Dalam beberapa bulan ni aku sibuk buat planning untuk program berkumpul sesama ahli keluarga. Jenuh juga la nak memikirkan apa yang perlu dan tak perlu untuk aku lakukan...
Perancangan ni dah ada dalam fikiran aku sejak tahun lalu lagi tapi selepas salah seorang daripada sepupu aku buat group untuk keluarga kami dalam Facebook...baru la dapat aku suarakan keinginan aku tu...
Harapan aku dengan adanya program berkumpul ini akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami...al-maklumlah..selepas Allahyarham nenek laki dan nenek bini (panggilan untuk datuk dan nenek dalam masyarakat Banjar) meninggal, kami dah jarang-jarang sangat bertemu..rumah di kampung pun dah jual kepada sepupu aku yang tinggal kat sana jadi dah tak ade la tempat untuk kami berkumpul...
Imej dari Google |
Jika ada la kesepakatan keluarga dari awal lagi selepas arwah nenek laki meninggal (tahun 2008)...tak la jadi macam sekarang ni...aku sebagai cucu, rasa sedih sangat bila keluarga semakin jauh dan mula renggang..
Tambahan pula bila masing-masing sudah berkeluarga dan menetap di tempat yang jauh-jauh, lagi la susah nak berjumpa...mujur juga la teknologi internet telah merapatkan dan menghubungkan kami dengan mereka yang jauh-jauh dan sudah lama tak bertemu...
Tapi...tak seronok juga...pertemuan di alam maya hanya kenal melalui baris-baris ayat yang ditaip dan gambar-gambar kaku sahaja...pertemuan sebegini tak mendekatkan kita dengan keluarga sebab komunikasi terhad dan kata-kata yang ditaip pun kena gak bertapis...takut bila yang lain baca, kalau tak kena di hati akan mudah tersinggung...susah tu...mau berantakan nanti...udah la lama tak jumpa...belum jumpa dah masam-masam muka...tak best kalu macam tu...
Hmmm...berkaitan palanning aku tu...dah siap buat dan dah dua kali aku renovate proposal tu...tapi...bila dah siap dan ingat nak jalan je lagi program...ada pula yang tak kena...ada lak yang tak puas hati...
Adoiiii!!! Penat tau buat ni...penat gak nak puaskan hati semua orang...tolong la jangan fikir diri-sendiri je...kita dah volunteer nak buat tu..syukur la...
Moralnya: Kita fikirkan yang baik untuk kepentingan semua tapi bukan semua orang berfikiran serupa dengan kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan