Beg darah...450ml |
Kesan suntikan jarum untuk alirkan darah keluar...bahagian kanan atas kesan suntikan lama. |
10 Jun 2013, hanya ini yang mampu saya lakukan untuk membantu mereka yang memerlukan. Dua kali dah anak perempuan saya, Najla yang berumur 3 tahun melihat situasi ini dan mudahan satu hari kelak apabila dia dewasa juga akan melakukan perkara serupa. Saya terinspirasi melihat abah saya yang sejak muda hingga kini (57
tahun) yang suka menderma darah.
Kali pertama menderma pada tahun 2003 apabila
berat saya mencapai 45kg (sebelum itu berat kurang dan darah tak cukup untuk
menderma). Sejak itu saya jadikan ini sebagai satu cara beramal. Saya terpaksa
berhenti menderma pada 2009-pertengahan 2012 kerana mengandung dan menyusukan
anak. Jika orang tanya sakit ke tidak, sukar juga nak nyatakan. Cuma kulit saya
jenis mudah lebam dan biru. Jadi, selepas menderma, saya akan sapu dengan vicks
di keliling tempat suntikan bagi mengurangkan lebam. Saya suka buat kerja ini
sebab berasa puas dapat membantu. Walaupun banyak parut kesan cucuk di lengan
kanan dan kiri (paling banyak kiri) tapi saya tak kisah pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan