Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Memaparkan catatan dengan label Kisah kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah kehidupan. Papar semua catatan

Ramadhan ini (1434H) Yang Dilalui..

Salam....

Ramadhan ke-21 (29 Julai 2013).

Terasa cepat masa berlalu...rasa baru sangat lagi di bulan Ramadhan...sudah masuk 10 hari terakhir Ramadhan...

Dalam tempoh ini, banyak perkara berlaku di bulan Ramadhan dalam lingkungan kehidupan saya..sekadar berkongsi untuk renungan...

Tiga hari sebelum Ramadhan 1434H (7 Julai jam 9.20pm), kami dikejutkan dengan kemalangan yang meragut sepasang suami isteri peneroka Felda Gunung Besout yang baru pulang dari pekan Sungkai setelah selesai makan malam bersama-sama anak mereka. Mereka naik kereta berasingan. Pasangan ini berdahulu di hadapan...ketika tiba di hadapan Polisco (Polis Bantuan Felda), mereka berhenti lalu memberi 5 tin air 100 plus kepada Polisco bertugas sambil tersenyum berkata, "Ini pakcik sedekah untuk anak-anak". Setelah itu berlalu pergi. Selang beberapa minit, dalam jarak 500 meter tiba-tiba terdengar dentuman. Rupanya, pakcik ini telah terlanggar sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit. Lori berkenaan tidak berlampu. Pasangan ini meninggal di tempat kejadian. Al-Fatihah buat mereka dan takziah buat keluarga ini.

9 Julai jam 7pm, abah terima panggilan telefon dari saudaranya. Dikhabarkan, sepupu abah (perempuan) telah meninggal dunia akibat ketumbuhan otak. Walaupun pembedahan telah dijalankan beberapa hari sebelum itu, namun ajal almarhumah sudah tiba dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur dan disemadikan di Tanjung Karang, Selangor.

16 julai lingkungan jam 3pm. Jiran saya (pakcik) cedera parah di tangan kanannya selepas jarinya termasuk ke dalam mesin tebu ketika baru sahaja hendak memulakan perniagaan pasar Ramadhan. Kejadian 6 tahun lalu berulang kembali kepada pakcik ini...kejadian 6 tahun lalu pada Ramadhan ke-5 telah menyebabkan pakcik ini kehilangan 3 jari kanannya. Ketika itu, mesin tebu itu baru pertama kali digunakan bagi menggantikan mesin tebu lama yang dicuri orang pada malam sebelum itu. Kejadian berlaku di waktu kemuncak (ketika pengunjung sedang ramai). Kali ini (tahun 2013) kejadian serupa berlaku (mesin tebu sama) dan menyebabkan pakcik ini kehilangan semua jari-jari tangan kanannya. (ketika cerita ini dibuat, pakcik ini masih ditahan di wad Hospital Slim River).

18 Julai jam 3.24am, adik perempuan saya (anak ke-3 dalam keluarga) selamat melahirkan bayi lelaki sulong (anak ke-3) dan cucu mak abah saya yang ke-9 dan cicit ke-9 Tok Wan saya (ayah abah) dan cicit ke-70 arwah Nenek Laki (ayah mak). Syukur, Allah kurniakan kami keluarga yang besar...

Semoga Ramadhan ini berlalu dalam suasana yang damai dan penuh barakah. Dan mudahan Syawal yang bakal tiba kelak, menemukan kami dengan keluarga yang terpisah jauh dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. In Sha Allah... 







Kisah sepasang kasut dan kucing...



Apa ada dalam ni...try tengok jap...
Ish! Gelapnye...x nampak ape pun...
Ahhh.. tak tahan dah...sesak nafas!
Oksigen!! Oksigen!!
ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz...


Tengok gambar...hayati dan fahami apa yang si comei ni nak sampaikan.....  ^_^
 

Hormati Keputusan makhamah ke atas Afizal


KUALA LUMPUR- Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan pemain boling tenpin handalan Noor Afizal Azizan dengan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin kerana merogol gadis bawah umur perlu dihormati dan kemuliaan mahkamah perlu dipelihara dan disanjungi.
Menegaskan demikian, Setiausaha agung Majlis Kebangsaan Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk M.Ramalingam berkata hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah bersusah payah menjelaskan rasional di sebalik keputusan mereka terhadap “pesalah terhadap kanak-kanak buat pertama kalinya itu”.

Noor Afizal diperintah berkelakuan baik selama lima tahun dan ikat jamin RM25,000 kerana kesalahan berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata: “Tidak timbul soal hakim-hakim kita menyalahgunakan peluang yang dibentangkan pada semakan kehakiman demi kepentingan masyarakat sivil.
“Ía menuntut kebijaksanaan dan pengetahuan serta perpaduan hakim untuk mencapai keputusan yang dapat diterima secara sah dengan kepentingan awam dilindungi dengan betul,” kata beliau.
Pada 8 Ogos, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Noor Afizal supaya dikekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 5 Julai tahun lepas yang memerintahkannya berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikan jamin RM25,000.
Mahkamah tersebut mengambil kira beberapa faktor termasuk kewujudan hubungan seks atas persetujuan bersama antara tertuduh dengan gadis berkenaan.
Noor Afizal, 21, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu ke atas gadis berusia 13-tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi 5 Jun, 2009.
Namun berikutan rayuan pihak pendakwa, Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 Sept tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Noor Afizal.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif dalam membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk hukuman lebih berat, sebulat suara mengetepikan hukuman penjara lima tahun ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi itu.
Pemain boling tenpin itu pernah mewakili Negeri Sembilan antara 2004-2010 dan serentak itu, mewakili Malaysia dalam Kategori Belia Kebangsaan selama lima tahun (2004-2008).
Noor Afizal juga pernah beraksi di Kejohanan Terbuka Thailand International pada April tahun ini, dan dijangka mewakili Kedah dalam beberapa pertandingan yang bekal menjelang termasuk Kejohanan Terbuka Antarabangsa KL 2012. -Bernama

Penggali Kubur Maut Tertimbus Dalam Liang Lahad

Penduduk kampung memenuhi kawasan perkuburan Kampung Penak.
MENTAKAB – Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.
Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46, dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas Subuh semalam.

Kejadian berlaku ketika Zailan bersama seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15 pagi.
Menurut seorang lagi penduduk kampung, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.
“Saya sedang bercangkung tepi kubur, tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia yang terjulur keluar.
“Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.
“Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah,” katanya.
Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam.
Ambil masa 5 minit keluarkan kepala mangsa
Sementara itu seorang lagi penduduk kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tertimbus.
“Masa gali saya nampak ada banyak darah pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah.
“Kami angkat Zailan ke atas, tidak berapa lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di sisi penduduk kampung,” katanya.
Tidak pernah alami kejadian seperti itu
Sementara itu Abdul Aziz Md Taha, 51, anak kepada Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Taman Bukit Cermin di sini, pagi semalam menganggap kejadian tersebut sesuatu yang tidak pernah dialami penduduk kampung.
“Mak saya meninggal Subuh tadi, ketika menggali kubur berlaku pula kematian kepada si penggali kubur, ini tidak pernah berlaku di kampung ini,” katanya.
Sementara itu seorang penduduk, Abdul Walit Abdul Malek berkata, arwah Zailan tidak seperti biasa sebelum itu.
Menurutnya, ketika sedang menggali kubur, Zailan yang masih bujang, tidak seperti rakan lain, arwah lebih banyak mendiamkan diri dan tingkah lakunya tidak seperti biasa.
“Kami di sini sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku, dalam satu hari ada dua kematian yang berkaitan antara satu sama lain.
“Zailan memang pakar menggali kubur terutama kerja menyiapkan liang lahad yang memerlukan hasil kerja yang halus, dia biasanya akan bersama Mohd Nasir melakukan kerja tersebut,” katanya.
Abdul Walit berkata, kubur arwah Minah yang sepatutnya dikebumikan tengah hari terpaksa digali semula menggunakan jengkaut atas sebab-sebab keselamatan.
Polis terima laporan
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mayat Zailan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.
Sinar

Konflik Di Syria

Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.
 
 

 
Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada’ yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.
 
Gambar kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.
Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.
 
Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Syaima'
 kehilangan sebelah kakinya akibat terkena bom yang digugurkan oleh
tentera rejim Basyar la'natullah
 
Gambar yang bagaimana lagi perlu dipersembahkan kepada masyarakat dunia untuk membuka hati-hati yang masih tertutup tentang apa yang berlaku di Syria?

Mereka saban hari mempersembahkan syuhada' mereka sedangkan masih ada yang menggelarkan
mereka sebagai tajaan Barat.

Hati jenis apakah golongan ini?
 
 

 
 
Lihatlah betapa mulianya akhlak seorang pejuang kebanggaan Rasulullah ini. Video ini menunjukkan seorang mujahidin Syria berusaha menyelamatkan seorang sahabatnya yang terkena tembakan ke tempat yang lebih selamat.
 
Dan dalam masa yang sama sahabatnya yang lain cuba menembak tentera rejim dari sudut yang lain.
 
Sehinggakan beliau sanggup menanggalkan baju kalis pelurunya untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Sehingga akhirnya, beliau juga ditembak oleh tentera rejim la’natullah.
 
Ya Allah, sesungguhnya video ini sudah cukup untuk kami menyatakan bahawa merekalah pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah.
 
 
Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.
 
Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.
 
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.
 
 
 
Pembunuhan beramai-ramai di Darayya yang mengorbankan ratusan umat Islam (25/8/2012) dilakukan oleh tentera rejim Basyar Batalion keempat 555 berpengkalan di Sumeria, platun 86.

Tiada kata yang mampu kami ucapkan. Semoga Allah hina
kan kamu semua wahai Syiah la'natullah.
 
 

 
Sajak ini ditujukan kepada Maher al-Assad yang pernah mengeluarkan kenyataan memperkecilkan kekuasaan Allah ke atas Syria yang dipimpin abangnya, Bashar si pengecut.

Sajak ini merupakan satu ejekan atau penghinaan kembali kepada si pengkhianat itu yang memperkecilkan kekuasaan Allah ke atas kerajaan yang dipimpin
keluarga al-Assad.

Semoga ia membangkitkan semangat jihad kita selaku rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan ke atas umat Islam di negara-negara yang bergolak. Dan sebagai rakyat Malaysia, bersyukurlah di atas keamanan yang kita miliki sekarang, semoga kekal aman damai selamanya.
 
 
 

Yahudi vs Syiah

Lihat persamaan ini :
 

Gambar ini menunjukkan sebilangan syuhada' pembunuhan di Darayya beberapa hari
yang lalu. Kami tidak akan pernah lupakan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan
 oleh Syiah kepada Sunni di Syria


Yahudi - Dalam fahaman mereka, semua agama selain Yahudi mereka anggap sebagai golongan Goyim (Keldai). Dan mereka akan menjadikan golongan Goyim ini sebagai hamba mereka dan boleh diperlakukan apa sahaja kepada merek
a samada dibunuh, diseksa dan sebagainya.

Syiah - Mereka pula menganggap bahawa Sunni merupakan golongan Nasibi (Kafir yang halal darah untuk dibunuh). Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil daripada keterangan ulama mereka iaitu Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani.

[Boleh rujuk kitab Al-Masail al-Khurasaniyah. m/s : 147]

Maka tidak mustahil Muslim di Palestin dibunuh hampir setiap hari oleh Zionis dan Sunni di Syria pula dibunuh dan disembelih oleh Syiah tanpa perikemanusiaan.
 

 

Enak Makan Kari Daging Kucing


Imej Google
 
DAGING kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.
 
Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.
 
Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.
 
Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.
 
“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.
 
Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.
 
Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.
 
Jimmy, Pemuda Myanmar
 
Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.
 
“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.
 
Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.
 
“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.
 
Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.
 
“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.
 
“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.
 
“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.
 
“Oh, tidak,” jawab Jimmy. Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit.
 
Sinar
 
 

Ibu 'Ratah' Dua Anaknya Sendiri

Beberapa anggota tubuh dua kanak-kanak malang itu turut ditemui berhampiran
 suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.

CHIANG MAI – Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.
 
Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.
 
Menurut jurucakap pihak berkuasa, mereka turut menemui beberapa anggota tubuh dipercayai milik kedua anaknya berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.
 
“Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada 2007.
 
Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi,” jelas jurucakap polis tersebut lagi.
 
Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.
 
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.
 
Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.
 
Sinar
 
 

Kanak-kanak 5 Tahun Selamatkan Adik Dari Rentung Terbakar

Artikel yang aku paparkan ini sebenarnya telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian Edisi Perak pada 12 Ogos 2012 yang lalu. Apa yang membuatkan aku nak sangat paparkan ini adalah kisah keberanian seorang kanak-kanak perempuan yang telah menyelamatkan adiknya dari rentung dalam kebakaran. Bayangkan, seorang kanak-kanak kecil yang baru berumur 5 tahun dapat berfikir dengan pantas bagaimana untuk menyelamatkan diri apabila berada dalam keadaan bahaya. Baca kisahnya di bawah...(Artikel ini aku  dah sunting bagi meringkaskan cerita).

........................................................................................

Tindakan berani seorang kanak-kanak perempuan mendukung adiknya yang baru berumur tiga bulan telah menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa kebakaran di rumah mereka di Kampung Kua, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, kanak-kanak tersebut, Siti Zahara Farhana Nabila Azli,5, segera mendukung adiknya, Nur Airin Nazra, tiga bulan, sambil berlari keluar dari rumah selepas melihat api di bahagian dapur rumah mereka.

Ketika kejadian, ibu mereka, Salwana Asma Aida, 22, baru sahaja keluar ke kedai berdekatan bersama anaknya, Nur Anis Nadila, 4, manakala tiga orang lagi anaknya ditinggalkan di rumah.

"Tidak sampai lima minit di kedai, saya melihat anak sulung saya berlari sambil menangis dan memberitahu rumah terbakar.

"Saya terus bergegas pulang dan mendapati anak bongsu saya berada di beranda rumah kerana diselamatkan kakaknya," katanya.

Menurut Salwana Aida , apabila mendapati seorang lagi anaknya, Nur Adawiyah tidak kelihatan dia nekad masuk ke dalam rumah walaupun api begitu marak di bahagian dapur dan tengah rumah.

"Syukurlah saya sempat menyelamatkannya yang ketika itu berada dalam bilik sambil menangis.

"Tiada kata dapat digambarkan dan saya bersyukur kerana anak sulung saya berani mendukung dan membawa adiknya keluar rumah," katanya.

Menurutnya, walaupun hanya membawa keluar ke beranda lalu meninggalkan adiknya sebelum berlari memberitahunya, namun tindakan itu mampu menyelamatkan mereka.

Tambahnya, beliau berasa sedih berikutan semua kelengkapan menyambut Aidilfitri untuk anak-anak telah musnah dalam kebakaran tersebut. Mereka kini tinggal sehelai sepinggang dan menumpang teduh di rumah ibu Salwana.

"Petang semalam (kelmarin), saya dan suami, Azli Zulkifli,32, sempat ke bandar Kuala Terengganu membeli kelengkapan pakaian raya untuk anak-anak.

"Tidak sangka hari ini (semalam) semuanya telah musnah," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi daripada balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Mohd pitter Tengah berkata, pihaknya telah menerima panggilan jam 11.46 pagi.

"Ketika tiba ke lokasi kejadian, kebakaran tersebut telah memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah.

"Kebakaran dapat dikawal jam 12.30 tengahari. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.



Didera Ketika Bapa Tiada Di Rumah

KOTA TINGGI, Johor - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dia didera ibu tiri ketika bapanya tiada di rumah pada malam 14 Ogos lalu.

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan yang dikatakan sering dimarahi dan menjadi mangsa dera ibu tirinya, telah menceritakan kejadian itu kepada rakan sekolah sehingga diketahui gurunya.

“Pada malam kejadian, bapa mangsa keluar ke kedai di taman perumahan mereka. Selepas didera ibu tirinya, mangsa diancam supaya tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa.

“Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik dan dipercayai abangnya yang berusia 11 tahun, turut menerima nasib sama dengannya,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Katanya, abang mangsa sudah tiga kali lari dari rumah kerana tidak tahan didera.

Difahamkan, abang mangsa kini ditempatkan di rumah datuknya sejak minggu lalu, manakala ibu kandung mangsa adalah seorang mualaf dan telah bercerai dengan bapa mereka.

Berikutan kejadian itu, pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis dan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pegawai JKM Kota Tinggi, Sabariah Salim berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut berhubung kecederaan pada tubuhnya.

Menurutnya, terlalu awal untuk menyatakan tindakan selanjutnya terhadap mangsa, namun langkah pertama JKM adalah menyelamatkan mangsa daripada terus didera dengan menempatkannya di lokasi selamat.

“Mangsa kini di bawah pengawasan JKM hingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik turut mengesahkan laporan tersebut.

Menurutnya, mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian tubuh terutamanya di punggung.

“Siasatan akan dijalankan dengan mengambil keterangan daripada pihak terbabit termasuk laporan perubatan, keluarga mangsa, guru dan kanak-kanak itu sendiri,” katanya.

Dari Punk Berhijrah Peluk Islam



Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).

Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.




Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.
Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.
 
Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah?



Dua Beradik Disuap Pasir



KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.

Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.

Harian Metro

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Marah, geram, sakit hati dan entah apa perasaan lagi datang bila baca berita ni. Apa lah salah budak-budak tu sehingga mereka didera macam tu. Kisah ibu tiri yang garang dan suka mendera membuatkan ramai orang yang takut untuk beribu tiri selepas kematian ibu kandung atau akibat penceraian..semuanya hanya kerana kisah-kisah penderaan sebegini...tapi tak dinafikan juga ada ibu tiri yang baik dan mungkin lebih baik daripada ibu kandung sendiri...jika naluri keibuan begitu kuat takkan mungkin anak-anak kecil didera si ibu tiri atau ibu kandung sendiri....keimanan dan kesabaran kunci utama dalam mengawal kemarahan akibat kenakalan anak-anak...kisah ini sebagai peringatan buat diriku juga..semoga aku dapat menjadi seorang ibu yang baik dan mengasihi anakku sepenuh hati.. Insya-Allah..


Enggan Urus Jenazah Bapa



JOHOR BAHRU: Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.

Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.

“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.
“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam.
 
Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.

“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya.

Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.

Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.

“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya.

Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace Motor.

Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar.

Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya.

Sumber: Harian Metro


    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Dah banyak kali kisah begini dipaparkan di dada-dada akhbar mahu pun di kaca televisyen...semuanya untuk pengajaran dan iktibar..Jika zaman dahulu kisah Si Tanggang yang lupa daratan dan asal-usul lalu menderhaka kepada orang tuanya selepas menjadi saudagar kaya, zaman sekarang pun kisah si Tanggang ini masih ada di kalangan masyarakat kita....

Harta benda boleh dicari tapi ibu bapa tiada gantinya..kasihi dan kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihi kita dulu..



Semoga aku dapat menjadi anak yang baik dan sentiasa menggembirakan kedua orang tua ku...Aaamiin..


Terlepas Hukuman Rogol kerana Mempunyai Masa Depan Cerah?



PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.
Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama

                                       >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Amat tak puas hati dengan berita yang aku baca dalam Harian Metro Online tadi. Beginikah keadilan makhamah di Malaysia? Hanya kerana dia tu pemain bowling kebangsaan yang mempunyai masa depan cerah, maka semudah itu dia dilepaskan dari hukuman? Bagaimana kalau orang tu membunuh dan melakukan jenayah-jenayah berat yang lain, adakah mereka juga akan terlepas dari hukuman hanya kerana mereka orang yang mempunyai masa depan cerah? Bagaimana pula dengan masa depan gadis bawah umur tu? Adakah masa depannya cerah selepas apa yang berlaku ni? 

Antara komen pembaca yang aku boleh petik dari FB bagi menyatakan rasa tak puas hati ni adalah daripada:

Mohd Saifullah:"Hanya sebab dia pemain boling kebangsaan dan dia dikatakan mempunyai prospek masa depan yang cerah, mahkamah lepaskan dia. Cool gila. Sangat cool. 

"Ikut undang undang buat seks dgn gadis bawah umur adalah statutory rape. Tetap digelar rogol kalau ikut undang undang. Tapi sebab dia ada masa depan yg cerah, dilepaskan. Lepas ni boleh la kita pegi rogol org, lepas tu bila mahkamah nak sabit kesalahan, just cakap saya ada masa depan yg cerah. Sangat cool.

"Sistem keadilan negara makin berkudis. Dah nak berkurap."

Zaiton Hj Ahmad:"Inilah masalahnya dengan pelaksanaan undang undang kat Malaysia ni bila mengamalkan berat sebelah. Mane tau die ade mase depan cerah...akan dtg tiade siape yg tahu.."


Jamaludin A.Rahman: "Kelakarlah...Hakikatnya itulah mahkamah keadilan dunia yg tidak sempurna kendalian manusia, Sesungguhnya keadilan Allah jua itu yg maha adil dan bijaksana, wallauallam."

Aku harap, makhamah di Malaysia akan lebih telus dan memberi hukuman yang adil kepada pesalah...banyak kes yang pada perkiraan aku kesalahan tidak terlalu besar tetapi dihukum bertahun-tahun lamanya tetapi kes-kes tertentu terutama yang melibatkan orang-orang tertentu, hukuman yang dikenakan seperti tak logik di akal...

Baca kisah ni untuk dijadikan iktibar.


Bila kita dipuji...

Pernah tak orang lain puji-puji kat korang? Ada kan?? Korang suka dipuji tak??

"Ko cantik la hari ni"
"Erm...ye ke? Cantik kat mane, baju aku ke..make-up aku ni..?"
"Ala...biasalah...aku kan memang cantik...ko baru tau ke?"
"Aik! Hari ni je ke aku cantik...hari-hari sebelum ni aku tak cantik la...??"

Ha ha ha...itu la kadang-kadang tu pertanyaan dan jawapan yang mungkin akan dijawab bila seseorang puji kat kita...pernah tak??

(Aku pun kadang-kadang jawab cam tu gak...jawapan gurau-gurau je pun :)) )

Sebetulnya...bila orang puji, aku rasa segan sangat....bukan ape...aku tak tau ape niat sebenar orang yang puji kita tu sebenar...ikhlas ke...atau sekadar nak uji dan tengok reaksi kita...nak jawab pun serba-salah...

Kadang-kadang tu kita buat sesuatu yang bagi kita perkara mudah dan terbiasa dalam kehidupan kita (contoh menyapu sampah...mop lantai..kemas-kemas meja..lap-lap cermin..)..tapi di tempat kerja bagi mereka bila kita buat kerja tersebut yang sepatutnya bukan kerja kita, mereka akan kata...

"Rajinnye dia..."
"Bagus la ko..."
"Ok la ko ni...orang yang dulu tak pun cam ni...duduk je depan komputer tapi ko ni low profile.."

Aku ni tak tau la nak jawab macam mana...kalau cakap lebih-lebih nanti kata riak pula...ngumpat pula..




Aku buat kerja-kerja tu semua bukan nak menunjuk-nunjuk yang aku ni baik..tapi aku memang suka buat...aku dah biasa kemas-mengemas ni...aku memang tak suka tengok tempat sepah-sepah..sakit mata dan rimas...memang la ada pekerja yang datang masuk office ni menyapu dan mop lantai tapi bagi aku kalau perkara tu kita pun boleh buat, buat aje la...bukan susah pun...jadi tak timbul soal rajin ke tak rajin ke...aku memang suka dengan apa yang aku buat...

Aku cuma ingat satu kata-kata ni...

"Apabila kita permudahkan urusan orang, maka Allah aka permudahkan segala urusan kita...jika kita berada dalam kesusahan tika itu, bantuan Allah akan tiba tanpa diduga sama ada melalui orang lain ataupun melalui ilham yang dikurniakan tanpa disangka-sangka".



Maksudnya kat sini...jika kita permudahkan kerja orang lain..Insya-Allah...Allah akan permudahkan juga kerja kita sehari-hari...asalkan kerja yang kita buat itu bukan untuk menunjuk-nunjuk dan mengharapkan kata pujian orang lain...buat sesuatu tu biarlah dengan ikhlas dan kerana Allah...




Cerewet Sangat...

Cerewet ni boleh peningkan kepala..yang pening tu bukan orang tu tapi orang keliling...ada je yang cerewet, yang tak betul..jangan macam ni..jangan macam tu...nape tak buat macam ni, nape tak buat macam tu..

Ada org yang cerewet bab makan...kalau makan tu kena pastikan makanan dihias cantik..persembahan tu mesti menarik..(macam dalam Masterchef tu...)baru ada selera nak makan..sedap ke tak sedap ke itu tolak tepi..

Tapi yang cerewetnya bila nak makan tiba-tiba ternampak pulak ada semut atas meja..langsung tak jadi nak makan..semut tu bukan masuk dalam makanan pun...bukannye semut mati pun..semut tu cuma jalan-jalan nak usha-usha makanan je...yang ade pun seekor je pun..itu pun boleh jadi hilang selera makan? Penat je masak sedap-sedap, hias cantik-cantik...tapi lastnye makanan tak disentuh langsung hanya kerana semut seekor...lain la kalau masa nak makan tu tetiba je ade taik cicak jatuh dalam lauk ke...ade lipas mati sebab kena masak dalam kuah ke...cicak kembung perut mati terbungkang tepi lauk ke..atau nampak ulaatt ke!! Ulat?? Geli rasa tekak ni..geli tapak tangan aku ni..geli tengkuk aku..sebab aku dah pernah terkena masa nak makan kat tempat keje...


Macam sedap je makanan tu tapi nape cerewet sangat?
Macam ni ceritanye...masa tu aku dah elok ambil nasi dan letak lauk ikan masak pedas kat tepi pinggan..dah masuk sesuap nasi dalam mulut..tiba-tiba kawan aku jerit..."heee....ada ulat kat ikan..tengok ni"..aku yang tengah makan terus terhenti...nasi dalam lauk tak sempat nak telan..terus gi tengok kat akak tu...Ya Allah...aku nampak ulat yang baru sedang membiak di atas ikan tu...nampak ulat tu terkuit-kuit...yark!!he...gelinya..kalau tak tengok betul-betul memang tak perasan..terus aku buang makanan dalam mulut dan berkumur...yang best tu orang sebelum kami dah selamat pun makan ikan-ikan tu...tentu kenyang sebab ade makanan tambahan kat situ (sebab tengok dalam tray lauk ikan tu dah tinggal sikit)..start hari tu aku trauma nak makan kat situ..boikot tak nak makan kat situ..siap bawa bekal dari rumah lagi..tapi aku bertahan seminggu je..pas tu gi balik makan kat situ..cuma bila tengok lauk yang masak pedas tu ade..aku tak jadi makan...ha...kalau kes cam aku ni boleh la kata cerewet kot! hehehe...

Itu bab makan...ni pula bab pakaian..ini kecerewetan aku la...aku ni kalau bab nak beli pakaian ni memang cerewet sangat-sangat...kalau aku kata nak beli barang tu tak semestinya nanti aku pulang bawa balik barang yang aku nak...bila pergi shopping kompleks konon nak beli pakaian..try baju ni...try baju tu..tengok kt cermin pusing kiri pusing kanan...nampak dah ok..warna dah padan, dah cantik..tapi..hmmm..macam tak best je leher dia ni..luas sangat la...try yang lain..pun sama, muat kat badan..cutting dah ok..semua dah nampak perfect tapi tiba-tiba terperasan ada kotor pula dah kat lengan baju tu...bukan banyak mana pun, ade la secalit kot..aku pun minta tukar dengan budak salesgirl tapi stok dah habis..kalau nak warna lain ade..tapi kalau nak juga warna yang sama, memang dah takde...budak tu kata kalau basuh boleh hilang..ye ke?? Boleh percaye ke ?? Ish! Tak nak la...cancel je la...lastnye tak jadi la nak beli baju yang kita dah suka tu...berpusing la satu shopping complex masuk 1 kedai ke 1 kedai nak cari pakaian lain yang sesuai tapi ade je yang tak kena...

Tapi adik aku pula cerewet bab lipat pakaian...kalau orang lain lipatkan pakaian dia mesti ade yang dia tak puas hati..semua yang kita dah lipat tu dia akan buka balik..kemudian dia akan lipat pakaian tu kemas-kemas, sama besar, susunan pun cantik je..macam kat kedai pakaian tu...macam tu la dia lipat..adik aku ni mane pernah keje kat kedai pakaian pun..

Tapi yang lagi sadis dan geram tu bila ade orang yang cerewet pasa parking..ha...ni aku dengar cerita sorang isteri tu la..suami dia ni kalau nak parking kereta boleh ambik masa lama..nak parking mesti betul-betul masuk dalam kotak parking tu..tak boleh senget..mesti elok je terletak..kalau senget, keluar balik parking dan betulkan...kalau orang tengok la..mesti diaorang kata, orang ni baru nak belajar parking ke..hehehe..yang buat si isteri ni tak tahan bila dia nak cepat tapi si suami masih lagi sibuk dengan membetulkan kereta tu..Ish! susah macam ni...kalau macam ni la..baik cari tempat yang takde kotak parking, ko parking la kat situ...senang sikit!


Masa nak ambik lesen memang kena parking elok-elok dalam petak parking...siap ade palang lagi..

Yang ni lagi satu hal yang memang aku rasa ibu bapa perlu cerewet..ape dia..cerewet nak cari orang yang mengasuh anak-anak kita..nape perlu cerewet? Ye la..kita tentu la nak pastikan anak kita dijaga oleh orang yang betul dan dapat menjaganya dengan baik..takkan la nak bagi kat orang yang dah sah-sah kita tau jenis tak reti nak jaga anak kecik ni..naya nanti anak kita tu...sesekali tu aku nasihatkan korang pegi la jenguk-jenguk anak korang tu...konon-konon nak bagi kuih ke..nak hantar pakaian ke..nak bagi ubat ke..atau pun cakap la terlanjur lalu terus singgah..jangan tiap kali datang jenguk tu korang datang time yang same...mase nak gi jenguk anak tu..masuk dalam dan tengok keadaan kat dalam tu macamana...kat mane anak kita tu tidur..bermain..jangan datang cuma duduk kat luar..kalau diaorang kata anak tido cakap je nak cium anak..kalau diaorang tak bagi juga masuk korang kena berkeras juga nak tengok anak..


Gambar hiasan.

Moralnya...cerewet tu biar bertempat..jangan sampai menyusahkan orang lain..tak kisah nak cerewet ni sebab sesekali memang kita perlu ada sikap cerewet supaya orang tak buat sesuka hati kat kita..tapi berpada-pada la....