Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Berbaik sangka lah...

Pernahkah anda berkata begini?
 
Bila jumpa pelacur tepi jalan, : “Eee perempuan kotor ni.”
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, : “Ish! Orang jahat. Jangan dekat dengan dia.”
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, : “Orang gila ! Jangan kacau aku....pergi jauh-jauh.”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, : “Euww hodohnya. Siapalah nak kahwin dengan kau tu.”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

--------------------------------------------------------

Apabila ada orang mahu melakukan kebaikan, dikatakan ingin menunjuk-nunjuk..
 
"Muna tu belanja kita hari ni mesti ada sebab...kalau tak, tak kan la baik hati sangat nak belanja..."
 
"Jutawan tu nak biaya wat masjid dan sekolah agama? Halal ke duit dia tu?"
 
"Artis tu pakai tudung ikut trend je tu.."
 
---------------------------------------------------------
 
Ramai di kalangan kita terlalu mudah bersangka buruk terhadap orang lain...kita sendiri sedia maklum yang sifat buruk sangka termasuk dalam sifat yang tercela kerana ia dapat menimbulkan fitnah yang sangat besar.
 
Dalam Al Quran, Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12)
 
Jadi jelaslah berprasangka buruk itu berdosa, maka berusahalah menghindarinya dengan cara banyak mengingat kebaikan seseorang. Ketika prasangka itu datang, banyakkan berzikir kepada Allah dan tepis sifat tersebut dengan mengingat dosa yang akan kita terima jika tetap dalam berprasangka buruk.
 
Ketahuilah bahawa setiap kata-kata buruk itu adalah saham yang kita kumpul untuk menuju ke Neraka Allah Taala. Ubahlah dan muhasabah diri, banyak yang buruk kita lihat dari orang, tapi kita lupa melihat keburukan sendiri. Ajaklah saudara kita ke arah kebaikan dan cegahlah mereka dari kemungkaran. Pesanan buat diri ini juga..
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan