Hayatilah dan ambil iktibar...semoga bermanfaat buat kita...
Imej Google |
Pesakit: "Abang
jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja kat sini?"
Abang
Misi: "Bolehlah...nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun
kerja di sini, dapat banyak pengalaman bernilai yang orang luar di sana takkan
dapt rasa."
Pesakit:
"Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa eh?"
Abang
Misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit:
"Wah, apa dia?"
Abang
Misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya
uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.
Apa yang
saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara
mereka yang sudah meninggal...sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari
waris atau jururawat untuk pegang naskah al-Quran.
Ada yang
tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.
Ada juga
yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah
mengambil nyawa mereka.
Bila
dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya
lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh
al-Quran.
Kalu
boleh, nak mati dengan memeluk al-Quran.
Pengalama-pengalam
yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.
Sedar
satu perkara yang sangat penting."
Pesakit: "Hmm...Apa
dia?"
Abang
Misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa
yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup, gembira tika tak datangnya
sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.
Jika kita
selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan
lali kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan
pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali
pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau
mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh,
kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita...kita sangat
sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita
rugi....Allah...Allah..."
Pesakit: "(Menitis
air mata...) Abang...bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca...buta
tajwid...:( "
Abang
Misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya....
Sumber:
FB Ustaz Nasir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan