Pagi ni buka facebook terbaca dalam harian metro online mengenai penculikan kanak-kanak berusia 3 tahun hanya dalam tempoh 40 saat tanpa disedari oleh keluarga kanak-kanak tersebut. Kejadian berlaku di Stesen Keretapi Mumbai, India..
Dalam rakaman CCTV menunjukkan bagaimana penculik tersebut berkeliaran selama beberapa minit untuk mencari dan mengenal pasti mangsa yang sedang tidur bersama keluarganya. Apabila mangsa telah dikenalpasti, penculik duduk di sisi mangsa selama 40 saat dan mendukung mangsa (kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun) pergi bersamanya tanpa sesiapa pun menyedari. Kejadian tersebut berlaku pada lewat malam 10 Jun 2012.
Sesiapa pun yang berada di situ tak sedar yang kanak-kanak tersebut sebenarnya adalah mangsa culik. Mereka mungkin beranggapan lelaki itu adalah ayah atau saudara kanak-kanak tersebut..
Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah membuat laporan polis. Hasil dari rakaman CCTV, perbuatan lelaki tersebut berjaya diperolehi. Hebahan tentang penculik dibuat selepas wajah penculik dapat dicam melalui CCTV tersebut. Kanak-kanak tersebut telah berjaya diselamatkan pada 7 Julai 2012. Penculik juga berjaya diberkas dan mengakui yang kanak-kanak itu diculik untuk dijadikan pengemis.
Menakutkan bila terbaca kisah penculikan kanak-kanak ni...Ya Allah..minta dijauhkan kejadian begini berlaku ke atas keluarga aku atau sesiapa pun..sebagai seorang ibu aku tahu betapa sedih dan pilunya hati seorang ibu apabila anak dikasihi hilang tanpa khabar berita..mujur juga lah kanak-kanak tersebut ditemui..jika tidak, apa la nasibnya...
Aku percaya, kebanyakan kes penculikan kanak-kanak di negara kita berlaku akibat kecuaian ibu bapa dan penjaga sendiri...macam kes di atas..banyak berlaku kita lebih menitik-beratkan barang-barang dan harta benda kita tanpa memperdulikan keselamatan anak-anak..barang-barang dijaga rapi tetapi anak-anak kecil terdedah kepada bahaya yang sedang mengintai..
Semoga kejadian seperti di Mumbai akan menjadi pengajaran buat ibu bapa dan penjaga agar lebih peka dengan keadaan sekeliling kerana anak-anak kita sering terdedah kepada bahaya walau di mana sahaja jika kita tidak berwaspada dengan keselamatan mereka.
Ingatlah! Anak-anak adalah harta yang paling berharga dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga mereka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan