Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-55 buat seluruh rakyat Malaysia.
Apa tema merdeka kita kali ini? Rasanya ramai yang tahu sebab tema ini telah menjadi 1 perdebatan yang hangat diperkatan oleh seluruh rakyat Malaysia .."Janji Ditepati"...
Saya tak mahu mengulas panjang tentang tema ini cuma harapan saya sebagai rakyat Malaysia yang punya hak untuk bersuara, mudahan janji-janji yang diberikan kerajaan dan pemimpin rakyat bukanlah janji-janji kosong sekadar untuk penyedap telinga rakyat yang mendengarnya..Buktikan dengan perbuatan dan laksanakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab..rakyat memilih dengan harapan tampuk pimpinan negara dan masyarakat ini akan membawa perubahan dalam sosio budaya dan ekonomi rakyat...rakyat menanti dan berharap perubahan yang dijanjikan akan membawa impak kebaikan dalam kehidupan mereka..
Sebagai seorang rakyat, kita juga punya peranan dalam menyumbang keharmonian dan kesejahteraan negara..sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara keharmonian negara. Justeru, berjanjilah untuk memelihara kemerdekaan yang kita kecapi hasil pengorbanan masyarakat dan pejuang terdahulu...jangan dibiarkan keamanan yang kita kecapi hari ini dicemari dengan pelbagai insiden yang boleh mencemarkan nama baik Malaysia.
P/S: Tanya pada diri, bagaimana janji kita dengan Allah, adakah "Janji Ditepati"?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan