Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Doa dan sumbangan buat Muhammad Haidar Hisamudin




Inilah Muhammad Haidar Hisamudin, bayi yang baru berusia 4 bulan...dalam usia sebegini sepatutnya Haidar sudah mula pandai ketawa apabila diacah, namun bayi kecil ini terpaksa berhadapan dugaan yang cukup besar apabila disahkan menghidap sakit jantung berlubang dan salur darah sempit.

Muhammad Haidar Hisamudin kini ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana baru sahaja menjalani pembedahan pertama menelan kos sebanyak RM50,000. Pembedahan kedua pula bakal menyusul apabila kesihatannya semakin baik.

Bayi ini disahkan menghidap penyakit itu pada 24 September lalu dan ditahan di wad Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Pada 23 Oktober lalu, Muhammad Haidar dipindahkan ke IJN dan dirawat di sana hingga kini.

Saya berjaya menghubungi ibu bapa Haidar dan bercakap dengan ibunya, Juniza Johari. Menurut ibunya, (ketika artikel ini dibuat), anaknya kini dalam keadaan tenat dan hanya diberi antibiotik oleh doktor. Doktor menyatakan bahawa pembedahan kedua tidak dapat dilakukan buat masa terdekat ini kerana kesihatan anaknya yang semakin merosot.

Juniza memohon masyarakat di luar sana agar dapat mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat anaknya. 

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun Juniza Johari
CIMB : 07200004547522
RHB: 11809100002459

Boleh hubungi ibu bapa Haidar di:

019-3954972 (Ibu) 
019-3954971 (Ayah)

Bagi sesiapa yang hendak melawat boleh datang pada waktu lawatan iaitu 12.30 tengahari - 1.30 petang dan 6.00 petang - 8.00 malam. 

Buat Juniza dan suami, semoga anda kuat dan cekal menghadapi ujian ini. Sabar dan yakin setiap ujian yang diberi sebagai tanda Allah menyayangi kalian.... 

Semoga baby Haidar kuat melawan kesakitan dan penyakitnya ini...berjuanglah untuk hidup dan menggembirakan ibu bapamu...

2 ulasan:

  1. Terkini dari ibu bp adik Haidar pada jam 11.23am 22 Nov 2012..."Buat masa ni keadaan dia kritikal lg dsbbkn jangkitn kuman dlm drh n fungus kt kulit. skrg bgantung pd ubt n mesin je..buat masa ni pembedahan yg ke-2 xdpt djlnkn lg sbb keadaan Haidar x kuat n x stabil."

    Mari lah sahabat2, kita bantu ank ini dgn doa kita agar anak ini kuat dlm melawan penyakitnya, sembuh dr penyakitnya dn dipnjgkn usia...aamiin..

    BalasPadam
  2. Saya terima mesej dari Juniza Johari (ibu adik Haidar) malam tadi memaklumkan bahawa Muhammad Haidar Hisamudin telah kembali ke rahmatullah pada 27 Nov 2012 (malam-tak dimaklumkan masa). Semoga arwah tenang berada di alam sana..Al-Fatihah...
    Takziah buat keluarga arwah..semoga sabar dalam menempuh ujian Allah ini.

    BalasPadam