Saya baru sahaja balik dari Hat Yai...ikut jiran tempat saya yang bersuamikan orang Thai...kampung jiran saya tu di Chana Thai...
Apa yang menarik nak saya ceritakan di sini tentang makanan mereka yang sempat saya rasa....ada gak yang saya terlupa nak ambil gambar seperti Kuew teow Latna Thai Utara (saya makan di sebuah restoren bernama Halal Restaurant di Khlong Hae) dan keropok udang (beli kat Pasar Terapung Khlong Hae...pasar ni hanya buka dari Jumaat hingga Ahad sahaja).
Malas nak taip banyak-banyak, tengok dan baca captions bawah gambar tu ok..
![]() |
Kuih Kerak berintikan jagung..ini lah rupanya bila dah dikeluarkan dalam acuan...saya beli satu pinggan polisterin 20 Bath..ada dalam 10 keping rasanya (tak kira pun) |
![]() |
Ini adalah Apam Lambung yang dah siap masak... Masa nak bungkus akan ditabur kelapa parut di atasnya... 20 Bath harganya untuk satu acuan tu.. |
![]() |
Acuan Apam Lambung...dipanggil apam lambung sebab masa keluarkan dari acuan akan dilambung-lambung dahulu baru diletakkan dalam tray atau dibungkus... |
![]() |
Pulut Ayam Thai...20 Bath...kenyang makan pulut ni... |
![]() |
Dari kiri atas: Apam Lambung, Kuih Kerak dan Pulut Ayam Thai... Semua ni beli kat pekan Chana, Thailand |
![]() |
Sarapan pagi saya, Nasi Ayam Thai...(tak ada sup macam kita kat sini..Nasi tu guna beras wangi)..tuan rumah dan jiran saya suami isteri yang masak...sedap juga.. |
![]() |
Satu lagi tarikan di Pasar Terapung...pembeli boleh buat pilihan sama ada nak beli air minuman dalam bekas biasa atau dalam tembikar ini...dalam tembikar harganya 25 Bath (kalau tak silap saya). |
![]() |
Ini pula adalah luk cup (kalau kat Malaysia selalu buat untuk hantaran kahwin). |
Insya-Allah, dalam masa terdekat ni akan ke sana lagi...dan akan cari lagi makanan halal yang best-best...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan