Al-Nisaii
meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.
”اكثروا ذكر هادم اللذات”
Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang
menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.
Dalam hadith yang
lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan
ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami
bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan dengan (هادم اللذات) Jawab Baginda; iaitu mati.
Ibnu Majah telah
meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; “Ketika aku duduk
bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan
al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah
orang mukmin yang afdzal? Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”.
Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang
sempurna akalnya? Jawab Baginda:
“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”
Erinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling
baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling
sempurna akalnya”.
Iman al-Termizi telah mengeluarkan
hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.
“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.
Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa
memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang
lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita
untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.
Anas bin Malik
meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.
“اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.
Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan
dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.
Dalam hadith yang
lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:
“كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.
Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan
mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan