Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Beza 90-an dan sekarang..

Pada tahun 1999, beberapa bulan selepas mendapat keputusan STPM, aku berjaya melangkah kaki ke USM sebagai seorang mahasiswi...masa tu aku ingat lagi, punyalah seronok bila dapat tahu yang aku dapat ke USM iaitu U pilihan pertama aku. Bukan setakat U pilihan pertama, tapi juga bidang pilihan pertama iaitu Komunikasi.

Sebut pasal komunikasi, masa tu nak apply ke U guna borang...jenuh la nak isi..kalau tak silap borang tu beli..punyalah banyak sijil-sijil yang aku nak fotostat...pula tu bukan 1 U je kena hantar, 5 pilihan U yang dipilih mesti ada salinan borang dan sijil-sijil...banyak juga la nak guna duit masa tu sebab nak fotostat, beli sampul surat dan setem untuk hantar borang ke semua U.  

Pas tu masa nak tau keputusan berjaya ke tak masuk U, kena telefon pula..nanti mesin tu jawab la dan suruh masukkan no I/C...kalau berjaya, dia ucap tahniah dulu, kalau tak sebaliknya la kot!! Dah tu dia akan bagi tau la kod u dan kursus yang kita dapat tu...

Tapi zaman sekarang senang sangat...tak buang banyak duit...cuma beli pin no kat BSN, pas tu isi borang secara on line....

Nak minta kerja pun macam tu juga..tak payah susah-susah nak buat resume banyak-banyak, hantar je guna emel ke tempat kita nak mohon kerja tu..atau isi je form secara on line..terus sampai kepada penerima..tak ada lah lagi nak susah-susah ke Pejabat Pos dan berhabis duit setem dan sampul..

Samalah juga masa sekolah dulu...tahun-tahun 90-an..nak cari info terkini hanya baca surat khabar atau dari cikgu kat sekolah...nak dapatkan soalan-soalan ramalan periksa pun susah, terpaksa beli contoh soalan ramalan kat kedai-kedai buku. Aku dan kawan-kawan selalu bertukar-tukar kertas soalan...kalau ada kawan-kawan lain dari sekolah asrama penuh, banyaklah kertas soalan ramalan yang kita dapat..banyaklah habis duit untuk fotostat...tapi yang tak best nye bila ada kawan-kawan kita tu tak sporting, kita dah fotostat dan pos kat dia soalan kita, dia tak balas balik..geram juga..

Tapi sekarang ni budak-budak sekolah lagi advance dari cikgu-cikgu...mereka dulu yang dapat info terkini, malah tahu lebih banyak dari cikgu...al-maklum la...maklumat hanya di hujung jari...cuma kena pandai-pandai la sebab bukan semua yang ada dalam internet tu baik untuk kita..

Banyak bezanya masa zaman 90-an dulu dan sekarang..macam aku pun. Dulu tahun 90-an umur 10 tahun ke atas (mentah lagi..) tapi sekarang dah 30-an...20 tahun dah berlalu..kalau dulu hingusan lagi tapi sekarang dah pandai bergaya...dulu budak-budak lagi tak tau ape-ape tapi sekarang dah matang, jadi mak budak lagi..dulu aku bersekolah tapi sekarang dah kerja..

Ok la...malas dah nak tulis banyak-banyak..tengok je la beza dulu dan sekarang melalui gambar ni..


Kawan-kawan era 90-an



Kawan-kawan sekarang


 
Telefon era 90-an


Telefon sekarang


Komputer era 90-an dan sekarang

Laptop 90-an dan Palmtop komputer


Game era 90-an


Sekarang...


Itu la serba-sedikit maklumat yang nak aku kongsi...banyak lagi tapi cukup la setakat ni...Aku berhenti dulu kat sini...kita sambung di lain entri  k.....bye.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan