Menghidupkan Malam Hari
Raya
“Sesiapa menghidupkan
malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya tidak mati
pada hari hati-hati lain mati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Hadis ini menurut Imam
Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis
dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1,
hlm. 426).
Orang perempuan juga
digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat
dengar khutbah.
Diriwayatkan dari Ummu
'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil
fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita
yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri
dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya
berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab?
Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)
Makan dahulu sebelum pergi
solat 'idil Fitri.
Diriwayatkan dari Buraidah
ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan
terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari
solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
Tidak melalui jalan yang
sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir
ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke
mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan
waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )
Bertakbir
Nabi S.A.W bertakbir pada
'idil fitri bermula dari keluar dari rumah sehingga sampai di tempat solat hari
raya. (HR Baihaqi)
Allahu Akbar. Allahu
Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan