Aku terpanggil untuk berkongsi maklumat dan info dengan pembaca blog aku ni mengenai tajuk di atas...Aku pasti dan penuh yakin yang anda semua pasti tahu apa itu zakat dan sedekah kan? Tapi ramai juga di kalangan kita (aku pun) masih belum betul-betul tahu secara mendalam makna di sebalik zakat dan juga sedekah...
Hari ni aku malas nak taip panjang-panjang...aku cuma copy paste dari blog orang lain je...jom baca..
Artikel 1
Zakat itu rukun
“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” (al-Bukhari dan Muslim)
Zakat membersihkan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.” Riwayat Bukhari
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.” (Abu Daud)
Orang yang lebih layak diberikan zakat
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)” (Imam Ahmad)
Ancaman enggan berzakat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.” Riwayat Muslim
Berkerja agar dapat memberi
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah. Para sahabat bertanya: ‘Jika tidak mampu ya Rasulullah?’ Baginda menyatakan: ‘Maka hendaklah dia berusaha sendiri (bekerja dengan tangannya) yang dapat memberi faedah kepada dirinya dan dengan yang demikian dia dapat bersedekah.’ Mereka bertanya lagi: ‘Jika dia masih tidak sanggup (tidak mampu bekerja)? Jawab nabi: ‘Maka hendaklah dia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan.’ Tanya sahabat lagi: ‘Jika sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian?’ Jawab nabi: ‘Maka hendakah dia (mengerjakan kebaikan dan) menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika dia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah juga dianggap sedekah.” (Riwayat Bukhari)
Imej dari Google |
Bersedekah tapi jangan aniaya mereka…
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang memohon dipelihara (agar dia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan siapa yang memohon dicukupkan (agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (Bukhari)
Bermacam-macam jenis sedekah
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan” Riwayat Muslim
Rahsia di sebalik sedekah
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Bukhari)
Sedekah miskin dan kaya
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:”Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.” Jawab Rasulullah SAW:”Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.” Mereka bertanya:”Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah SAW “ Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.” (al-Bukhari)
Sedekah ikut kemampuan
Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)
Sedekah tidak mengurangi harta
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Kembangkan sedekah
Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : “Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku.” Nabi bersabda: “Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu.” (Muslim)
Sedekah daripada usaha yang baik
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” (al-Bukhari dan Muslim)
Antara 2 tangan
Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi. Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya.” (al-Bukhari dan Muslim)
Sedekah ketika sihat dan sayang
Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia: “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.” (al-Bukhari dan Muslim)
Pintu sedekah di syurga
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (al-Bukhari dan Muslim)
Niat sedekah yang tetap diterima
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.” (al-Bukhari dan Muslim)
Sedekah mesti halal sumbernya
Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Muslim)
Jangan suka berkira dalam sedekah
Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)
Kejar akhirat bukan dunia
Rasulullah SAW ini: “Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai cita-citanya, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunianya; dan sesiapa yang keinginannya hanyalah kepada dunia (sebagai cita-citanya), maka Allah akan tidak akan memperdulikannya di lembah mana dia akan binasa (menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya; hanya sebatas yang telah ditakdirkan ke atas dirinya).” (Mafhum hadis riwayat Ibn Majah).
Kredit kepada Hamizul
Artikel 2
Banyak sekali dalil-dalil dari
Al-quran dan Ss-sunnah yang menjelaskan tentang keutamaan zakat, infaq dan
sedekah. Sebagaimana firman Allah swt mafhumnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, men
-dirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.
Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al
Baqarah : 277 ).
Orang-orang yang
menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan
terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada
keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih
hati. (Al Baqarah : 274 ) .
Ambillah zakat
dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan
mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)
ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. (At Taubah :
103).
Adapun hadis-hadis
Nabi yang menjelaskan akan keutamaannya antara lain mafhumnya :
Dari Abu
Hurairah r.a bahawa seorang Arab Badui mendatangi Nabi s.a.w seraya
berkata, Wahai Rasulullah! beritahu aku suatu amalan, bila aku
mengerjakannya, aku masuk syurga?, Beliau bersabda : Beribadahlah kepada
Allah dan jangan berbuat syirik kepadaNya, dirikan solat, tunaikan zakat yang
diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan, ia berkata, Aku tidak akan
menambah amalan selain di atas, tatkala orang itu berlalu keluar, Nabi
s.a.w bersabda : Siapa yang ingin melihat seorang lelaki dari penghuni
syurga maka lihatlah orang ini. Muttafaq ’alaih.
[1]
Allah SWT, adalah
Zat yang Maha Suci dan tidak akan menerima kecuali hal-hal yang suci dan baik,
demikian juga sedekah kecuali dari harta yang suci dan halal. Rasulullah s.a.w
bersabda mafhumnya :
Dari Abu
Hurairah r.a., ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Siapa yang
bersedekah dengan sebiji kurma yang berasal dari usahanya yang halal lagi baik,
maka sesungguhnya Allah menerima sedekah tersebut dengan tangan kananNya
kemudian Allah menjaga dan memeliharanya untuk pemiliknya seperti seseorang di
antara kamu yang menjaga dan memelihara anak kudanya. Hingga sedekah tersebut
menjadi sebesar gunung. Muttafaq ’alaih. [2]
Zakat, infaq dan
sedekah memiliki faedah yang sangat banyak, bahkan sebagian ulama telah
menyebutkan lebih dari dua puluh faedah,
diantaranya:
1. Ia dapat
memadam kemurkaan Allah, Rasulullah s.a.w, bersabda:
Sesungguhnya
sedekah secara sembunyi-sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Rabb (Allah)
(Sahih At-targhib)
2. Menghapus
kesalahan seorang hamba, beliau bersabda: Dan Sedekah
dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api (Sahih
At-targhib)
3. Orang yang
besedekah dengan ikhlas akan mendapatkan perlindungan dan naungan Arsy di hari
kiamat. Rasulullah saw bersabda: Tujuh
kelompok yang akan mendapat naungan dari Allah pada hari yang tidak ada naungan
kecuali naunganNya diantaranya, seseorang yang menyedekahkan hartanya secara
rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan
kanannya. (Muttafaq 'alaih)
4. Sebagai ubat
bagi berbagai macam penyakit baik penyakit jasmani maupun
rohani. Rasulullah saw, bersabda:
Ubatilah orang-orang yang sakit diantaramu dengan sedekah. (Sahih
At-targhib) beliau juga bersabda kepada orang yang mengeluh tentang keras
hatinya: Jika engkau ingin lembutkan hatimu maka berilah makan pada orang
miskin dan usaplah kepala anak yatim. (Ahmad)
5. Sebagai
penolak berbagai macam bencana dan musibah.
6. Orang yang
berinfaq akan didoakan oleh malaikat setiap hari sebagaimana sabda
Rasulullah saw: Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun dua malaikat
yang salah satunya mengatakan, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu
balasan, dan yang lain mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil
kebinasaan (hartanya). (Muttafaq 'alaihi)
7. Orang yang
berzakat dan bersedekah itu akan Allah berkati harta nya, Rasulullah saw
bersabda: Tidaklah sedekah itu mengurangi harta. (Muslim)
8. Allah akan
melipatgandakan pahala orang yang bersedekah, Sesiapa yang
menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat
-gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki)
dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.(Al-Baqarah: 245)
9. Sedekah merupakan
petunjuk kebenaran iman seseorang, Rasulullah saw bersabda, Sedekah
merupakan bukti (keimanan). (Muslim)
10. Sedekah merupakan
pembersih harta dan mensucikannya dari kotoran, sebagaimana wasiat beliau
kepada para pedagang, Wahai para pedagang sesung -guhnya jual beli ini
dicampuri dengan perbuatan sia-sia dan sumpah oleh itu bersih -kanlah ia dengan
sedekah. (Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah juga dlm Sahih
Al-Jami').
Nota:
{1} Mutaffaq 'alaih diriwayatkan oleh Bukhari no hadis 1397 dan Muslim no hadis 14.
{2} Mutaffaq 'alaih diriwayatkan oleh Bukhari no hadis 1410 dan Muslim no hadis 1014.
Kredit kepada Aminuddin Harun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan