong Tampin, 10150 Georgetown, Penang.

Page FB:  http://www.facebook.com/TabungHaidar



Kisah Abang Misi..


Hayatilah dan ambil iktibar...semoga bermanfaat buat kita...


Imej Google

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja kat sini?"

Abang Misi: "Bolehlah...nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman bernilai yang orang luar di sana takkan dapt rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa eh?"

Abang Misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang Misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal...sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskah al-Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah mengambil nyawa mereka.

Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

Kalu boleh, nak mati dengan memeluk al-Quran.

Pengalama-pengalam yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hmm...Apa dia?"

Abang Misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup, gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lali kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita...kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi....Allah...Allah..."

Pesakit: "(Menitis air mata...) Abang...bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca...buta tajwid...:( " 

Abang Misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya....


Sumber: FB Ustaz Nasir