Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Kenapa gaji tak cukup?

Salam...

Pernah tak terjadi kat korang duit gaji yang korang dapat tu tak cukup wat belanja sebulan?? Nak kata gaji tak banyak...banyak..cecah RM2000 sebulan dan mungkin lebih tapi tak juga cukup buat belanja...pernah tak korang alami situasi macam ni?

Mungkin ada yang pernah alami situasi macam ni...

Nak kata kita tak buat budget bulanan..ada....duit untuk bayar loan, kereta, rumah, simpanan sikit, untuk mak ayah, duit belanja makan, minum dan peribadi, bayar duit insuran takaful dan macam-macam lagi...semua dah buat budget...

Tapi sampai masanya duit tetap tak cukup...terpaksa pula keluar duit simpanan kerana nak perbaik kereta la..bayar saman la..handset problem nak hantar repair la..dan macam-macam lagi la perbelanjaan yang tak dijangka...

Kenapa ye??

Aku nak petik kata-kata daripada Prof Dr Muhaya...baca dan fahami la..

"Jika gaji kita RM5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu sama ada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, beza RM3,000 itu Allah akan tarik sama ada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Hmmm...aku setuju sangat dengan penyataan tu...mak aku pun selalu juga pesan kalau kerja tu biar niat kerana Allah bukan sebab nak dapat duit banyak, nak naik pangkat...bila kita kerja kerana Allah, kita akan kerja dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berusaha untuk memajukan diri...kita tidak akan berkira dalam melakukan sebarang pekerjaan..bila kita tak berkira, orang lain pun akan turut sama tak berkira dengan kita..jadi Allah akan murahkan rezeki kita dan memberkati segala yang kita usahakan...



Jadi, sama-samalah kita renungkan..

p/s: Tunggu sambungan di lain entri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan