Salam...
Baru-baru ni aku tengok rancangan Nona di TV3 mengenai "Telekung Project" atau TP...sebenarnya aku dah tau mengenai projek ini sejak awal tahun lalu lagi selepas terbaca mengenainya dalam sebuah akhbar..terus aku like page TP dan mengikuti perjalanan projek mereka...
Aku amat menyokong usaha murni yang dilakukan oleh Pn Norazila Abdul Aziz, 33, pengasas The Telekung Project bersama anak-anak beliau, Sofea dan Nurhana. Jika dilihat projek ni nampak biasa-biasa sahaja setakat ambik telekung-telekung kotor kat masjid dan surau pastu basuh...apa la sangat...tapi...berapa ramai yang sanggup buat kerja-kerja cam ni? Nak keluar duit sendiri beli sabun, clorox, guna mesin basuh (penggunaan lektrik dan air)....sanggup ke??? Baik basuh baju dan telekung sendiri..buat ape nak susah-susah buang masa buat kerje cam ni...Ha...itu la yang mungkin terlintas di fikiran kita...
Tapi...bagi orang yang berfikir seperti Pn Norazila, beliau terpanggil memulakan projek ini demi kebaikan semua muslimah agar dapat menggunakan telekung yang bersih..perkara yang baik mestilah disebarkan supaya ia menjadi galakan kepada orang lain untuk membuat kebaikan.
Kata beliau, "Saya pernah dengar satu ceramah oleh seorang ustaz tentang niat kita
menyebarkan kebaikan supaya lebih ramai orang dapat buat baik. Syaitan
juga tidak suka bila ramai anak Adam berbuat kebaikan.
"Pada saya tidak timbul isu riak kerana apabila saya melakukan perkara
ini secara senyap, simpan seorang diri dan akhirnya barulah perasaan
riak itu timbul kerana 'hanya aku seorang saja yang baik kerana basuh
telekung'."
Aku memang nak sangat turut serta dalam projek amal sebegini kerana bagi
aku projek begini akan mendekatkan diri kita dengan masyarakat di
samping menjadikan kita sebagai seorang umat Islam yang bertanggungjawab
dan prihatin dengan keadaan sekeliling...
Ok la..bagi yang tak tau ape itu "Telekung Project" dan bagaimana nak memulakan kegiatan amal ni boleh baca kat bawah ni ok....
Apa itu Telekung Project?
Telekung Project bukan kumpul telekung
utk diwakafkan di wakaf seperti SURAU AM dan MASJID tetapi telekung
project ialah MENCUCI TELEKUNG WAKAF YANG KOTOR.
Bagaimana memulakan Telekung Project?
Bagaimana memulakan Telekung Project?
Sebagai permulaan, anda boleh mulakan di tempat anda sendiri seperti di tempat kerja, surau petronas, surau dan masjid dekat kawasan perumahan anda...Cuba dapatkan telekung-telekung lama yang masih elok dan boleh digunakan dari keluarga anda sendiri untuk jadi telekung ganti sementara telekung wakaf dicuci..anda perlu tanda telekung ganti tersebut (boleh guna label Telekung Projek atau label sendiri ikut kreativiti) bagi memudahkan anda kenal pasti telekung ganti dengan telekung wakaf.
Bagaimana Telekung Project beroperasi?
Bagaimana Telekung Project beroperasi?
LANGKAH 1: Dapatkan telekung daripada HUB terdekat dengan anda.
LANGKAH 2: Setelah dapat telekung, anda perlu menjahitkan tanda contohnya riben, button dan sebagainya. Tidak semestinya menggunakan label Telekung Project. Gunakan kreativiti sendiri.
LANGKAH 3: Basuh telekung yang telah ditanda.
LANGKAH 4: Telekung yang telah ditanda dan dibasuh itu kini dinamakan Telekung Projek.
LANGKAH 5: Pergi ke wakaf berdekatan seperti PETRONAS, SHELL, SURAU SHOPPING COMPLEX dan sebagainya. Kemaskan telekung yang sgt kotor itu dan gantikan dengan Telekung Project yang telah ditanda.
LANGKAH 6: Basuhlah telekung wakaf yang kotor sehingga bersih, gosok dan lipat.
LANGKAH 7: Pulangkan telekung wakaf yang telah dicuci ke tempat asalnya dan ambil semula Telekung Project untuk dicuci.
ULANG LANGKAH 3 - 7, DAN BEGITULAH SETERUSNYA.

Anda boleh memilih untuk hantar telekung baru atau terpakai
kepada Hub Telekung Project yang dilantik dan boleh
berhubung dengan mereka.
Untuk pengetahuan semua, TP bukan setakat cuci telekung wakaf dan terima telekung untuk wakaf sahaja tetapi TP juga ada buat projek amal dengan rumah-rumah anak yatim, orang tua-tua dan membantu ibu-ibu tunggal serta beberapa aktiviti amal yang lain..
Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai The Telekung Project atau mengikuti perjalanan aktiviti yang dilakukan boleh la ke http://www.facebook.com/TheTelekungProject atau http://littlebookhut.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan