Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu
hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata, "Ayah! Saya sudah bersedia."
Ayahnya terkejut dan berkata, "Bersedia untuk apa wahai anakku?"
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah."
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat."
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turu.n"
Ayahnya menambah, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."
Dengan merintih anaknya merayu, "Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya. "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!"
"Terima kasih Ayah." Sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk
tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu
pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang
dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja
risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan
tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya
itu.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan
diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia
ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur
langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu,
lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia
tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada
jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia
mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang pakcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang
paling bertuah."
Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak," katanya dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa
Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa
nak menyatakan sesuatu."
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia
adalah lelaki separuh umur itu.
"Saya rasa tiada sesiapa dalam
perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu
ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu
lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun
lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh
diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas
tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang
atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat
saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar
panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu
sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika
tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian
saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang
menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di
leher dan terus pergi ke pintu.
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel
itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat."
"Pakcik, maaf saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik."
"Itulah kata-kata
yang paling indah yang pernah saya dengar. Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya
kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi.
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia,
yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah
ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya
di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada
hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di
dalam neraka."
Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering.
Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun
dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di
kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah
Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.
Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak
yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu
anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan