Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Jom Bersenam...


Badan pun makin berisi...hari ke hari makin bertambah kilo...adeh!!! Macamana ni??? Tolong...Ada sesiapa boleh bantu??

Sekali terjumpa la pula group ni bersenam...ada yang montel-montel...cute je tengok...tapi badan mereka ni mantap....tanya rahsia mereka...lalu mereka pun tunjukkan kepada saya rahsia sihat walafiat...saya pun snap la gambar (konon)..hmmm...leh try ni...pas ni exersice kat rumah...kita buat Yoga nak? 

Thanks cat miow yang comey atas bantuan anda...hehehe..




Perginya Ahmad Adam Syukri

Adam di pangkuan ibunya. Wajah Adam hari ini sebelum pergi menghadap Ilahi

Selepas solat Zohor tadi, saya buka kembali facebook dan saya melihat beberapa post yang cukup menyentap hati saya. Pemergian perwira hati negara iaitu Ahmad Adam Syukri...Adik Adam telah kembali ke rahmatullah selepas kesihatannya semakin menurun sejak akhir-akhir ini...

Menatap gambar-gambar Adam yang semakin berisi, saya berharap dia akan bertahan lama untuk terus hidup dan membesar dengan sihat. Namun, apalah daya...kita manusia hanya meminta kepada penciptaNya untuk dipanjangkan usia namun Dia telah menetapkan umur adik Adam hanya setakat ke hari ini 7 Februari 2013..Dia telah meminjamkan sementara Adam kepada ibu bapanya dan kita semua untuk mengasihi dan menyayangi anak kecil ini dan kini Dia ambil kembali Adam dari kita. Semoga Adam damai di sana dikelilingi bidadari syurga. Berbahagialah dikau anak kecil di syurga Allah yang kekal selamanya..nantikanlah ibu bapamu di pintu syurga...di sana, tiada lagi kesakitan, penderitaan yang pernah kau lalui di dunia..di sana segalanya aman dan bahagia...

Al-Fatihah.


Makanan Kegemaran Rasulullah SAW




1. Barli - Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”



Mudahan sampai masa itu...




Assalamualaikum...

Aku baru sahaja balik dari Slim River..ada urusan di bank...Maybank, BSN dan Tabung Haji...

Hari ni rasa gembira sangat sebab tercapai hasrat nak daftar haji setelah beberapa kali tertangguh...aku daftar untuk diri aku dan anak ...

Pada awalnya, nak daftar sekali dengan adik-adik dan mak abah, tapi dah terlanjur aku pergi ni..terus aku daftar untuk diri aku dan anak dulu...mak abah dah pernah pergi haji tahun 2004 tapi tetap berhasrat untuk ke sana lagi...mudahan dipanjangkan usia mereka untuk jejakkan kaki ke sana lagi..amin..

Tahun peruntukan untuk aku dan anak, TH bagi tahun 1478 Hijrah/ 2057 Masihi...sekarang 2013...44 tahun lagi lah...alamak! Time tu umur aku pun dah 70 tahun...anak pula 46 tahun..kalau umur panjang, sampai la ke tarikh tu...tapi aku harap dapat pergi awal lagi...mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku ke sana...Amin..


Masker telur untuk hilangkan kotoran pada muka...


Pernah tak buat masker putih telur? Tujuan nak bagi tegang kulit muka dan buang segala kotoran di muka. Dulu, aku cuma guna cara biasa, setakat ambil putih telur dan lumurkan je ke muka. Itu tujuannya nak tegangkan muka...

Tapi dalam beberapa tahun ni aku suka guna telur putih dengan kapas muka untuk buat masker...aku rasa lebih puas hati sebab dapat buang segala kotoran kat muka. Segala bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih habis terlekat pada kapas tu...seronok pula bila dapat tengok hasilnya...

Macamana nak buat? 

Senang je...tapi bagi sesetengah orang mungkin agak leceh...saya suka buat waktu malam masa nak tidur...time tu anak tak kacau...selepas sejam dua, baru tanggalkan...jadi sempat lah tidur kejab.

Ok, bagi anda yang nak cuba buat, apa yang anda perlukan adalah:

Kapas Muka


Gunting


Putih telur yang diasingkan dari kuning telur


Cermin

Setelah kesemua bahan ini disediakan, anda perlu pukul putih telur tersebut sehingga berbuih macam gambar bawah ni...

Putih telur yang telah dipukul hingga berbuih



Sekarang, tiba masa untuk bereksperimen.....

1) Mula-mula, cuci muka dengan air suam..

2) Selepas itu lap muka dengan kain bersih..

3) Ambil kapas muka, dan pisahkan sekeping kapas muka tersebut kepada 2 bahagian...jika kapas agak tebal, boleh pisah kepada 3 bahagian

4) Untuk memudahkan kerja, boleh potong beberapa keping tisu kepada 2 bahagian kecil (untuk bahagian muka yang tidak memerlukan penggunaan tisu yang banyak seperti hidung, antara hidung dan mulut )

5) Dengan menggunakan sudu, sapukan putih telur di keseluruhan kapas.

6) Tarik-tarik sedikit kapas tadi (diregangkan). 

7) Tampalkan kapas tadi ke bahagian muka - hidung, dahi, pipi dan dagu. Jadikan seperti topeng.

8) Setelah selesai semuanya, tunggu kapas di muka kering (pastikan benar-benar kering). Ketika ini boleh lah nak buat apa-apa kerja lain...atau tidur...jika nak cepat kering, hadapkan muka ke arah kipas angin atau gunakan hair dryer.

9) Setelah benar-benar kering, tanggalkan masker tersebut dari muka perlahan-lahan. Anda akan dapat lihat kotoran pada muka terlekat pada masker tersebut. 

10) Cuci muka bersih-bersih.


Ini lah hasil dari eksperimen tersebut...kat topeng tu boleh nampak kotoran terlekat seperti black head dan white head..aku segan nak tunjuk..hehehe..

Masker yang telah benar-benar kering dan keras. 

Puas hati menggunakan cara ini sebab segala kotoran di muka dapat dikeluarkan.

Bagi yang kulit muka jenis berminyak bolehlah buat dua kali seminggu. 

Bagaimana, anda nak cuba? Saya sarankan anda cuba cara ini dan pasti puas hati...Kesannya, muka pun terasa lembut dan licin...

Selamat mencuba.


Ada Jin/Syaitan Dalam Badan Ni...


Aku baru je download MP3 ayat Ruqyah di sini ke handphone aku sebentar tadi...pagi-pagi tadi aku search kat Youtube, jumpa bacaan Ayat Ruqyah...aku buka dan dengar...nak tahu apa jadi kat aku???

Mula-mula tu biasa je...beberapa minit selepas tu aku asyik menguap je...sikit-sikit menguap...pastu tetiba je mata rasa macam berat...tapi aku gagahkan diri untuk terus mendengar dan menghayati bacaan tersebut...

Tiba-tiba aku rasa macam ada arus sejuk dalam badan ni...tak lama pastu aku rasa macam seram sejuk dan degupan jantung pun macam laju sikit...nape pulak ni...

Bila aku check balik, rupa-rupanya apa yang aku alami tu adalah antara beberapa simptom yang dialami oleh seseorang yang dalam diri dia ada jin syaitan...

Ini reaksi yang akan dialami jika dibacakan ayat Ruqyah kepada pesakit uang diganggu jin / syaitan.
  1. Pening-pening kepala
  2. Muntah-muntah
  3. Menggeletar
  4. Seram-sejuk
  5. Berdebar-debar
  6. Ada seperti benda bergerak di bawah kulit
  7. Sendawa
  8. Batuk
  9. Menguap
  10. Jantung berdegup kencang
  11. Panas di leher
  12. Pengsan

Justeru, aku sarankan kita selalu perdengarkan bacaan ayat Ruqyah ini di rumah atau di pejabat untuk dijauhi dari gangguan jin/syaitan. Anda boleh download MP3 Ayat Ruqyah dan pasangkan di rumah. 

Kegunaannya:


1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Ketika bacaan ini diperdengarkan, pejamkan mata dan dengar sehingga tamat tanpa mengikut bacaannya di mulut atau di hati. Ia bertujuan untuk mendapatkan kesembuhan yang maksimum.





Kalimah Allah Pada Pampers Bayi


Terpanggil untuk share perkara ini di sini...
Sebagai orang Islam, wajib bagi saya sebarkan perkara ini...
Cuba lihat gambar di bawah...


Jenama Chicco


Jika diperhatikan pada gambar paling kiri, tak nampak apa-apa yang pelik..
tapi bila dilihat dengan cermin tulisan CHicco dari bahagian dalam plastik pampers tu...akan terpantul kalimah Allah.

Sungguh kurang ajar mereka yang cuba persendakan kalimah suci ini.

Hati-hatilah! Jika ada yang terjumpa jenama ini di pasaran Malaysia, laporkan ke pihak berkuasa.

Tolong sebarkan ya!!!

Terima kasih.

Tuhan Berikan Aku Cinta




Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Kubertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta

Video klik sini


Warkah Cinta Berbau Syurga





Sebuah jiwa terbentang seluas sahara
tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
ssetiap untai kata yang termaktub sudah
menjadi warkah cinta berbau syurga

Sempadan batinku hampir terbelah
tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
antara iman dan nafsu aku berjuang
meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu
bila saat aku pergi..biarlah cintaku tetap di situ.

Selagi hidup belum bernoktah



Senyum ketawa
bukan makna gembira
tersirat kisah sebaliknya
layar duka tak tersingkap dikata
sendu terpunduk jauh
derai jernih air mata
gugur tidak tertahan
bicara bisu bercerita
terpendam di lubuk hati nan lara

Ingin dirungkai segala
namun tidak upaya
lemah longlai langkah
tetap diri gagah
selagi hidup belum bernoktah
tidak akan aku mengalah
hanya kerana cintaku rebah
tidak ku biar hidupku punah

Sabarlah duhai insan wanita itu aku
istighfar sentiasa ingati Allah
teguhlah iman cekalkan hati
biar dugaan menggunung 
usah gentar tempuhilah
yakini Allah sentiasa bersama.


Nukilan: Ayna Najla
18 Disember 2012
18:35
Besout, Sungkai