Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Cikgu punya hal..

Masih teringat kisah zaman kecil aku masa kat Selama, Perak. Masa tu tahun 1988, aku baru umur 9 tahun. Masa tu family aku tinggal sekejab kat Kubu Gajah, Selama..tak lama mana pun..ada la dalam 6 bulan. Time tu abah keje kat LPN Bagan Serai selepas berhenti askar.

Aku bersekolah kat sekolah rendah kat pekan Selama..tak ingat la nama sekolah tu tp kat Jalan Menteri kalau tak silap..jauh gak nak ke sekolah..time tu aku dengan adik aku Ida je yang bersekolah, aku darjah 3, Ida darjah 2. pergi sekolah naik bas..ingat lagi, pagi-pagi dalam jam 5.30 dh bangun, mandi, bersiap dan bsarapan ..sebelum jam 6.30, mak dah hantar kami untuk tunggu bas sekolah kat tepi jalan besar..punya la sejuk, dengan mngantuk lagi..kalau dapat tido kan best..tapi nk buat macam mana kan..

1 hari...cam biasa lepas waktu sekolah aku tunggu Ida depan kelas dia nak balik sama-sama..tunggu punya lama tapi Ida tak keluar-keluar lagi..budak-budak kelas dia dah keluar pun..bila aku jenguk dalam kelas tengok Ida dengan 2 org budak lain masih dalam kelas sebab kena denda siapkn keje sekolah yang cikgu bagi..Ida suruh aku balik dulu sebab takut bas tinggal kan kami tapi aku tak nak..aku terus je tunggu kat luar kelas..rasa aku ada la dekat setengah jam...bila kami keluar dari sekolah, tengok dah tak nampak budak-budak sekolah, bas sekolah yang selalu kami naik pun dah tak de...kami pun tunggu la bawah pokok..lama juga la...tunggu punya tunggu bas tak datang-datang..kami pun ambil keputusan nak balik jalan kaki..bayangkan, bukan dekat tu...dari sekolah kat Selama nak ke Kubu Gajah mau ada 10 km...masa tu kami bukan tau ape pun..ingat dekat je...berjalan kaki la kami dua beradik ni..lalu tepi balai polis, tak terfikir nak singgah minta tolong.. budak-budak la katakan..masa tu takut dengan polis, tengok polis pun kecut perut..

Jauh kami berjalan dan sampai la kat kawasan rumah kampung..ada la sorang abang tu tengah naik basikal, mungkin umur dia time tu dalam 15 tahun kot..tanya kami nak pergi mana..cerita la hal sebenar yang kami tertinggal bas..dia nak bagi duit 50 sen untuk tambang bas tapi aku teringat mak ada cakap jangan ambil barang daripada orang yang tak dikenali...pas tu kami jalan lagi dan sampai la rumah paling hujung kat jalan tu (selepas rumah tu kawasan ladang getah je sepanjang jalan)..ada beberapa orang mak cik tengah duduk-duduk bawah pokok rambutan..nampak kami terus mereka panggil dan bertanya lah soalan macam-macam kat kami..nak ke mana, dari mana, duduk mana, kenapa itu kenapa ini...lastnya dia panggil la anak lelaki dia suruh hantar kami..maka kami pun dihantar la oleh abang tu..masa sampai kat rumah nampak mak depan pagar rumah dalam keadaan gelisah dan dah tak tentu hala sambil ditenangkan jiran-jiran..nampak kami sampai, lega hati mak..tak lama lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya..bila abah balik keje mak cerita la ape yang dah berlaku..

Sampai sekarang aku masih teringat kisah tu...amat berterima kasih kepada makcik-makcik tu dan abang yang hantar kami (jika mereka masih hidup mudahan Allah akan balas kebaikan mereka dan jika mereka sudah kembali kepadaNya, mudahan Allah tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah..)..jika Allah tak dorong mereka untuk bantu kami, tak tahu la apa yang akan berlaku kepada kami berdua..mungkin dah tak ade kat dunia ni..(sebab sebelum tu ada kes 2 orang budak india lebih kurang baya kami dibunuh)..Syukur Allah selamatkan kami.....dan aku masih teringat betapa gelisahnya seorang ibu bila mengenangkan anak-anaknya yang tak pulang-pulang..bila aku dah ade anak ni baru aku tau sejauh mana kasih seorang ibu terhadap anaknya..kalau masa tu mak abah ade kereta dan mak boleh drive macam sekarang, pasti mak dah cari kami...tapi ape kan daya, masa tu hanya mampu tunggu je kat rumah sebab masa tu adik kecil lagi umur 5 dan 2 tahun..

Beberapa bulan selepas kejadian itu, abah terima tawaran masuk Felda..dan kami pun berpindah la ke Felda Gunung Besout 1, Sungkai, Perak..kat sini, kami tak risau lagi tentang sekolah yang jauh..hanya depan mata je..jalan kaki tak sampai 3 minit..cuma agak jauh nak keluar ke pekan terdekat je..tapi sekarang semua tu dah tak jadi masalah...

Sekarang ni, kalau ade kes budak hilang dan diculik, aku pasti teringat ape yang berlaku dulu..aku masih marah dekat cikgu adik aku yang suruh adik siapkan juga keje yang diberi masa tu juga tanpa fikirkan masalah yang mungkin akan berlaku..tak terfikir ke cikgu tu pelajar-pelajar tu balik dengan ape..cuba la tanya pelajar tu balik dengan ape dan bagi la kelonggaran kalau tak siap hantar keesokannya..kalau la jadi ape-ape kat kami masa tu..tentu cikgu tu rasa bersalah seumur hidup..aku tak pasti sama ada abah ada jumpa pengetua atau tak berkaitan kes ni....tapi ape yang penting aku nak semua orang (terutama cikgu-cikgu), sebelum buat sesuatu keputusan kena la fikirkan buruk baiknya terhadap pelajar...bukan ape, sekarang ni banyak sangat kes pelajar yang didenda sampai ade yang masuk hospital, jadi trauma dan ade juga yang sampai meninggal dunia...jangan la nanti tindakan yang diambil memudaratkan pelajar-pelajar anda pula..

Ok la..aku rasa setakat ini sahaja perkongsian aku...semoga menjadi pengajaran buat semua..jumpa lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan