Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Penderitaan Ibu Tunggal..

Ketika melayari facebook sebentar tadi aku terbaca cerita ni berkenaan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak yang mengalami penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome). 

Terkesan apabila aku membaca perjalanan hidup dan rintihan beliau di blog  Alia Haryanie. Betapa cekal dan tabahnya seorang ibu yang cuba melawan kesakitan demi anak-anak. Dalam keadaan tidak berdaya dan lemah, Alia Haryanie masih cuba bangkit dan melawan kesakitan selepas diceraikan oleh suaminya kerana tidak sanggup menjaga beliau yang sakit. Jenis lelaki apakah itu? Masa senang bersama-sama, masa susah ditinggal pergi...terkapai-kapailah seorang wanita yang ditinggal suami dalam meneruskan hidup..Kisahnya di sini..

Buat Alia Haryanie..semoga anda tabah dan kuat menghadapi dugaan ini..apa yang mampu aku lakukan berdoa kepada Allah agar Alia Haryanie diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk terus hidup bersama anak-anak yang dikasihi...




Difahamkan sekarang beliau berada di HUSM menerima rawatan di sana..untuk menyalurkan bantuan, boleh lah berbuat demikian ke nombor akaun berikut:

Haryani binti Mat Hussin

Maybank: 164034266923

RHB: 16213900067447

Semoga bantuan yang dihulurkan mampu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh beliau selama ini....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan