Salam semua...
Apa khabar hari ni?? Sihat? Hmmm...kalau rasa lain macam je..macam tak sihat tu cepat-cepat la cari ubatnye...jangan dibiarkan, nanti melarat..Saya sihat walau pun kadang-kadang rasa macam tak berapa best je...selalu cakap pada diri saya, saya sihat dan ok...kalau demam atau pening sikit-sikit tu buat tak layan je...cepat-cepat la cari ubat, jangan malas jumpa doktor...jangan ingat sakit biasa takut nanti sakit tu sakit yang luar biasa...jadi, rawat sebelum terlambat...
Kenapa aku tanya pasal sihat ke tak sihat? Nak cerita tentang kesihatan ke?? Kalau tengok tajuk macam tak sesuai je dengan permulaan cerita aku ni kan?? Erm...takkan la nak tanya khabar pun tak boleh kot...
Kalau tengok tajuk tu, macam tak best je ...ish!ish! buat ape la tajuk ni yang ko pilih, tak de cerita lain ke nak buat? Buat ape nak ingat yang dah sudah-sudah kan? Buat sakit hati, sedih, geram, marah je....tapi tajuk ni juga la yang aku nak pilih...
Tak pe la...pengalaman yang lepas-lepas tu kan boleh jadi berguna untuk kita jadikan panduan pada masa depan...sape yang tak pernah gagal dan kecewa? Semua orang pasti melalui pengalaman dikecewakan, tak kiralah dikecewakan oleh orang lain atau akibat diri sendiri..
Bila sebut pasal kecewa, jodoh, pasti ramai akan terfikir tantang cinta...tapi sebenarnya bukan cinta semata-mata...banyak perkara yang boleh kita kaitkan dengan jodoh ni...sebagai contoh jodoh kita dengan satu-satu pekerjaan, persahabatan dan lain-lain...hmmm...kita ni kalau sebut tentang jodoh dok ingat tentang kahwin, cinta..itu la persepsi awal kita...nak buat macamana, dah itu yang selalu sangat orang kaitkan...
Dalam kehidupan kita ni siape yang tak pernah kecewa?? Kalau tak banyak mungkin ada la sekali dua...tapi aku pasti semua orang pernah merasai kekecewaan dan kegagalan..
Misalnya, kita telah menerima tawaran temuduga kerja dari sebuah organisasi yang amat kita harapkan, pekerjaan yang boleh menjamin masa depan kita..lalu bila tiba hari kita nak temuduga itu, berlaku halangan yang tak dapat dielakkan seperti tayar kereta pancit ke, bas yang kita naiki rosak ke...jadi tak lah dapat hadir untuk interview tu..pihak syarikat tu pun tak boleh nak terima alasan kita..jadi terlepas sudah peluang di depan mata...maka kita pun 'tak de jodoh dengan' pekerjaan tersebut...
Kenapa jadi begitu? Mungkin ada sebabnya yang kita tak tahu...hanya Allah yang tahu..mana la tau pekerjaan tersebut mungkin akan melalaikan kita untuk dekat kepada Allah, beriman dan beramal kepadaNya..dan mungkin juga dengan pekerjaan itu kelak boleh menjadikan kita sebagai hambaNya yang sombong dan riak, atau mungkin juga dengan pekerjaan itu kita akan menjadi seorang yang lupa diri...sebab itu kita tak de jodoh dengan pekerjaan itu..
Aku ni pun memang banyak juga la pengalaman "tak de jodoh dengan.."...rasa sedih..kecewa pun ada..sakit hati pun..malu..marah dan macam-macam lagi perasaan berbaur di hati..tapi mungkin sebab aku ni ada family yang selalu menyokong, jadi rasa sedih dan kecewa tu dapat la dikurangkan dengan kata-kata semangat dan nasihat mereka...terima kasih kepada mak abah dan adik-adik yang selalu beri sokongan dan semangat untuk aku bangkit dari kekecewaan dan kegagalan...Syukur kepadaMu Allah kerana memberi kekuatan dan ketabahan kepada hambaMu ini untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan di bumiMU ini....
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Sentiasalah bersangka baik la dengan Allah..ape yang berlaku ada sebab-sebabnya...Allah uji kita untuk kita terus berusaha dan berdoa kepadaNya..Allah uji kita agar kita sentiasa bertakwa kepadaNya..Allah uji kita agar kita lebih dekat denganNya..Allah uji kita supaya kita jadi insan yang sabar, kuat dan cekal meneruskan hidup ini...terima segala ujianNya dengan redha...ada kebaikan yang tersembunyi..
Kat sini aku nak berkongsi dengan semua beberapa doa yang boleh diamalkan untuk dimurahkan rezeki yang boleh diamalkan..Insya-Allah...
Doa Dhuha
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu
DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Tapi bagi yang susah nak menghafal doa ni, boleh tengok video ni..nyanyian dari kumpulan UNIC..
Nak tau cara kerjakan Solat Sunat Dhuha serta manfaatnya boleh klik sini.
Kat bawah ni pula Ayat 1000 Dinar iaitu doa yang dibaca juga untuk murah rezeki..
Nak tau lebih lanjut tentang sejarah dan manfaat doa dari Ayat 1000 Dinar ini klik sini.
Ini pula Selawat Murah Rezeki dari kumpulan Nowsweetheart...sama-samalah kita amalkan..
Aku rasa cukuplah dulu entri aku untuk kali ni...mudahan ape yang aku catatkan/kongsi kat sini akan memberi banyak manfaat buat diriku dan yang membacanya...Jika ada salah silap dalam setiap catatan aku ni..aku mohon ampun maaf...aku bukanlah sempurna dan bukanlah pengarang yang bagus..tujuanku hanya untuk berkongsi ape yang aku tahu...YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T. dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri aku sendiri.
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan