Assalamualaikum...
Diriwayatkan hadis dari Isa bin Talhah dari Abi Hurairah (r.a) berkata, 'Telah bersabda Rasulullah (s.a.w); "Sesungguhnya seorang lelaki (perempuan) nescaya bercakap-cakap dengan beberapa kalimah (yang dicakapkannya) tidak melihat (perasan) dia akan bahaya kata-katanya itu yang menjerumuskannya (kerana kata-kata itu) selama 7 tahun (disiksa) dalam neraka."
-Hadis at-Termizi-
Berdasarkan hadis tersebut, dapatlah disimpulkan di sini bahawa;
1. Kita dilarang bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak memberi manfaat.
2. Ucapan atau perkataan yang dituturkan itu tidak menyinggung perasaan orang lain.
3. Bercakap-cakap kosong akan berlarutan kepada umpat keji, rasa tidak puas hati dan membawa persengketaan.
4. Sepatah perkataan yang tidak berfaedah akan menjerumuskan kita selama 70 tahun ke dalam api neraka. 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun kiraan waktu di dunia.
5. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah SWT, berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.
6. Banyakkan berdoa dengan doa berikut;
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu syurga dan segala sesuatu yang menghampirkan aku kepadaNya dari (kerana ) ucapanku dan amalanku (perbuatanku); dan aku memohon perlindungan denganMu dari neraka dan segala sesuatu yang menghampirkan aku kepadanya dari (kerana ) ucapanku dan amalanku (perbuatanku)."
Kredit kepada Ustaz Naim.
Kredit kepada Ustaz Naim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan