Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Jangan Banyak Bercakap...

Salam semua...

Aku pernah bagi tazkirah depan perhimpunan mingguan di tempat kerja aku tahun lalu mengenai topik ni...tapi aku tak ingat kat mana aku letak artikel yang aku dapat tu...so, hari ni aku terbaca status Ustaz Don kat FB mengenai topik yang hampir serupa ni...punca hati menjadi keras..

Ok..jom baca dan harap semua dapat jadikan panduan dalam hidup dan renung-renungkanlah..





Dari nasihat Ustaz Don tu..aku dapat la kaitkan ia dengan hadis ni...aku dapat dari Kembara Sufi.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Janganlah kamu banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t. kerana orang yang banyak bercakap selain berzikir kepada Allah s.w.t., akan menyebabkan hatinya keras dan manusia yang paling jauh daripada Allah s.w.t. adalah orang yang berhati keras.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Pengajaran hadis:


Penjelasan tentang banyak bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah akan menyebabkan hati menjadi keras dan jauh daripada rahmat Allah s.w.t.

Macam tu lah...kalau terlalu banyak bercakap nanti jadi gossip..timbul fitnah dan kata-mengata...jadi, lebih baik diam dari banyak bercakap...bercakap bila perlu sahaja..Ingatan untuk diriku jua..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan