Artikel ini diperolehi dari seorang blogger...aku hanya copy paste sahaja...Aku ambil artikel ni sebab aku rasa perlu untuk disampaikan kepada yang lain-lain agar tidak berlaku kesalahan dalam menamakan anak-anak yang bakal lahir....jom kita baca..
Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia adalah:
1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak
elok.
Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :
Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :
Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
`Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan
pembuat Maksiat)
Wati (Persetubuhan)
Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)
2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
Azali
Muhaimin
3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
Suyuti (Orang Asyut)
Bukhari (Orang Bukhara)
Ghazali (Orang Ghazal)
Nawawi (Orang Nawa)
Misri atau Masri (Orang Mesir)
Baihaqi (Orang Baihaq)
Tirmizi (Orang Tirmiz)
4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama.
Seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.
5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits.
Seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.
6. Nama yang mengangkat diri sendiri.
Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab
7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
Ghulam `Ali (Hamba `Ali)
8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan.
Seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki).
9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya.
Seperti:
Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya
digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik)
pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang
digunakan di tanah Arab pada masa ini.
Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada
sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari
keturunan Nabi s.a.w.
10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab.
Contohnya:
Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada
mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut.
Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada
mana-mana lelaki yang menjual kuih-muih tetapi digunakan untuk perempuan di
Malaysia.
11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
Zaleha – sepatutnya Zulaikha
12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang
masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah
seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan
berkhidmat pada suaminya.
13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
Muti`ah (yang taat)
14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna.
Lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:
Lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:
Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)
15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat,
contohnya:
Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)
16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
Syamsul Bahri (matahari lautan)
Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak
matang)
Rafidhi (Syiah pelampau)
Atan (keldai betina)
Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
Jamalullail (keindahan malam)
Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa
makna termasuk yang
baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh
Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
Zainab
- makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh
Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
Zainab
- makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
- makna buruk : pengecut
Mu`awiyah
Mu`awiyah
- makna baik : pembela /
pejuang
- makna buruk : yang menyalak
17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya.
Seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.
Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok
maknanya juga harus dipakai seperti:
Fairuz
Sirin (manis –bahasa Farsi)
Rustam
Sarfaraz (mulia)
Sibawaih (wangian epal)
8. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya.
Seperti:
Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin
(cahaya agama)
Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba
kepada yang Maha Berkuasa)
Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya
Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada
‘maal’
19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya.
Seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)
Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang,
burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi)
dan lain-lain
20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Syukri (Kesyukuranku)
Fathi (Kemenanganku)
Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam
Jalaluddin orang asyut
Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang
bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad
tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah.
Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang
mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة
bermaksud yang tidur.
Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:
Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:
Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku
nyata.
21. Tidak boleh menggunakan nama
‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’.
Kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
Kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah
Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh
Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya
segala-galanya! (Al-Ghafir :16 )
dan ayat:
هُوَ اللَّهُ
الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ
الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا
يُشْرِكُونَ
22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya.
Seperti:
Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada
Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa
Allah
Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s
Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.
والله أعلمُ
بالـصـواب
Tiada ulasan:
Catat Ulasan