Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Dua Beradik Disuap Pasir



KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.

Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.

Harian Metro

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Marah, geram, sakit hati dan entah apa perasaan lagi datang bila baca berita ni. Apa lah salah budak-budak tu sehingga mereka didera macam tu. Kisah ibu tiri yang garang dan suka mendera membuatkan ramai orang yang takut untuk beribu tiri selepas kematian ibu kandung atau akibat penceraian..semuanya hanya kerana kisah-kisah penderaan sebegini...tapi tak dinafikan juga ada ibu tiri yang baik dan mungkin lebih baik daripada ibu kandung sendiri...jika naluri keibuan begitu kuat takkan mungkin anak-anak kecil didera si ibu tiri atau ibu kandung sendiri....keimanan dan kesabaran kunci utama dalam mengawal kemarahan akibat kenakalan anak-anak...kisah ini sebagai peringatan buat diriku juga..semoga aku dapat menjadi seorang ibu yang baik dan mengasihi anakku sepenuh hati.. Insya-Allah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan