Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Senam Otak..

Salam 1 Malaysia buat teman-teman yang mengunjungi blog aku dan membaca entri ini...

Anda luar biasa hebat dan sihat? Marilah kita sama-sama katakan yang kita sentiasa berada dalam keadaan luar biasa hebat dan sihat. Walau pun badan rasa tak sedap je..tapi katakan pada diri kita yang kita sihat dan sentiasa hebat...kenapa? Kata-kata positif akan mempengaruhi emosi dan kesihatan kita...katakan sesuatu yang hebat dan baik untuk beri rangsangan yang baik kepada otak kita..

Kita selalu mahukan badan yang sihat dan cergas...pelbagai jenis senaman dan alat senaman kita beli untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaaan sihat dan cergas. Ada juga yang mendaftar dan mengunjungi gym atau pusat kecergasan demi memastikan kecergasan tubuh badan sentiasa berada di tahap yang terbaik.
Tetapi, pernahkah kita terfikir selain tubuh badan, otak juga perlu bersenam? Otak pun kena bersenam? Hmmm....macam mana tu...otak bukan boleh kita gerakkan ke kiri ke kanan macam gerak-gerakkan badan masa kita bersenam...Macam pelik je bunyi nye...biar betul..
Betul...ada caranya...Ok tak pe...bagi yang tak tahu, mari kita tengok video ni..

 

 
Ha....dah tengok? Macamana..boleh buat...mula-mula memang nampak macam susah je nak buat tapi kalau kita selalu berlatih, senang je...pula tu buka la muzik supaya seronok sikit masa nak buat latihan tu...kalau ada anak-anak atau adik-adik yang kecil lagi tu..elok la kita mulakan ajar mereka dari sekarang...kenapa? Sebab banyak manfaatnya terutama sebelum memulakan pelajaran...bila otak sihat, mudah la nak terima pelajaran...

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni...sebut setiap warna tu satu persatu..jangan baca perkataan tapi tengok warnanya...jika perkataan itu kuning tapi warna hijau...sebut hijau...kita mulakan ye...


Hmmm...tentu ada yang tersasul masa sebut warna tu kan...nape jadi cam tu ye? Ya betul...sebab kita tak fokus...ok...kita buat semula ya....kali ni mesti fokus...Ingat! FOKUS!

Selepas ni kita sama-sama rangsang otak kita dengan buat senam otak ni ye...SELAMAT MENCUBA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan