Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Aku Pengembara


Foto dari oasis22.blogspot.com


Sejak dua menjak ni, aku rasa berkobar-kobar untuk melihat dunia luar yang lebih luas. Perasaan ini menjadi-jadi sejak pulang dari Hatyai bulan lalu.

Teringin rasanya ingin mengembara seluruh pelusuk alam ini mencari sebuah kehidupan masyarakat pelbagai bangsa budaya. Mengenal erti sebuah kehidupan dalam dunia yang semakin pesat membangun..menyelami hati dan perasaan masyarakat yang masih mundur terpinggir. Menginsafi sebuah kehidupan dan mensyukuri segala kenikmatan.

Apakah ada ruang buat diriku untuk berkelana mencari sebuah makna kehidupan? Semoga Allah memudahkan aku dalam pencarian ini....amin...


Hatyai Lagi?



Lama rasanya tak update blog ni...sifat kemalasan dalam diri buatkan diri ini tidak kuat untuk membuka blog sendiri dan menaip kata-kata dan catatan hari-hari ku sendiri. Terlalu banyak perkara ingin dikongsi tetapi terlalu banyak juga perkara perlu disimpan hanya untuk diriku sendiri yang tak mampu aku kongsi.

Insha Allah, dalam tempoh terdekat ini, aku akan ke Hatyai lagi bersama keluarga. Mungkin terlanjur kenduri ke rumah mak saudara di Sungai Petani, akan terus sahaja bermusafir ke Hatyai untuk membuat percutian keluarga.

Jika berkesempatan, akan aku titipkan perjalanan itu untuk dikongsikan di sini. Insha Allah. Doakan agar perjalanan ini selamat pergi dan balik. Amin...

Cari Makan di Thailand..

Saya baru sahaja balik dari Hat Yai...ikut jiran tempat saya yang bersuamikan orang Thai...kampung jiran saya tu di Chana Thai...

Apa yang menarik nak saya ceritakan di sini tentang makanan mereka yang sempat saya rasa....ada gak yang saya terlupa nak ambil gambar seperti Kuew teow Latna Thai Utara (saya makan di sebuah restoren bernama Halal Restaurant di Khlong Hae) dan keropok udang (beli kat Pasar Terapung Khlong Hae...pasar ni hanya buka dari Jumaat hingga Ahad sahaja).

Malas nak taip banyak-banyak, tengok dan baca captions bawah gambar tu ok..

Halal Restaurant di Khlong Hae...Restoren ni betul-betul di simpang
 masuk jalan ini...ia restoren dua tingkat. Kalau terus ke depan
dalam 500 meter jumpa Masjid Songkla...kat sini la saya makan
Kueh Teow Latna Utara...kuah dia ada rasa masam-masam sikit...
rupa-rupanya ada campur tau chu. Harga makanan saya tu 50 Bath.


Pandangan dari depan restoren...masa kami lalu dan berhenti
depan kedai ni, ingatkan kedai ni tak buka sebab sunyi je...
rupanya terlindung dengan pokok-pokok jadi tak perasan ada orang...
kami makan kat ruang sebelah kiri tu...masuk ikut situ...
harga makanan kat sini tak lah mahal sangat, tapi atas
50 Bath (lebih kurang RM5).

Kuih kerak masih dalam acuan...kuih ni dibuat daripada tepung beras...
menurut kawan saya tu, kuih ni dah moden sikit, dulu tak ada
la letak inti jagung...tak ingat pula inti apa yang dia bagi tahu...mungkin gula kot!


Kuih Kerak berintikan jagung..ini lah rupanya bila dah dikeluarkan
 dalam acuan...saya beli satu pinggan polisterin 20 Bath..ada
dalam 10 keping rasanya (tak kira pun)


Ini adalah Apam Lambung yang dah siap masak...
Masa nak bungkus akan ditabur kelapa parut di atasnya...
20 Bath harganya untuk satu acuan tu..


Acuan Apam Lambung...dipanggil apam lambung sebab
masa keluarkan dari acuan akan dilambung-lambung
 dahulu baru diletakkan dalam tray atau dibungkus...

Pulut Ayam Thai...20 Bath...kenyang makan pulut ni...


Dari kiri atas: Apam Lambung, Kuih Kerak dan Pulut Ayam Thai...
Semua ni beli kat pekan Chana, Thailand


Sarapan pagi saya, Nasi Ayam Thai...(tak ada sup macam kita
 kat sini..Nasi tu guna beras wangi)..tuan rumah dan jiran saya
 suami isteri yang masak...sedap juga..

Pasar Terapung, Khlong Hae..Para peniaga makanan menjual makanan
 atas sampan...masa saya pergi ni tak ramai sangat peniaga
dalam sampan ni sebab mereka banyak berniaga di sebelah atas...jika tidak, penuh peniaga sampai ke seberang sungai..


Satu lagi tarikan di Pasar Terapung...pembeli boleh buat
pilihan sama ada nak beli air minuman dalam bekas biasa
atau dalam tembikar ini...dalam tembikar harganya 25 Bath
(kalau tak silap saya).


Ini pula adalah luk cup (kalau kat Malaysia selalu buat
untuk hantaran kahwin). 


Insya-Allah, dalam masa terdekat ni akan ke sana lagi...dan akan cari lagi makanan halal yang best-best...


Akibat Dadah, Bayi 4 Bulan Diabaikan



Lihatlah gambar-gambar di bawah dan bacalah laporan dari sumber yang saya perolehi di sini.. 

Keadaan bayi 4 bulan yang amat menyedihkan

Sedih menatap keadaan bayi yang tidak berdosa ini. Akibat terlalu kecewa dan tertekan apabila suaminya ditangkap, si ibu bertindak mengambil dadah sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak kecil yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. 
Lebih menyedihkan, melihat tubuh bayi ini dengan kesan melecet yang teruk.  Didapati anak ini telah sakit selama dua minggu sebelum seorang penduduk menghubungi pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.   

Tidak dapat membayangkan penderitaan anak ini tanpa mendapat rawatan sepatutnya. Malahan, berat badan anak ini juga menurun kerana tidak diberi susu ibu atau susu formula, hanya air kosong sahaja. Ya Allah, kasihan sungguh...sedih memikirkannya..Saya juga ada anak dan tidak dapat membayangkan bagaimana jika anak saya langsung tidak diberi makan dan minuman berkhasiat.

Kesan melecet yang tidak dirawat

Andainya tiada sesiapa yang peduli, tidak mustahil anak ini mungkin menderita lebih teruk. Saya kira, perumpaan "Jangan jaga tepi kain orang lain" tidak boleh lagi diguna pakai pada zaman ini. Jika kita masyarakat keliling tidak ambil tahu, siapa yang hendak ambil tahu dan membela nasib mereka yang tidak bernasib baik seperti ini?
Semoga kita semua sedar akan fungsi masyarakat hari ini dan lebih peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling..
Saya berdoa, semoga anak ini akan mendapat rawatan terbaik dan kelak dipelihara dengan baik dan membesar menjadi anak yang beriman...amin...


Muhammad Najmi, Kanak-Kanak 4 Tahun Menderita Brain Tumor





Anda yang prihatin!

Mari kita sama-sama menghulurkan bantuan dan berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan buat adik Muhammad Najmi yang berusia 4 tahun. Adik ini menghidap penyakit Brain Tumor (ependymoma) stage 2.

Adik Najmi mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang dan telah menjalani radioterapi sebanyak 18 kali. Hampir setiap minggu adik Najmi terpaksa berulang-alik dari Kuala Kedah ke Hospital Besar Pulau Pinang. Setiap kali seleas menjalani rawatan, adik Najmi akan demam dan sakit. 

Kesan lain diterima, adik Najmi juga mengalami masalah keguguran rambut.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi 

Puan Salmiah Bt Salleh (ibu) 019-5413632 
En Azlin Bin Zakaria (ayah) 012-4263127 

Bantuan kewangan boleh disalurkan ke:

RHB BANK: 1-02041-0007914-7 En Azlin Bin Zakaria 

Alamat: 102, Penempatan Nelayan, Seberang Kota. 06600 Kuala Kedah, Kedah.

Semoga adik Najmi akan sembuh dari penyakitnya dan membesar dengan baik. Amin...



Kek Coklat Moist Kukus Yang Simple



Salam...

Semalam terasa rajin la pula nak buat kek...buka la balik buku resepi lama...buat la kek coklat moist...ingat nak buat sekali dengan toppingnya, tak cukup la pula serbuk koko...tak pe...lain kali saya buat yang ada topping..



Dah potong kecik-kecik baru teringat nak ambik gambar


 Kek Coklat Moist
Bhn A 
(campur dan masak atas api perlahan hingga sebati. Tutup api, rehatkan)
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula

Bhn B
3/4 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
(guna st kfc) - ayak bhn2 ni
@ boleh guna tepung kek je...

Bhn C
4 bj telur - blend..kejab je..

Topping

2 sb serbuk koko
sedikit minyak
susu cair (agak2 la)
coklat rice
*dimasak atas api perlahan sampai pekat (x tlalu pekat/cair)

Cara buat:
-campur bhn B & C ke bhn A secara selang-seli...gaul sebati.
-sapu minyak kt loyang (panaskn loyang)
-tuang adunan dlm loyang dn kukus selama 45 minit.
-kek masak, sapu toping..
-siap, leh makan...


DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.





Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah, baca;

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kita hanya berikhtiar, yang menyembuhkannya adalah Allah SWT. 

*Sumber: Facebook


Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik



Entri saya kali ini saya perolehi di sini. Saya tertarik dengan entri kali ini disebabkan ia berkaitan dengan pemimpin yang perlu kita pilih dan lantik terutama dalam suasana hampir pilihan raya umum ini.
Saya sebenarnya agak risau juga jika pemimpin yang dipilih kelak adalah pemimpin yang tidak selayaknya memimpin. Saya tidak mahu pemimpin yang saya pilih hanya tahu berjanji sebelum pilihan raya tetapi selepas segalanya selesai dan dia dipilih, segala janji dilupakan. Rakyat mengharap dan terus mengharap namun segala janji tinggal janji.
Saya pernah bertemu dengan seorang Menteri Besar ini dalam satu majlis minum petang di kediaman rasmi beliau bersama peserta PLKN tempat saya bertugas beberapa tahun dahulu. Peserta-peserta amat teruja dengan pertemuan ini. YB ini telah berjanji kepada peserta PLKN bahawa dia akan bagi setiap orang VCD majlis ini sebagai kenangan (majlis ini telah dirakam oleh RTM). Namun, selepas peserta ini tamat latihan, VCD yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Peserta-peserta yang telah tamat latihan dan pulang ke kampung halaman ini kerap mesej dan telefon saya dan rakan jurulatih  lain bertanyakan hal ini. Apa yang dapat kami katakan, jangan terlalu mengharap. Memang kecewa..
Itu baru janji kecil, bagaimana janji-janji lain yang disogokkan kepada rakyat? Jika tidak mampu laksanakan, usah berjanji yang bukan-bukan hanya kerana mahu meraih undi. Kesilapan dan rasa kurang tanggungjawab pemimpin kepada rakyat akan merosakkan reputasi pemimpin di mata rakyat. Kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga semakin hilang.
Justeru, rakyat perlu bijak dalam memilih pemimpin mereka. Jangan sesuka hati sahaja memangkah calon tanpa menyelidik latar belakang dan kreadibiliti mereka dalam memimpin masyarakat. 
Ciri-ciri pemimpin yang baik yang digariskan dan dijelaskan oleh seorang khatib dalam sebuah khutbah Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam pada 21 Disember 2012 lalu merujuk kepada al-quran, hadis dan pendapat ulama’ muktabar. Ia bukan sahaja merujuk kepada pemimpin politik kepartian tetapi semua jenis pemimpin. Beliau memetik hadis Nabi yang menghendaki supaya dilantik seorang ketua jika bermusafir seramai tiga orang atau lebih.
Menurut khatib dalam pendahuluan khutbahnya sebelum menjelaskan lapan ciri pemimpin yang baik, memilih dan melantik pemimpin adalah wajib. Jika pemimpin tidak dipilih selepas tiga hari jawatan itu dikosongkan atau jawatan itu sepatutnya diwujudkan seperti ketua dalam masa bermusafir, semua orang yang terlibat berdosa. Sebaliknya jika lantikan telah dibuat pahala diperolehi semua orang.
Oleh kerana perkara ini berkaitan dosa dan pahala, khatib mengingatkan agar pemimpin dipilih dengan betul dan berhati-hati supaya pemimpin itu dapat melaksanakan tugas kepemimpinannya dengan jujur, adil, amanah dan berintegriti.
Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1.  Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah
2. Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul
3.  Memiliki sifat taqwa dan berintegriti
4.  Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi
5.  Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya
6.  Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti
7.  Berakhlak dan berbudi. pekerti mulia
8.  Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong
Khatib menutup khutbahnya dengan ingatan bahawa pemimpin tidak boleh dipilih dgn tangkap muat. Beliau juga mengingatkan agar tidak melantik pemimpin yang tidak takut kepada Tuhan. Pesannya agar pemimpin tidak dilantik untuk dijadikan ejekan sama ada oleh orang yang dipimpin atau orang lain.


PRU-13: Tarikh Mengundi 5 Mei 2013




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada 5 Mei 2013 manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.

Tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan dalam satu akhbar hari ini.

Seramai 13,268,002 orang layak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini.



Anak hyperaktif...bagaimana nak tangani?

Imej Google


Baik ibu bapa mau pun guru, semua akan stress bila anak tak duduk diam...sepanjang masa. Kalau kita cikgu, susahnya nak mengajar bila murid-murid macam ni. Tak tercapailah objektif pengajaran hari tu! Mak ayah pulak...malunya anak melompat-lompat atas sofa dan berlari-lari bila dibawa berjalan ke rumah kawan!

Sering kali juga kita dengar ibu bapa berkata:

"Jangan disekat perkembangan anak. Biar aje, dia tengok explore, tengah belajar."

"Budak cerdik memang gitu, tak boleh duk diam."

Memang betul. Tapi kalau sepanjang masa tak boleh duduk diam, memang susahlah nak belajar, especially belajar membaca. Di peringkat tadika sekali pun, kanak-kanak perlu belajar diam for at least 3 - 5 minutes. Apabila masuk sekolah rendah pula, mereka harus belajar diam untuk jangka masa yang lebih lama.

Apa nak buat ye?

Kita boleh latih mereka untuk belajar duduk diam.

LATIHAN UNTUK DUDUK DIAM:

1. Minta anak baring dan duduk diam(not moving at all) sambil anda bilang sampai 10( bilang s l o w l y ).

2. Apabila anak bergerak, beritahu dia dapat duduk diam sampai bilangan berapa. Kemudian galakkan dia untuk cuba lagi untuk dapatkan bilangan yang lebih tinggi.

3. Lebih menyeronokkan sekiranya ibu atau bapa bergilir melakukan aktiviti ini dengan anak. Beri peluang anak melihat orang lain duduk diam.

4. Anda juga boleh tukar aktiviti daripada baring kepada duduk atau buat funny pose.

Aktiviti-aktiviti ini akan membantu perkembangan kawalan-kendiri(self-control) anak anda.

Teaching a child to be still will take TIME, CONSISTENCY and SERIOUSNESS.