Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Cara Mengembalikan Mood Yang Hilang..

 
 
Bangun pagi ni diharapkan akan menjadi hari yang baik dan menggembirakan...hari yang membawa penuh harapan dan kebahagiaan...pelbagai impian dan angan-angan ditanamkan dalam fikiran dengan harapan ia menjadi kenyataan..
 
Tetapi....
 
Hari yang baik yang diharapkan menjadi hari yang amat menyakitkan...pernahkah keadaan sebegini berlaku dalam kehidupan anda?
 
Sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan, mood atau keadaan hati kita selalu sahaja berubah dan tidak menentu...emosi positif dan negatif dalam diri ini berubah bersilih ganti dalam kehidupan kita sehingga mengganggu perjalanan hidup kita sehari-hari..kebiasaannya, keadaan ini berlaku apabila seseorang itu berdepan dengan seseorang atau perkara yang mereka tidak diingini dan tidak dijangkakan..
 
Bagaimana cara nak mengembalikan mood kita yang hilang? Baca tips di bawah ni...
 
SENYUM/KETAWA
 
Senyum dan ketawa adalah terapi kepada segala tekanan yang kita lalui...cuba bayangkan perkara-perkara yang menggembirakan dan lucu yang pernah kita lalui..atau baca /tonton cerita humor agar kita dapat ketawa dan tersenyum..
 
Kenapa perlu senyum/ketawa?
 
1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.
 
BERTENANG DAN TARIK NAFAS SEDALAM-DALAMNYA
 
Fokus kepada cara kita menarik nafas dengan menarik nafas perlahan sedalam-dalamnya dan kemudian dihembuskan perlahan-lahan. Dengar bunyi pernafasan anda dan rasakan ketenangan dan rasa nyaman dari tarikan dan hembusan tersebut.
 
BANYAKKAN ISTIQFAR
 
Kita digalakkan beristiqfar setiap kali melakukan kesalahan.  Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.
Menurut pendapat sebahagian dari para ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”.
 
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
 
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nisaa’ei, Ibnu Majah dan Al-Hakim daripada Abdullah bin Abbas r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
 
“Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber-sumber yang tidak diketahui.”
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan