Assalmualaikum dan salam sejahtera...
Pagi tadi apabila tiba sahaja ke pejabat, saya buka komputer di meja saya. Setelah radio IKIM FM online dibuka, saya segera bersarapan. Sambil itu, sempat saya buka emel saya dan menghantar task mingguan Unit Kejuruteraan ke Unit HR.
Ketika melihat emel-emel yang saya terima, terpandang saya kepada satu emel dari adik saya Ijan lalu segera saya membukanya. Terkesima sebentar membaca setiap baris ayat yang ada lalu tanpa sedar air mata mula menitis...sebak rasa hati ini.
Tidak pasti sama ada kalian yang lain telah atau pernah membaca kisah ini tetapi ini adalah pertama kali bagi saya. Namun, ingin saya kongsikan kisah ini sebagai panduan dan pengajaran buat diri saya dan kita semua. Ia adala pelajaran pertama yang saya perolehi pada pai Jumaat yang mulia ini.
------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika melihat emel-emel yang saya terima, terpandang saya kepada satu emel dari adik saya Ijan lalu segera saya membukanya. Terkesima sebentar membaca setiap baris ayat yang ada lalu tanpa sedar air mata mula menitis...sebak rasa hati ini.
Tidak pasti sama ada kalian yang lain telah atau pernah membaca kisah ini tetapi ini adalah pertama kali bagi saya. Namun, ingin saya kongsikan kisah ini sebagai panduan dan pengajaran buat diri saya dan kita semua. Ia adala pelajaran pertama yang saya perolehi pada pai Jumaat yang mulia ini.
------------------------------------------------------------------------------------------
'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd
Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis
yang Berjaya. Beginilah kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah.
Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit.
Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu
sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa
pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup
tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka
'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu
bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti
biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak
pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak
itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak
mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga
memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya.
Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut
bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang
sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih
'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami
pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa,
tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan
peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung.
Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang
dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan
pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak
terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang
isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang,
kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli
tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya
berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud
tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya
bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin
dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya
semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan
secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan
bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik
sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil
milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...."
ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap
kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga
konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya
mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil
duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya
tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi
sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak
hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu
tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang
kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang
mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian
ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun,
kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan
semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja
yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula
menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.
Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya
ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai
korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan
atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah
al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya?
Ya, mari kongsi bersama :
"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah
yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam
kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita
(walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa
bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi
mengabaikannya.
"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi
kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi
percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB.
Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda
Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang
jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah
ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH
KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.
Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk
memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
BalasPadamPengalaman apakah ini? Suatu ungkapan yang menyebabkan jantung bergoncang. Tak dapat dibayangkan oleh diri ini apabila mungkin ia diucapkan oleh bapa kepadaku atau oleh diriku kepada anak-anakku.
Mampukah pengalam ganjl ini, mengungkapkan perkataan " Ada duit? Minta ayah sedikit..", diucapkan kepada anak-anak kita. Oh Tuhan yang esa, ampunkan aku, berilah petunjuk.
Cubalah bayangkan, dalam keadaan sudah berdikari, tiba-tiba ayah datang dan berkata demikian.