Enjoyscrap.com Get ISLAMIC-Graphics


Warkah Cinta Berbau Syurga





Sebuah jiwa terbentang seluas sahara
tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
ssetiap untai kata yang termaktub sudah
menjadi warkah cinta berbau syurga

Sempadan batinku hampir terbelah
tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
antara iman dan nafsu aku berjuang
meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu
bila saat aku pergi..biarlah cintaku tetap di situ.

Selagi hidup belum bernoktah



Senyum ketawa
bukan makna gembira
tersirat kisah sebaliknya
layar duka tak tersingkap dikata
sendu terpunduk jauh
derai jernih air mata
gugur tidak tertahan
bicara bisu bercerita
terpendam di lubuk hati nan lara

Ingin dirungkai segala
namun tidak upaya
lemah longlai langkah
tetap diri gagah
selagi hidup belum bernoktah
tidak akan aku mengalah
hanya kerana cintaku rebah
tidak ku biar hidupku punah

Sabarlah duhai insan wanita itu aku
istighfar sentiasa ingati Allah
teguhlah iman cekalkan hati
biar dugaan menggunung 
usah gentar tempuhilah
yakini Allah sentiasa bersama.


Nukilan: Ayna Najla
18 Disember 2012
18:35
Besout, Sungkai



Mama..Cepat La Charge...



Anak-anak kecil zaman sekarang bijak belaka...mainan mereka game dalam handphone...Angry Bird, Talking Tom, Baby Fishing, Baby Bus dan macam-macam lagi la...

Tak macam zaman saya dulu, banyak main kotor je...baling selipar, main guli, baling tin, congkak biji getah (buat lubang atas tanah), ting-ting, kayu tiga, dan lain lain...

Tiap kali balik kerja, anak akan cakap kat saya..

"Mama, nak handset mama..."

Ralit la dia dengan game dalam handset tu...dengar pula lagu Tomat dari band Wali (band dari Indonesia) yang saya download ke handset saya...memang dia suka..(saya suka tengok drama Islam KTP, jadi anak dah biasa dengar lagu tema tu...)

Bila handset saya habis bateri, dia bagi la kat saya handset tu...

"Mama, charge...dah habis.." Kata anak saya.

(Saya selalu bagitahu dia bateri habis bila handset terpadam jadi kena charge..).

Petang dua hari sudah, ketika sedang asyik tengok siaran tv (tengok Islam KTP di TV Al-Hijrah), tiba-tiba hujan turun dengan lebat...siaran televisyen pun tiada akibat cuaca yang tak elok..(di rumah guna siaran Astro...).

Tiba-tiba keluar kata-kata ni dari mulut anak saya...

"Mama....cepat la charge..."

Saya jadi pelik mendengarnya..

"Charge apa sayang?" Tanya saya.

"Tu...Tv padam..." kata anak saya sambil tunjuk ke arah TV..

"Oohh..." Saya pun senyum selepas memahami maksudnya...lalu saya terangkan perkara sebenar kepada anak saya tentang TV yang tiba-tiba padam.

He he he...Imannur Najla anak bijak...mama sayang anak mama...


Dengar Cakap Nenek..




Umur anak perempuan saya sekarang 2 tahun 8 bulan. Petah berkata-kata..Kata-kata yang keluar dari mulut anak kecil ni kadang-kadang tu tak dijangka...ada benarnya..Mereka ni memang berterus-terang... 

Bila anak saya buat perangai, saya selalu cakap kat dia...

"Iman, kalau Iman tak dengar cakap mama, Iman nak dengar cakap siapa lagi?" Saya bertanya geram.

"Nenek!!" jawab anak saya tanpa teragak-agak. 

"Erk!" Saya terkedu...

Hehehe...Iman..Iman...bijak betul kamu ye...


Langsung mama tak jadi marah. 

Iman pun suka bila mama tertawa....^__^

(Mak dan ayah saya jaga anak saya bila saya bekerja, jadi masa Imannur Najla banyak dengan nenek dan tok wan dia)..


Tutup Mulut Mama...





Sudah jadi kebiasaan, setiap kali menguap saya pasti akan tutup mulut...malu la kalau orang tengok mulut kita ternganga luas tambahan lagi kalau berada di khalayak umum...bukankah kita ada belajar adab masa sekolah dulu?

Anak perempuan saya pun saya ajar macam tu juga sejak dia baby lagi...bila dia menguap, saya akan tutupkan mulut dia...saya akan bagi tahu dia kenapa kita kena tutup mulut..

Nak dijadikan cerita, pada satu hari ketika saya sedang solat (tengah baca tahiyat akhir - masa tu anak saya baru umur dalam 1 thn 10 bulan) tiba-tiba saya menguap..Saya tak sempat nak tutup mulut..anak saya pada saat tu ada di depan saya (perhati saya solat). Tiba-tiba dia datang dekat saya lalu tolong tutupkan mulut saya yang ternganga...agak terperanjat...hampir tertawa saat tu dengan perbuatan dia.. 

Hehehe...bijak anak mama ya...^__^


Berebut Remote TV






Sepasang suami isteri sedang bergaduh berebut remote tv. Suami dia suka tengok bola manakala isteri dia suka tengok program masak-masak...

Gaduh punya gaduh sampai channel tv asyik bertukar-tukar...kejab bola kejab masak-masak...bunyi tv tu jadi tak menentu macam ni...

"Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
5 ulas bawang putih BERDIRI OFFSIDE....daging direbus oleh REFREE sampai empuk....masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak....GOAL KEEPER ditusuk jadi sate...PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate sudah masak...."

Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya...dunia-dunia.





Doa dan sumbangan buat Muhammad Haidar Hisamudin




Inilah Muhammad Haidar Hisamudin, bayi yang baru berusia 4 bulan...dalam usia sebegini sepatutnya Haidar sudah mula pandai ketawa apabila diacah, namun bayi kecil ini terpaksa berhadapan dugaan yang cukup besar apabila disahkan menghidap sakit jantung berlubang dan salur darah sempit.

Muhammad Haidar Hisamudin kini ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana baru sahaja menjalani pembedahan pertama menelan kos sebanyak RM50,000. Pembedahan kedua pula bakal menyusul apabila kesihatannya semakin baik.

Bayi ini disahkan menghidap penyakit itu pada 24 September lalu dan ditahan di wad Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Pada 23 Oktober lalu, Muhammad Haidar dipindahkan ke IJN dan dirawat di sana hingga kini.

Saya berjaya menghubungi ibu bapa Haidar dan bercakap dengan ibunya, Juniza Johari. Menurut ibunya, (ketika artikel ini dibuat), anaknya kini dalam keadaan tenat dan hanya diberi antibiotik oleh doktor. Doktor menyatakan bahawa pembedahan kedua tidak dapat dilakukan buat masa terdekat ini kerana kesihatan anaknya yang semakin merosot.

Juniza memohon masyarakat di luar sana agar dapat mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat anaknya. 

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun Juniza Johari
CIMB : 07200004547522
RHB: 11809100002459

Boleh hubungi ibu bapa Haidar di:

019-3954972 (Ibu) 
019-3954971 (Ayah)

Bagi sesiapa yang hendak melawat boleh datang pada waktu lawatan iaitu 12.30 tengahari - 1.30 petang dan 6.00 petang - 8.00 malam. 

Buat Juniza dan suami, semoga anda kuat dan cekal menghadapi ujian ini. Sabar dan yakin setiap ujian yang diberi sebagai tanda Allah menyayangi kalian.... 

Semoga baby Haidar kuat melawan kesakitan dan penyakitnya ini...berjuanglah untuk hidup dan menggembirakan ibu bapamu...

Kanak-kanak diculik menaiki Myvi Putih WWR 8895



Seorang kanak-kanak, Iffat Amin telah diculik...
Penculik menggunakan kereta Myvi berwarna putihdengan nombor pendaftaran WWR 8895. Walau bagaimanapun, pendaftaran nombor kereta itu dipercayai palsu. Kereta suspek dipercayai menghala ke Kuala Lumpur, tolong sebarkan!! Jika sesiapa yang tahu maklumat di mana kanak-kanak ini berada, sila hubungi pihak polis dengan segera.



Sama-samalah kita mendoakan keselamatan anak ini..Ya Allah,  Kau lindungilah anak ini dari dizalimi dan dianiyai pihak tidak bertanggungjawab...selamatkanlah dia dan kembalikanlah dia ke pangkuan keluarga dan orang-orang yang mengasihinya..Amiin..



Harta Pusaka Nenek..



Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan,
villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"
 
 

Jalan-Jalan Syurga



Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata, "Ayah! Saya sudah bersedia."

Ayahnya terkejut dan berkata, "Bersedia untuk apa wahai anakku?"

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah."

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat."

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turu.n"

Ayahnya menambah, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."

Dengan merintih anaknya merayu, "Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah." Sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang pakcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah."

Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak," katanya dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu."

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu.

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat."

"Pakcik, maaf saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik." 

"Itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar. Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi.

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka."

Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.