Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Terlepas Hukuman Rogol kerana Mempunyai Masa Depan Cerah?



PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.
Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama

                                       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Amat tak puas hati dengan berita yang aku baca dalam Harian Metro Online tadi. Beginikah keadilan makhamah di Malaysia? Hanya kerana dia tu pemain bowling kebangsaan yang mempunyai masa depan cerah, maka semudah itu dia dilepaskan dari hukuman? Bagaimana kalau orang tu membunuh dan melakukan jenayah-jenayah berat yang lain, adakah mereka juga akan terlepas dari hukuman hanya kerana mereka orang yang mempunyai masa depan cerah? Bagaimana pula dengan masa depan gadis bawah umur tu? Adakah masa depannya cerah selepas apa yang berlaku ni? 

Antara komen pembaca yang aku boleh petik dari FB bagi menyatakan rasa tak puas hati ni adalah daripada:

Mohd Saifullah:"Hanya sebab dia pemain boling kebangsaan dan dia dikatakan mempunyai prospek masa depan yang cerah, mahkamah lepaskan dia. Cool gila. Sangat cool. 

"Ikut undang undang buat seks dgn gadis bawah umur adalah statutory rape. Tetap digelar rogol kalau ikut undang undang. Tapi sebab dia ada masa depan yg cerah, dilepaskan. Lepas ni boleh la kita pegi rogol org, lepas tu bila mahkamah nak sabit kesalahan, just cakap saya ada masa depan yg cerah. Sangat cool.

"Sistem keadilan negara makin berkudis. Dah nak berkurap."

Zaiton Hj Ahmad:"Inilah masalahnya dengan pelaksanaan undang undang kat Malaysia ni bila mengamalkan berat sebelah. Mane tau die ade mase depan cerah...akan dtg tiade siape yg tahu.."


Jamaludin A.Rahman: "Kelakarlah...Hakikatnya itulah mahkamah keadilan dunia yg tidak sempurna kendalian manusia, Sesungguhnya keadilan Allah jua itu yg maha adil dan bijaksana, wallauallam."

Aku harap, makhamah di Malaysia akan lebih telus dan memberi hukuman yang adil kepada pesalah...banyak kes yang pada perkiraan aku kesalahan tidak terlalu besar tetapi dihukum bertahun-tahun lamanya tetapi kes-kes tertentu terutama yang melibatkan orang-orang tertentu, hukuman yang dikenakan seperti tak logik di akal...

Baca kisah ni untuk dijadikan iktibar.


1 ulasan:

  1. sebat 100 kali taknak... adakah rosak masa depan? tidak. adakah memberi pengajaran kepada dia? ya.

    lepaskan dia dengan menggunakan wang. rosak masa depan. mungkin tak. memberi pengajaran? tidak sebab dia akan fikir kalau dompet tebal, boleh rogol orang suka hati

    BalasPadam