Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Adat Perkahwinan Orang Banjar

Kali ni aku nak tunjukkan sedikit tentang adat-istiadat dalam pernikahan dan perkahwinan orang Banjar.  
 
Barangan asas untuk memasak seperti gula, garam, bawang dll..


2 biji kelapa tua sebagai simbol untuk memulakan hidup baru..

 
Cuba tengok gambar-gambar kat atas...aku ambil dari blog adik aku. Gambar-gambar tu diambil masa perkahwinan adik lelaki aku pada Mei 2011. Kalau nak tau ceritanya baca di sini.



 
Imej Google
 
Gambar ni pula pakaian pengantin banjar. Nak tau lebih lanjut baca di sini.

Jika nak tau rupa pakaian pengantin Banjar tengok sini.
 
Masa aku tengah youtube tentang Banjar...aku tertarik buka video kat bawah ni..video ni adalah video tentang adat istiadat perkahwinan masyarakat Banjar di Kalimantan Selatan..sebenarnya, perkahwinan orang Banjar ni agak unik..mungkin ada sebahagian daripada acara dalam adat pernikahan ini tidak lagi sesuai digunakan dalam zaman ini, tetapi diharapkan dengan paparan ini, kita (masyarakat banjar di Malaysia) tahu sedikit-sebanyak tentang adat istiadat yang dah banyak tidak kita ketahui dan mungkin tak pernah dilakukan...
 
 
 
 
Mudah-mudahan adat perkahwinan Banjar ini dapat diteruskan dan dipelihara oleh kita masyarakat Banjar di Malaysia agar asal-usul nenek moyang tidak akan hilang di celah arus kemodenan... jangan biarkan generasi seterusnya tidak kenal asal-usul mereka dan malu mengaku diri sebagai orang Banjar...
 

Cara Mengembalikan Mood Yang Hilang..

 
 
Bangun pagi ni diharapkan akan menjadi hari yang baik dan menggembirakan...hari yang membawa penuh harapan dan kebahagiaan...pelbagai impian dan angan-angan ditanamkan dalam fikiran dengan harapan ia menjadi kenyataan..
 
Tetapi....
 
Hari yang baik yang diharapkan menjadi hari yang amat menyakitkan...pernahkah keadaan sebegini berlaku dalam kehidupan anda?
 
Sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan, mood atau keadaan hati kita selalu sahaja berubah dan tidak menentu...emosi positif dan negatif dalam diri ini berubah bersilih ganti dalam kehidupan kita sehingga mengganggu perjalanan hidup kita sehari-hari..kebiasaannya, keadaan ini berlaku apabila seseorang itu berdepan dengan seseorang atau perkara yang mereka tidak diingini dan tidak dijangkakan..
 
Bagaimana cara nak mengembalikan mood kita yang hilang? Baca tips di bawah ni...
 
SENYUM/KETAWA
 
Senyum dan ketawa adalah terapi kepada segala tekanan yang kita lalui...cuba bayangkan perkara-perkara yang menggembirakan dan lucu yang pernah kita lalui..atau baca /tonton cerita humor agar kita dapat ketawa dan tersenyum..
 
Kenapa perlu senyum/ketawa?
 
1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.
 
BERTENANG DAN TARIK NAFAS SEDALAM-DALAMNYA
 
Fokus kepada cara kita menarik nafas dengan menarik nafas perlahan sedalam-dalamnya dan kemudian dihembuskan perlahan-lahan. Dengar bunyi pernafasan anda dan rasakan ketenangan dan rasa nyaman dari tarikan dan hembusan tersebut.
 
BANYAKKAN ISTIQFAR
 
Kita digalakkan beristiqfar setiap kali melakukan kesalahan.  Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.
Menurut pendapat sebahagian dari para ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”.
 
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
 
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nisaa’ei, Ibnu Majah dan Al-Hakim daripada Abdullah bin Abbas r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
 
“Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber-sumber yang tidak diketahui.”
 

Hormati Keputusan makhamah ke atas Afizal


KUALA LUMPUR- Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan pemain boling tenpin handalan Noor Afizal Azizan dengan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin kerana merogol gadis bawah umur perlu dihormati dan kemuliaan mahkamah perlu dipelihara dan disanjungi.
Menegaskan demikian, Setiausaha agung Majlis Kebangsaan Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk M.Ramalingam berkata hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah bersusah payah menjelaskan rasional di sebalik keputusan mereka terhadap “pesalah terhadap kanak-kanak buat pertama kalinya itu”.

Noor Afizal diperintah berkelakuan baik selama lima tahun dan ikat jamin RM25,000 kerana kesalahan berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata: “Tidak timbul soal hakim-hakim kita menyalahgunakan peluang yang dibentangkan pada semakan kehakiman demi kepentingan masyarakat sivil.
“Ía menuntut kebijaksanaan dan pengetahuan serta perpaduan hakim untuk mencapai keputusan yang dapat diterima secara sah dengan kepentingan awam dilindungi dengan betul,” kata beliau.
Pada 8 Ogos, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Noor Afizal supaya dikekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 5 Julai tahun lepas yang memerintahkannya berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikan jamin RM25,000.
Mahkamah tersebut mengambil kira beberapa faktor termasuk kewujudan hubungan seks atas persetujuan bersama antara tertuduh dengan gadis berkenaan.
Noor Afizal, 21, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu ke atas gadis berusia 13-tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi 5 Jun, 2009.
Namun berikutan rayuan pihak pendakwa, Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 Sept tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Noor Afizal.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif dalam membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk hukuman lebih berat, sebulat suara mengetepikan hukuman penjara lima tahun ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi itu.
Pemain boling tenpin itu pernah mewakili Negeri Sembilan antara 2004-2010 dan serentak itu, mewakili Malaysia dalam Kategori Belia Kebangsaan selama lima tahun (2004-2008).
Noor Afizal juga pernah beraksi di Kejohanan Terbuka Thailand International pada April tahun ini, dan dijangka mewakili Kedah dalam beberapa pertandingan yang bekal menjelang termasuk Kejohanan Terbuka Antarabangsa KL 2012. -Bernama

Penggali Kubur Maut Tertimbus Dalam Liang Lahad

Penduduk kampung memenuhi kawasan perkuburan Kampung Penak.
MENTAKAB – Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.
Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46, dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas Subuh semalam.

Kejadian berlaku ketika Zailan bersama seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15 pagi.
Menurut seorang lagi penduduk kampung, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.
“Saya sedang bercangkung tepi kubur, tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia yang terjulur keluar.
“Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.
“Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah,” katanya.
Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam.
Ambil masa 5 minit keluarkan kepala mangsa
Sementara itu seorang lagi penduduk kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tertimbus.
“Masa gali saya nampak ada banyak darah pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah.
“Kami angkat Zailan ke atas, tidak berapa lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di sisi penduduk kampung,” katanya.
Tidak pernah alami kejadian seperti itu
Sementara itu Abdul Aziz Md Taha, 51, anak kepada Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Taman Bukit Cermin di sini, pagi semalam menganggap kejadian tersebut sesuatu yang tidak pernah dialami penduduk kampung.
“Mak saya meninggal Subuh tadi, ketika menggali kubur berlaku pula kematian kepada si penggali kubur, ini tidak pernah berlaku di kampung ini,” katanya.
Sementara itu seorang penduduk, Abdul Walit Abdul Malek berkata, arwah Zailan tidak seperti biasa sebelum itu.
Menurutnya, ketika sedang menggali kubur, Zailan yang masih bujang, tidak seperti rakan lain, arwah lebih banyak mendiamkan diri dan tingkah lakunya tidak seperti biasa.
“Kami di sini sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku, dalam satu hari ada dua kematian yang berkaitan antara satu sama lain.
“Zailan memang pakar menggali kubur terutama kerja menyiapkan liang lahad yang memerlukan hasil kerja yang halus, dia biasanya akan bersama Mohd Nasir melakukan kerja tersebut,” katanya.
Abdul Walit berkata, kubur arwah Minah yang sepatutnya dikebumikan tengah hari terpaksa digali semula menggunakan jengkaut atas sebab-sebab keselamatan.
Polis terima laporan
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mayat Zailan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.
Sinar

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah



Oleh: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

"Kau , dah hari ker berapa dah?"

"Aku dah 5 hari dah ni"

"Esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
 
 

Apa Yang Diperhatikan Penemuduga Ketika Sesi Temuduga?

 
 
Dari semasa ke semasa, saya menjadi ahli panel temuduga, memilih calon-calon yang layak untuk menyertai organisasi tempat saya bertugas. Tentu sekali calon-calon yang bakal terpilih itu mengikut kriteria yang diingini. Pengalaman lebih 30 tahun sebagai penemuduga di pelbagai syarikat membolehkan saya memandang calon-calonnya, bukan kertas-kertas yang mereka bawa. Selain daripada formaliti temuduga, ada beberapa perkara penting yang saya perhati untuk menelah peribadi calon.

Pada Isnin lalu, sekali lagi saya menjadi ahli panel temuduga untuk memilih wartawan. Semua calon yang terpilih untuk hadir temuduga telah mengisi borang dan menyertakan dokumen-dokumen secara bertulis. Hampir kesemua mereka mesti mempunyai ijazah atau diploma dalam bidang kewartawanan. Mereka mesti boleh menulis dalam bahasa Melayu dengan baik, juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Mereka yang mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang lain pun dipanggil kerana ramai daripada mereka yang tidak mengikuti bidang kewartawanan pun boleh menjadi wartawan yang baik. Orang lama dalam bidang persuratkhabaran pada hari ini adalah bukti-bukti secara live bahawa bidang ini bukannya sektor untuk mereka yang ada bergulung kertas ijazah semata-mata.

Apabila melangkah ke dewan temuduga, dengan sekilas pandang, saya sudah dapat mencerap siapa yang tekun, siapa yang relaks, siapa yang stres, siapa yang malas. Calon-calon yang berpakaian biasanya tidak menjadi perhatian saya kerana mereka calon-calon biasa hanya mengikut acuan konvensional. Sebaliknya, mereka yang berbusana seperti model atau berpakaian seperti seniman jalanan akan saya jeling kerana kulit yang mereka pamerkan tidak semestinya menggambarkan isi fikiran mereka.

Cara mengetuk pintu pun akan saya perhati. Ada yang ketuk, terus masuk. Ada yang ketuk seperti penguat kuasa membuat serbuan ke premis maksiat. Ada juga yang mengetuk pintu secara perlahan sambil mengintai. Menanti isyarat mata saya, menyuruh mereka masuk sebelum melangkah ke bilik temuduga. Calon begini sudah pandai berkomunikasi secara body language. Ini petanda dia boleh membaca bahasa tubuh apabila menjadi wartawan kelak.

Saya akan bandingkan semua sijil fotostat dengan yang asli. Maklumlah, sudah menjadi tajuk berita, ada yang menipu kelulusan untuk mendapat kerja. Saya akan minta izin mereka membuka fail peribadi yang dibawa. Kecuaian calon dapat ditelah seandainya terdapat foto kad pengenalan makwe atau tiket wayang di dalam failnya.

Yang penting buat saya bukan juga ijazah dan lain-lain sijil pengiktirafan yang dibawa, tetapi sebagus manakah keputusan SPM mereka. Walaupun ijazah mereka hanya ijazah am, tiga atau empat keputusan A1 dalam SPM memberi gambaran calon itu pernah dan boleh bekerja di bawah tekanan. Belajar untuk peperiksaan SPM adalah tempoh yang paling mencabar di dunia akademik seseorang.

Tulisan calon turut menjadi perhatian saya. Sedikit pengetahuan grafologi atau mengenal psikologi melalui tulisan boleh membantu saya mengenal calon yang duduk di hadapan saya. Secara mudah, tulisan yang ketot dan kecil menggambarkan seseorang yang kurang yakin diri. Sebaliknya tulisan yang besar-besar dan bergulung-gulung mempamerkan seseorang yang keras hati atau emosional.

Tandatangan yang halus dan kabur menggambarkan ketidakyakinan diri. Dia tidak boleh menjadi seorang wartawan. Sebaliknya, tandatangan yang jelas ejaan hurufnya menggambarkan seseorang yang berterus terang. Calon ini biasanya mempunyai prinsip hidup yang teguh. Ada juga yang melakar tandatangan seperti seorang bos bilamana sebutir huruf pun tak dapat dibaca tetapi calonnya menggunakan ruang yang besar. Ini petanda calonnya boleh menjadi ketua yang berkesan kelak.

Pertuturan adalah perkara penting yang saya ambil pertimbangan. Soalan sepatah yang dijawab sepatah juga akan memendekkan sesi temuduga itu. Soalan sepatah dan dijawab tiga puluh patah pun akan meringkaskan temuduga itu. Calon yang banyak ‘err, err’ mengalahkan pak menteri bercakap juga akan memendekkan hasrat saya meneruskan temuduga itu. Yang molek adalah soalan saya dijawab dengan soalan hinggakan sesi temuduga itu menjadi sebuah sesi berbual-bual.

Saya akan memilih calon yang hendak bekerja, bukannya calon yang hendak gaji. Calon ini dengan yakin akan menerima cadangan di manakah mereka akan ditempatkan bila diambil bertugas. Calon ini hanya bercakap mengenai gaji apabila disoal berapakah jumlah yang diingininya. Dia tahu, dia akan diberi gaji yang setimpal dengan kebolehannya. Yang penting adalah wajahnya. Saya maksudkan bukan dari segi cantik atau tampannya. Tetapi daripada segi sinar mata dan ceria wajahnya sehinggakan apabila ditemuduga, saya berasa sedang berbual dengan seorang staf, bukannya dengan seorang calon.
 

Oleh: Norden Mohamed
29 Ogos 2012

 

Bagaimana Memakai Cincin Menurut Sunnah?

Oleh : Ustaz Nazrul Nasir


 

Ada seorang sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain. Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh para pembaca.

Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

1. Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?

2. Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

3. Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?

4. Adakah cincin yang dipakai oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?

5. Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak?
Ini antara soalan yang terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca mengambil perhatian terhadap perkara ini.

 
JAWAPAN

Berat Cincin


1. Para ulama berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.

2. Para ulama Malikiyah pula berpandangan dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar 2 dirham ke bawah. Berat dua dirham menurut pengiraan moden ialah 3.125 gram × 2 = 6.25 gram

3. Para ulama Syafieyah pula mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.

4. Para ulama Hanabilah pula berpandangan tiada masalah untuk memakai cincin yang beratnya melebihi satu mithqal. Tetapi dengan syarat tidak terkeluar daripada uruf atau adat setempat yang ditetapkan. Jika melebihi uruf maka hukumnya adalah haram.

 
 
Syaikh al-Allamah Abdullah Fad aq hafizahullah..Lihat pemakaian cincin pada jari beliau.
 

LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

Emas


1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2. Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

Perak

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3. Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.
5. Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1. Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan wanita.

2. Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3. Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4. Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

 
HUKUM BERBILANG-BILANG CINCIN

1. Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.

2. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.

3. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.

4. Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.

BENTUK CINCIN RASULULLAH

1. Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.

2. Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi al-Tibb
karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.

JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN
 
 
Mufti Mesir, Prof Dr Ali Jum'ah...Pemakaian cincin di jari manis dan kelingking.

1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1. Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

RUJUKAN :

1. Mausu’ah al-Kuwaitiyah Jilid 11

2. Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi radhiyallahu anhu , jilid 1 mukasurat 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Ayah & Bonda di Pedu,
Kedah, Malaysia
 
Sumber 
 
 

Konflik Di Syria

Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.
 
 

 
Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada’ yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.
 
Gambar kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.
Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.
 
Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Syaima'
 kehilangan sebelah kakinya akibat terkena bom yang digugurkan oleh
tentera rejim Basyar la'natullah
 
Gambar yang bagaimana lagi perlu dipersembahkan kepada masyarakat dunia untuk membuka hati-hati yang masih tertutup tentang apa yang berlaku di Syria?

Mereka saban hari mempersembahkan syuhada' mereka sedangkan masih ada yang menggelarkan
mereka sebagai tajaan Barat.

Hati jenis apakah golongan ini?
 
 

 
 
Lihatlah betapa mulianya akhlak seorang pejuang kebanggaan Rasulullah ini. Video ini menunjukkan seorang mujahidin Syria berusaha menyelamatkan seorang sahabatnya yang terkena tembakan ke tempat yang lebih selamat.
 
Dan dalam masa yang sama sahabatnya yang lain cuba menembak tentera rejim dari sudut yang lain.
 
Sehinggakan beliau sanggup menanggalkan baju kalis pelurunya untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Sehingga akhirnya, beliau juga ditembak oleh tentera rejim la’natullah.
 
Ya Allah, sesungguhnya video ini sudah cukup untuk kami menyatakan bahawa merekalah pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah.
 
 
Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.
 
Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.
 
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.
 
 
 
Pembunuhan beramai-ramai di Darayya yang mengorbankan ratusan umat Islam (25/8/2012) dilakukan oleh tentera rejim Basyar Batalion keempat 555 berpengkalan di Sumeria, platun 86.

Tiada kata yang mampu kami ucapkan. Semoga Allah hina
kan kamu semua wahai Syiah la'natullah.
 
 

 
Sajak ini ditujukan kepada Maher al-Assad yang pernah mengeluarkan kenyataan memperkecilkan kekuasaan Allah ke atas Syria yang dipimpin abangnya, Bashar si pengecut.

Sajak ini merupakan satu ejekan atau penghinaan kembali kepada si pengkhianat itu yang memperkecilkan kekuasaan Allah ke atas kerajaan yang dipimpin
keluarga al-Assad.

Semoga ia membangkitkan semangat jihad kita selaku rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan ke atas umat Islam di negara-negara yang bergolak. Dan sebagai rakyat Malaysia, bersyukurlah di atas keamanan yang kita miliki sekarang, semoga kekal aman damai selamanya.