Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Memaparkan catatan dengan label Bantu Mereka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantu Mereka. Papar semua catatan

Derma darah..




 

 
Proses menderma darah


Beg darah...450ml



Kesan suntikan jarum untuk alirkan darah keluar...bahagian kanan atas kesan suntikan lama.

10 Jun 2013, hanya ini yang mampu saya lakukan untuk membantu mereka yang memerlukan. Dua kali dah anak perempuan saya, Najla yang berumur 3 tahun melihat situasi ini dan mudahan satu hari kelak apabila dia dewasa juga akan melakukan perkara serupa. Saya terinspirasi melihat abah saya yang sejak muda hingga kini (57 tahun) yang suka menderma darah. 

Kali pertama menderma pada tahun 2003 apabila berat saya mencapai 45kg (sebelum itu berat kurang dan darah tak cukup untuk menderma). Sejak itu saya jadikan ini sebagai satu cara beramal. Saya terpaksa berhenti menderma pada 2009-pertengahan 2012 kerana mengandung dan menyusukan anak. Jika orang tanya sakit ke tidak, sukar juga nak nyatakan. Cuma kulit saya jenis mudah lebam dan biru. Jadi, selepas menderma, saya akan sapu dengan vicks di keliling tempat suntikan bagi mengurangkan lebam. Saya suka buat kerja ini sebab berasa puas dapat membantu. Walaupun banyak parut kesan cucuk di lengan kanan dan kiri (paling banyak kiri) tapi saya tak kisah pun.




Akibat Dadah, Bayi 4 Bulan Diabaikan



Lihatlah gambar-gambar di bawah dan bacalah laporan dari sumber yang saya perolehi di sini.. 

Keadaan bayi 4 bulan yang amat menyedihkan

Sedih menatap keadaan bayi yang tidak berdosa ini. Akibat terlalu kecewa dan tertekan apabila suaminya ditangkap, si ibu bertindak mengambil dadah sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak kecil yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. 
Lebih menyedihkan, melihat tubuh bayi ini dengan kesan melecet yang teruk.  Didapati anak ini telah sakit selama dua minggu sebelum seorang penduduk menghubungi pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.   

Tidak dapat membayangkan penderitaan anak ini tanpa mendapat rawatan sepatutnya. Malahan, berat badan anak ini juga menurun kerana tidak diberi susu ibu atau susu formula, hanya air kosong sahaja. Ya Allah, kasihan sungguh...sedih memikirkannya..Saya juga ada anak dan tidak dapat membayangkan bagaimana jika anak saya langsung tidak diberi makan dan minuman berkhasiat.

Kesan melecet yang tidak dirawat

Andainya tiada sesiapa yang peduli, tidak mustahil anak ini mungkin menderita lebih teruk. Saya kira, perumpaan "Jangan jaga tepi kain orang lain" tidak boleh lagi diguna pakai pada zaman ini. Jika kita masyarakat keliling tidak ambil tahu, siapa yang hendak ambil tahu dan membela nasib mereka yang tidak bernasib baik seperti ini?
Semoga kita semua sedar akan fungsi masyarakat hari ini dan lebih peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling..
Saya berdoa, semoga anak ini akan mendapat rawatan terbaik dan kelak dipelihara dengan baik dan membesar menjadi anak yang beriman...amin...


Muhammad Najmi, Kanak-Kanak 4 Tahun Menderita Brain Tumor





Anda yang prihatin!

Mari kita sama-sama menghulurkan bantuan dan berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan buat adik Muhammad Najmi yang berusia 4 tahun. Adik ini menghidap penyakit Brain Tumor (ependymoma) stage 2.

Adik Najmi mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang dan telah menjalani radioterapi sebanyak 18 kali. Hampir setiap minggu adik Najmi terpaksa berulang-alik dari Kuala Kedah ke Hospital Besar Pulau Pinang. Setiap kali seleas menjalani rawatan, adik Najmi akan demam dan sakit. 

Kesan lain diterima, adik Najmi juga mengalami masalah keguguran rambut.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi 

Puan Salmiah Bt Salleh (ibu) 019-5413632 
En Azlin Bin Zakaria (ayah) 012-4263127 

Bantuan kewangan boleh disalurkan ke:

RHB BANK: 1-02041-0007914-7 En Azlin Bin Zakaria 

Alamat: 102, Penempatan Nelayan, Seberang Kota. 06600 Kuala Kedah, Kedah.

Semoga adik Najmi akan sembuh dari penyakitnya dan membesar dengan baik. Amin...



Muhammad Haidar Zahidi, bayi comel 3 bulan hidap kanser mata


Muhammad Haidar Zahidi


Wajah comel dan mulus ini saya tatap lama...Menitis air mata ini melihat penderitaan anak kecil ini yang baru mengenal dunia telah diduga dengan penyakit kronik. Tersentuh hati dan perasaan berbaur di hati...apalah yang terdaya dan mampu dilakukan si kecil ini...dia tidak mampu menyatakan kesakitan dialami...mungkin rengekan dan tangisan sahaja yang mampu menggambarkan kesakitan..

Video Haidar lihat sini.

Bayi comel ini bernama Muhammad Haidar bin Zahidi dilahirkan normal pada 3 Januari 2013 tapi malangnya doktor mengesahkan anak ini menghidap kanser mata. Mata kanannya tidak boleh digunakan lagi dan terpaksa dibuang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3. Pada 1 Mei 2013, anak ini akan menjalani kimioterapi di HKL. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...sama-samalah kita membantu bagi meringankan beban keluarga ini...doa dan bantuan dihulurkan mudahan akan memberi harapan cerah buat si kecil ini.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun:

En Zahidi Azhar : CIMB 0722-0015302-529
Pn Norhayati Samsudin : Maybank 1571 3969 5983  

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En Zahidi di 012-5574577.

Alamat: 279-5-7, Lorong Tampin, 10150 Georgetown, Penang.

Page FB:  http://www.facebook.com/TabungHaidar



Perginya Ahmad Adam Syukri

Adam di pangkuan ibunya. Wajah Adam hari ini sebelum pergi menghadap Ilahi

Selepas solat Zohor tadi, saya buka kembali facebook dan saya melihat beberapa post yang cukup menyentap hati saya. Pemergian perwira hati negara iaitu Ahmad Adam Syukri...Adik Adam telah kembali ke rahmatullah selepas kesihatannya semakin menurun sejak akhir-akhir ini...

Menatap gambar-gambar Adam yang semakin berisi, saya berharap dia akan bertahan lama untuk terus hidup dan membesar dengan sihat. Namun, apalah daya...kita manusia hanya meminta kepada penciptaNya untuk dipanjangkan usia namun Dia telah menetapkan umur adik Adam hanya setakat ke hari ini 7 Februari 2013..Dia telah meminjamkan sementara Adam kepada ibu bapanya dan kita semua untuk mengasihi dan menyayangi anak kecil ini dan kini Dia ambil kembali Adam dari kita. Semoga Adam damai di sana dikelilingi bidadari syurga. Berbahagialah dikau anak kecil di syurga Allah yang kekal selamanya..nantikanlah ibu bapamu di pintu syurga...di sana, tiada lagi kesakitan, penderitaan yang pernah kau lalui di dunia..di sana segalanya aman dan bahagia...

Al-Fatihah.


Doa dan sumbangan buat Muhammad Haidar Hisamudin




Inilah Muhammad Haidar Hisamudin, bayi yang baru berusia 4 bulan...dalam usia sebegini sepatutnya Haidar sudah mula pandai ketawa apabila diacah, namun bayi kecil ini terpaksa berhadapan dugaan yang cukup besar apabila disahkan menghidap sakit jantung berlubang dan salur darah sempit.

Muhammad Haidar Hisamudin kini ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana baru sahaja menjalani pembedahan pertama menelan kos sebanyak RM50,000. Pembedahan kedua pula bakal menyusul apabila kesihatannya semakin baik.

Bayi ini disahkan menghidap penyakit itu pada 24 September lalu dan ditahan di wad Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Pada 23 Oktober lalu, Muhammad Haidar dipindahkan ke IJN dan dirawat di sana hingga kini.

Saya berjaya menghubungi ibu bapa Haidar dan bercakap dengan ibunya, Juniza Johari. Menurut ibunya, (ketika artikel ini dibuat), anaknya kini dalam keadaan tenat dan hanya diberi antibiotik oleh doktor. Doktor menyatakan bahawa pembedahan kedua tidak dapat dilakukan buat masa terdekat ini kerana kesihatan anaknya yang semakin merosot.

Juniza memohon masyarakat di luar sana agar dapat mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat anaknya. 

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun Juniza Johari
CIMB : 07200004547522
RHB: 11809100002459

Boleh hubungi ibu bapa Haidar di:

019-3954972 (Ibu) 
019-3954971 (Ayah)

Bagi sesiapa yang hendak melawat boleh datang pada waktu lawatan iaitu 12.30 tengahari - 1.30 petang dan 6.00 petang - 8.00 malam. 

Buat Juniza dan suami, semoga anda kuat dan cekal menghadapi ujian ini. Sabar dan yakin setiap ujian yang diberi sebagai tanda Allah menyayangi kalian.... 

Semoga baby Haidar kuat melawan kesakitan dan penyakitnya ini...berjuanglah untuk hidup dan menggembirakan ibu bapamu...

Kanak-kanak diculik menaiki Myvi Putih WWR 8895



Seorang kanak-kanak, Iffat Amin telah diculik...
Penculik menggunakan kereta Myvi berwarna putihdengan nombor pendaftaran WWR 8895. Walau bagaimanapun, pendaftaran nombor kereta itu dipercayai palsu. Kereta suspek dipercayai menghala ke Kuala Lumpur, tolong sebarkan!! Jika sesiapa yang tahu maklumat di mana kanak-kanak ini berada, sila hubungi pihak polis dengan segera.



Sama-samalah kita mendoakan keselamatan anak ini..Ya Allah,  Kau lindungilah anak ini dari dizalimi dan dianiyai pihak tidak bertanggungjawab...selamatkanlah dia dan kembalikanlah dia ke pangkuan keluarga dan orang-orang yang mengasihinya..Amiin..



Ahmad Adam Syukri Perlu Bantuan dan Doa Kita

Adam dan mama Adam
SALAM...
Buat sesiapa sahaja yang terbaca entri ini, saya ingin menyeru dan merayu kepada anda agar kita dapat bersama-sama menyumbang sesuatu untuk seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa bagi meneruskan kehidupannya di dunia ini. 
Kecekalan seorang ibu..
Naluri seorang ibu membuat hati saya cukup terharu dan sebak menatap wajah kecil adik Ahmad Adam Syukri yang mengalami barain damaged (severe hie) atau kerosakan pada saraf otak. 
Betapa adik Adam begitu kuat dan cekal melalui hari-harinya walau pun dalam kepayahan dan penderitaan. Mujurlah adik Adam memiliki seorang ibu yang amat sabar dan tabah dalam menerima ujian Allah ini.
Adam tidak boleh memakai baju kerana kulit sensitif.
Sedikit maklumat tentang adik Adam yang pernah ditulis dalam page lama Adam...
"Adam dilahirkan pada 4 Mac 2012 secara vacum. Sewaktu dilahirkan Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Melalui scan MRI pada 9 Mac 2012 telah menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup. Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction  untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami kecederaan. Begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak."
Ya Allah...kasihannya adik Adam..Pertama kali membaca kisahnya seingat saya beberapa bulan yang lalu melalui FB...segera saya like page adik Adam untuk mengetahui butiran lanjut tentangnya. Menatap foto-foto Ahmad Adam membuatkan hati tersentuh dan menangis mengenangkan bayi sekecil Adam terpaksa menanggung penderitaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Hanya doa dari kejauhan dapat saya pohon ke hadrat Allah mudahan adik Adam dapat dipulihkan dan dapat hidup sihat sebagaimana kanak-kanak yang lain.  
Minggu sudah dan pagi tadi (10 Okt 2012) saya terlihat kisah adik Adam dipaparkan di MHI TV3. Semoga dengan tersiarnya berita ini akan lebih ramai rakyat Malaysia menyumbangkan bantuan kepada keluarga ini. 
Gambar terbaru Adam 9 Oktober 2012
Kepada anda yang prihatin (saya yakin anda adalah masyarakat yang prihatin), marilah kita membantu adik Adam dan keluarganya agar dapat mengurangkan penderitaan dan bebanan mereka. Semoga bantuan sedikit yang diberi (jika tidak mampu dari segi kewangan berdoalah kepada Allah untuk penyembuhan adik Adam) dapat merealisasikan impian ibu adik Adam untuk melihat anaknya pulih.
Kepada keluarga adik Adam, anda tidak sendirian kerana kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik Ahmad Adam. 
Bantuan boleh dihulurkan kepada Noraisah Mohamad Malena (ibu Adam) di:
1611 3633 1818 (Maybank)
0204 0007 2922 01 (CIMB)
Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang adik Adam, sila like page FB terbaru Ahmad Adam Syukri.