Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Anugerah...

Alhamdulillah....syukur kepada Allah kerana hari ini...keluarga aku telah menerima seorang lagi insan baru dalam keluarga kami..

Beberapa hari menanti, akhirnya adik ipar aku, Shu selamat melahirkan seorang bayi lelaki..wah! Bertambah seorang lagi la cucu mak abah...dan Muhammad Al-Amin pun dah ada geng nak main lawan-lawan..geng main bola..hehehe..sebelum ni dia sorang je hero dalam keluarga, sekarang dah ade member baru..best la Amin.

Anak aku pun tentu seronok sangat dapat tengok baby baru...sian Najla, dia tak de adik..Najla sorang je la anak mama...tak pe la sayang, sepupu-sepupu Najla tu adik-adik, kawan dan kakak Najla la....

Najla ni memang suka kat baby...aku nampak yang Najla seorang kakak yang penyayang...suka main-main dengan baby. Kalau dia ade adik aku rasa dia memang boleh jadi kakak yang hebat!

Apa pun, tahniah buat adik aku, Emi dan isteri atas kelahiran baby mereka...semoga dapat menjadi ibu bapa yang baik dan hebat! Anak itu anugerah dari Allah..pelihara dan didiklah dia dengan didikan yang baik dan sempurna..pesanan buat diriku juga...Mama sayang Najla..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan